Wednesday, October 14, 2009

Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah

Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ


Pada 18 September yang lalu bersamaan dengan 28 Ramadhan isteri aku pun balik dari Pahang dan pada pukul 8.30 aku pun minta izin dari ketua aku untuk keluar sekejap untuk mangambil isteri aku yang baru sampai di Temonal Penang Sentral. Setelah mengambil isteri aku, aku pun terus masuk kerja. Selepas balik kerja kami pun pergi membeli baju dan barang lain di Bazar Ramadhan Bandar Perda.
.
Setelah kami berbuka puasa lalu kami pun terus ke rumah mak dan ayah aku di Taman Permata. Oh ya, lupa nak cakap, tahun ini kami beraya sekali lagi di Pulau Pinang disebabkan nanti raya ketiga nanti aku dan isteri aku kena menghadiri majlis pertunangan sepupu isteri aku di Desa Murni, Temerloh.
.
Pada pukul 4.00 pagi kami pun bangun sahur dan setelah itu kami pun terus tidur semula dan pagi pagi lagi kami bangun dan membuat persiapan raya. Antara yang dibuat adalah ketupat daun palas dan petugasnya adalah aku, mak, isteri aku, farah dan nur hannah. Semasa proses membuat ketupat kami dikejutkan dengan deruman enjin 2 lejang yang manadakan bahawa adik aku Koperal Azil Fikri telah pun sampai dari Port Dickson.
.
Kemudian kami pun bersiap untuk berbuka puasa dan selepas kami makan kami terdengar alunan suara takbir yang merdu bergema memuji kebesaran Allah SWT dan menandakan esok raya lalu kami pun membuat persiapan akhir. Setelah itu kami pun bersiap menziarahi Pak Menakan (pak saudara) aku yang tinggal di Seberang Jaya. Kami pergi dengan 2 kereta kemudian mak aku pun membawa adik aku ke pasaraya untuk membeli barang barang termasuk lemang. Aku dan isteri aku pun terus balik bersama Muhammad Muhaimin dan Nur Hannah. Setibanya kami dirumah kami pun terus membuat bahan bahan untuk membuat rendang dimana tukang masak tersebut adalah isteri tercinta Puan Azlina.
.
Inilah ketupat yang dibuat oleh kami.
.
 Aku pun mencuba memakai serban dan bergambar bersama dengan isteri tercinta Puan Azlina
.
Inilah rendang sedap yang dibuat oleh isteri aku.
.
Puan Azlina sedang mengacau rendang yang dibuat.
.
Pada 20 September 2009 bersamaan dengan 1 Syawal 1430 Hijrah kami semua bangun awal dan kami pun terus memakai baju raya kami semua yang cantik dan kami terus bermaafan dengan mak dan ayah. Sayunya rasa mengenangkan dosa yang telah aku lakukan pada mak, ayah, isteri dan adik adik aku dan kami pun bermaafan antara satu dengan lain. Inilah pengalaman kedua berhari raya bersama isteri dan pengalaman kedua berhari raya sebagai suami. Lalu kami pun bersiap untuk ke Sunagi Dua iatu rumah tok aku sebelah ayah dan kemuadian kami meneruskan perjalanan ke Balik Pulau iatu di rumah Mak Yam dan Mak Jang, Cik Nah dan ramai lagi

Sambil tersenyum isteri tercinta duduk sambil gambarnya dirakamkan
.
Kami bergambar sambil duduk ketika di rumah Tok Rahmah
.
Dari kiri Cik Farah Zalina, Puan Azlina, aku, Puan Siti Roselina. Duduk dari kiri Cik Fatimah Zahra, Cik Nur Hannah dan Encik Muhammad Muhaimin.
.
Cik Fatimah dengan gaya menunjukkan giginya yang penuh
.
Koperal Azil Fikri sedang sms bakal tunangnya
.
Cik Farah Zalina tersenyum ketika tengah sms tunangnya
.
Denga pelbagai gaya aku dan isteri tercinta bergambar di rumah Mak Yam
.
Gaya macho seorang suami......
Hehehehe................... jangan Marah ..................
.
Pada pukul 7.00 malam kami pun sampai dirumah dan kami pun terus bersiap untuk balik ke Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Pahang. Setelah membuat persiapan pada pukul 900 aku dan isteri aku bertolak dari Taman Permata ke Felda Jenderak sejauh 460 km melalui Batang Kali dan memakan masa selama 6 jam dengan 4kali kami berhenti dan apabila kami sampai kami pun terus tidur sekejap.

No comments: