Tuesday, February 15, 2011

Lagu dan lirik Untukmu Rasulullah :- Kumpulan Hijaz

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
....................................


Lagu dan lirik Untukmu Rasulullah :- Kumpulan Hijaz



Untukmu Rasulullah

Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu ambia'

Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang

Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman

Ya Rasulullah ya HabibAllah ( 2X )

Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan

Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan

Ya Rasulullah ya habibAllah ( 2X )
................................
................
Dikesempatan ini Azril dan isteri Puan Azlina  mengucapkan selamat menyambut Mulidur Rasul s.a.w.... 

Friday, January 28, 2011

Imbasan Tahun Lepas - Jalan Jalan Azril Azlina di Kuala Lumpur


Imbasan Tahun Lepas - Jalan Jalan Azril Azlina di Kuala Lumpur

Imbasan perjalanan Azril dan isteri tercinta di Kuala Lumpur pada tahun lepas 2010 dan ini juga merupakan salah satu dari pengalaman yang menyeronokkan kami sepanjang disana.

Alkisahnya..........
Perjalanan Azril dan Puan Azlina dari Kuantan bermula pada jam pagi dan dalam tempoh 2 jam kami pun sampai di Kuala Lumpur. Setelah sampai di Kuala Lumpur kami pun mencari papan tanda untuk pergi ke Menara Berkembar Petronas atau KLCC, disebabkan kami memang tidak tahu jalan disana maka terpaksalah kami berpandukan pada papan tanda. Apapun kami berterima kasih pada pihak yang menyediakan papan tanda jalan tersebut.

Sewaktu perjalanan tersebut tiba tiba kami pun ternampak papan tanda KLCC dan kami pun masuk ke simpang tersebut. Setelah kami agak lama melalui jalan tersebut kami pun terus nampak satu lagi persimpangan KLCC dan kami pun terus membelok memasuki simpang tersebut. Tiba tiba kami baru mengetahui bahawa kami telahpun melalui jalan sehala yang menghala ke tempat letak kereta KLCC, disebabkan jalan tersebut merupakan jalan sehala kami pun terus masuk dan meletakkan kad ‘Touch n Go’ kealat pengimbas tersebut dan kami pun terus mencari jalan keluar dari tempat tersebut. Sekali lagi kad diimbas dan kami pun terus keluar dari tempat letak kereta tersebut.

Azril dan isteri Azril pun berbincang dimana kami hendak rehat dan kami pun mencari hotel berdekatan dan hampir 2 km perjalanan kami pun terjumpa hotel, kami pun mengambil keputusan untuk bermalam disana. Setelah kami mendaftar masuk hotel kami pun terus berehat sekejap bagi menghilangkan penat. Sebenarnya Azril terasa hendak tidur saja tetapi Azril juga terfikirkan bahawa di rumah sendiri pun boleh tidur dan tujuan utama kami disini adalah untuk meronda ronda. Setelah solat kami pun bersiap untuk keluar dan Azril sempat juga menelefon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bertanyakan pada mereka tentang status halal restoran hotel tersebut. Jawapan yang kami terima menghancurkan harapan kami untuk sarapan percuma di hotel tersebut.

Setelah keluar dari hotel kami pun keluar meronda ronda dan kami mengambil keputusan untuk ke Shah Alam disebebkan isteri tercinta teringin hendak makan ais kacang istimewa atau air batu campur istimewa disana. Perjalanan kami ke Shah Alam memakan masa agak lama disebebkan kami hanya berpandukan pada tanda jalan dan jalan juga amat sesak dengan kenderaan. Setelah 1 jam peralanan kami pun terus sampai disana. Keistimewaan ais kacang tersebut disebabkan ia ditambah dengan ais krim diatasnya dan ditambah dengan coklat cair menjadikannya lebih lazat dan berkrim. Setelah makan disana kami pun merancang untuk meronda ronda pula di KLCC.

Perjalanan Azril dan Puan Azlina ke KLCC dari Shah Alam mengambil masa yang agak lama disebabkan kesesakan lalulintas ditambah pula dengan hari tersebut merupakan hari berkerja maka jalan bertambah sesak dengan ratusan kenderaan. Kesesakan tersebut menyebabkan kami kadang kadang berpandangan antara satu sama lain disebabkan terlalu panjang barisan kereta sehinggakan kami terdiam dan tidak tahu berkata apa apa. Azril baru tersedar bahawa minyak dalam kereta kami hampir hampir habis lalu Azril pun singgah sekejap di Stesen Minyak Petronas dan selepas habis mengisi minyak kami pun meneruskan perjalanan. 

Kami sampai di satu simpang tiga dan kami memberikan isyarat untuk keluar dari simpang tersebut dan tiba tiba terjadi kemalangan 100 meter dari simpang yang hendak kami keluar. Azril dan Puan Azlina begitu terkejut melihat kejadian tersebut dan tidak sampai seminit tempat kejadian telah dikeremuni oleh sekumpulan orang yang keluar dari kedai minyak tersebut. Setelah ramai orang mengerumuni tempat kejadian kami pun meneruskan perjalanan kami.

Selepas kejadian tersebut Azril memandu kereta dengan agak perlahan dan berhati hati dan kami pun sampai di KLCC setengah jam kemudian, setelah sampai kami pun meletak kenderaan di tempat letak kereta yang kami masuk pada siang tadi. Setelah kereta diletakkan kami pun terus menghafal nombor di sana, tujuannya adalah mengelakkan kami tersesat nanti. Kami pun menaiki tangga gerak terus ke tingkat atas dan kami pun terus masuk ke setiap kedai yang ada di Suria KLCC. Memang banyak sekali barangan yang dipotong harganya dan membuatkan kami terasa hendak beli kesemua barang yang ada disana. Tetapi apakan daya kebanyakkan barang disana walaupun telah dipotong harganya tetap mahal.


Setelah kami meronda dan membeli belah kami pun terus ke kenderaan kami dan pulang ke hotel dan tidur. Setelah kami bangun dari tidur kami terus bersiap untuk balik ke Kuantan. Antara perkara yang melucukan pabila kami daftar keluar hotel tersebut dan penyambut tetamu hotel tersebut bertanyakan pada kami kenapa kami tidak bersarapan dahulu. Azril memberikan alasan bahawa kami hendak cepat dan banyak kerja yang perlu dilakukan. Sebenarnya kami tidak bersarapan disana disebabkan status halal restoran hotel tersebut. Setelah 2 jam memandu Azril dan Puan Azlina pun sampai di rumah kami di Kuantan.

Ais Kacang atau Air Batu Campur Yang Sedap
.
 Kita duduk dulu..............
.
 Senyumanmu penawar kedukaanku
.
 Azril berlatarbelakangkan hiasan yang ada di Suria KLCC
.
 Keesokkan harinya kami bersiap untuk balik ke rumah
.
Sempat lagi mengambil gambar
.
 Puan Azlina ketika di lobi hotel
.
Azril masih lagi di lobi

Thursday, January 27, 2011

Hari Rabu Azril Azlina - Jalan Jalan Sekitar Pulau Pinang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
...................................
.
Hari Rabu Azril Azlina - Jalan Jalan Sekitar Pulau Pinang

Pada 20/01/2011 yang lalu Azril dan isteri tercinta Puan Azlina pergi meronda ronda seluruh di negeri Pulau Pinang. Ini adalah kerana Puan Azlina balik ke sini iatu ke Bukit Mertajam. Puan Azlina mengambil cuti selama seminggu dan dia mahu merehatkan mindanya di Pulau Pinang. Kebiasaannya Azril akan balik ke rumah isteri Azril di Kuantan setiap minggu bagi merehatkan minda dan menemani hari hari mingguan isteri tercinta di sana. Tetapi kali ini Puan Azlina pula yang balik ke sini bagi menemani Azril di Bukit Mertajam dan membuatkan hari hari berkerja Azril bertambah ceria dengan kehadirannya di sini. Bukan senang mendapat kesempatan sebegini tambahan kami suami isteri yang tinggal berjauhan antara satu sama lain. Cuba bayangkan setiap hari Azril balik dari kerja Azril akan berasa kekosongan disebabkan Azril tinggal keseorangan di kuarters tetapi kali ini kepulangan Azril dari tempat kerja disambut dengan senyuman oleh isteri tercinta yang membuatkan masalah kerja dan kekusutan yang dialami terus hilang.

Isteri Azril telah balik ke Bukit Mertajam pada hari Isnin yang lalu dengan menaiki kereta, ini adalah kerana pada hari Jumaat 14/01/2011 yang lalu Azril balik Kuantan dan pada hari Ahad 16/01/2011 Azril dan Puan Azlina balik ke Bukit Mertajam dengan menaiki kereta. Sepanjang minggu lepas aktiviti kami diisi dengan aktiviti luar iatu meronda ronda disekitar Bukit Mertajam dan kompleks membeli belah yang yang akan dikunjungi adalah AEON Seberang Perai yang menempatkan bangunan pasaraya Jusco dan Sunway Carnival Mall. Antara tempat yang kami menghabiskan masa yang agak lama apabila kami berkunjung ke jualan gudang Pasaraya Parkson di Sunway Carnival Mall yang memberikan potongan harga sehingga 80%. Selain dari pasaraya kami juga mengunjungi rumah adik Azril yang baru baru ini melansungkan majlis perkahwinan iatu Puan Farah Zalina. Kehadiran kami di rumah Puan Farah disambut dengan bihun goreng dan agar-agar (jeli) kelapa yang sedap.

Baiklah penceritaan Azril tentang hari Rabu 20/01/2011 bermula disini. Hari kami di Rabu tersebut bermula pada jam 10 pagi. Oh ya, di Pulau Pinang hari Rabu lepas adalah hari cuti umum maka selepas subuh kami pun tidur semula dan kami bangun semula pada pukul 9.30 pagi dan terus bersiap untuk berjalan jalan disebelah pulau pula. Nasib menyebelahi kami apabila tiada kesesakan teruk diatas jambatan Pualu Pinang cuma yang Azril tidak berpuas hati pabila lorong memotong dimonopoli oleh golongan yang mementingkan diri yang hanya membawa kereta dengan kelajuan 60kmj saja. Cuba bayangkan lorong memotong disebelah kanan dimonopoli oleh mereka yang berkelajuan 60kmj dan terpaksalah Azril meyelit kiri dan kanan jika untuk laju sedikit.

Selepas turun dari jambatan Pulau Pinang kami terus ke Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang dengan harapan untuk pergi ke Akuarium negeri Pualu Pinang yang mempamerkan ikan ikan yang dipelihara oleh jabatan tersebut. Tetapi apakan daya akuarium tersebut dalam proses pengubahsuaian. Kami pun terus pusing semula dan menyusur ke Lebuhraya Jelutong dan nampaknya situasi yang sama berlaku ke atas kami sepertimana yang berlaku diatas Jambatan Pulau Pinang iatu monopoli kereta yang bergerak perlahan di lorong memotong sebelah kanan. Setelah sampai di Pengkalan Weld pula kami pun terus menyusur perlahan disebabkan kesesakan lalu lintas. Tiba tiba kami terpandang sebuah kapal persiaran mewah atau Star Cruise berlabuh di Pelabuhan Swettenham lalu kami pun berhenti sekejap untuk mengambil gambar dan kami pun meneruskan perjalanan kami sehinggalah kami sampai di Masjid Terapung Tanjung Bungah setelah habis kami solat Zuhur kami pun terus ke Plaza Gurney.

Setelah sampai di Plaza Gurney kami pun terus ke panggung wayang yang terletak di tingkat ketujuh bangunan berkenaan dan kami pun terus membeli tiket. Wayang gambar yang kami tengok bertajuk “Faster” lakonan The Rock memang menarik cerita tersebut dan ditambah dengan aksi aksi yang mendebarkan yang membuatkan kami tidak berasa bosan. Setelah keluar dari panggung wayang kami pun ke surau di tingkat 5 bangunan Plaza Gurney. 15 minit kemudian kami pun memulakan sessi rondaan kami disemua kedai yang ada disana.

Setelah menghabiskan masa meronda disekitar Plaza Gurney kami pun balik semua ke Seberang Perai dan kami berhenti maghrib di Masjid Seberang Jaya. Kami kemudiannya ke satu restoran di Bandar Perda dimana Azril pernah berjanji pada diri Azril yang Azril akan membawa insan yang Azril kahwini setelah 2 tahun perkahwinan kami dan insan yang tepat untuk dibawa kesana adalah isteri Azril yang cukup dicintai Puan Azlina. Selepas kami sampai di restoran tersebut, kami pun terus memesan makanan dan setelah kami makan kami pun balik ke kuarters Bukit Mertajam

Pada 21/01/2011Azril dan Puan Azlina balik ke Kuantan dan pada 23/01/2011 Azril balik ke Bukit Mertajam dengan menaiki bas ekspress malam. Azril pun tidak tahu bagaimana hendak ceritakan perasaan azril waktu itu. Hampir seminggu kami berdua ke mana mana dan pada hari Ahad yang lalu kami terpaksa meneruskan kehidupan dan dan kerjaya kami secara keseorangan di hari berkerja dan terasa macam nak nak berderai airmata memikirkannya. Setelah balik kesini bermulalah kehidupan kami yang bersendirian, Azril bersendirian di kuarters Bukit Mertajam dan Puan Azlina keseorangan di rumah kami Kuantan. Inilah dugaan yang kami alami sepanjang 2 tahun 7 bulan perkahwinan kami ini dan disebabkan perasaan cinta dan rindu yang membuak buak maka setiap minggu Azril akan menaiki bas balik ke Kuantan. Sehingga catatan ini ditulis Azril masih menghitung hari dan apapun esok adalah hari Jumaat dan selepas tamat waktu kerja Azril aka n balik ke Kuantan.

Azril dihadapan kapal persiaran mewah yang berlabuh di Pelabuhan Swettenham
.
Menunggu kedatangan makanan yang dipesan dengan senyuman walaupun sejuk sangat di restoran tersebut
.
Isteri tercinta kelihatan ceria sambil mengacau jus oren suam.

Wednesday, January 26, 2011

Papan Tanda Yang Menarik - Bahagian 4


Papan Tanda Yang Menarik - Bahagian 4

Papan tanda jalan diatas merupakan papan tanda diatas lebuhraya yang kita akan nampak setiap kali kita menaiki mana mana lebuhraya di Malaysia ini. Pemilihan warna hijau juga amat sesuai disebabkan papan tanda akan bersinar pabila terkena cahaya di waktu malan dan diwaktu siang pula papan tanda tersebut nampak jelas dari jauh.

Baiklah bukan tentang warna papan tanda yang hendak Azril ceritakan disini tetapi tentang tulisan pada papan tanda tersebut. Apa yang menarik tetantang papan tanda diatas adalah tulisan 'Ipoh' yang dibesarkan. Tulisan tersebut dibesarkan bagi menunjukkan bahawa simpang ke Ipoh hanya 750 meter jaraknya dari papan tanda tersebut. Ini dilakukan demi mengelakkan pemandu kenderaan terlajak atau masuk ke simpang lain disebabkan perjalanan terus dari Kuala Lumpur terus ke Juru tidak perlu berhenti di Plaza Tol Jelapang sepertimana sebelum ini. 

Apa yang menariknya yang Azril hendak ceritakan disini adalah tulisan 'Ipoh' saja yang dibesarkan dan jika Azril pergi ke mana mana lebuhraya di seluruh Malaysia Azril akan dapat rasai perbezaannya.


Apapuan Aku dan Isteriku mengucapkan terima kasih kepada pihak atasan yang menyediakan Lebuhraya demi memudahkan perjalanan dan mendekatkan yang jauh dalam beberapa jam saja.

Tuesday, January 25, 2011

Terima Kasih Bonda Tercinta

Terima Kasih Bonda Tercinta

Terima Kasih tidak terhingga Azril dan Azlina ucapkan pada bonda tercinta Puan Hajah Siti Roselina Indrayati yang juga merupakan bonda mertua pada Azlina kerana menghadiahkan kami satu set cadar dan selimut tebal yang sangat cantik. Kami amat menghargainya dan kami telah memasangnya di rumah Kuantan. Memang cantik cadar tersebut ditambah pula dengan fabrik yang lembut dan nyaman..
.
 
Inilah dia set cadar tersebut didalam beg bungkusan
.

Cadar tersebut telah siap dipasang di atas katil. Memang cantik sangat......

Buat Bonda tercinta jutaan terima kasih atas hadiah tersebut, Azril dan Azlina amat menghargainya.