Thursday, June 17, 2010

Lirik Lagu Cukup Indah - Alif Satar



Lirik Lagu Cukup Indah - Alif Satar

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Korus
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Ulang Korus

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai


....................................
...........................
.................
...........
...
.

Aku suka sangat lagu ni. Kata kata dalam lagu ni memang menarik sangat.............

Wednesday, June 16, 2010

Kamera Aku Rosak.........

Kamera Aku Rosak.........

Kali ini aku nak tulis blog ini dalam bahasa Melayu daerah atau bahasa Pulau Pinang

Aku merasakan dengan tulisan aku ini tidak mencemarkan bahasa ibunda aku Bahasa Melayu.

.......................................................................

Hari sabtu lepaih masa kenuri rumah Pak Cik Ya (Pak Cik Yahaya), tiba tiba aku rasa macam kamera aku ni macam rosak ja. Cuba bayangkan kalau kita tangkap gambaq kat luar gambaq tu jadi putih sangat macam terlebih sangat cahaya

Aku cuba perbetul dengan butang butang kamera tersebut tapi masih tak jadilah. Aku pun tak tau nak buat apa.

Banyak jugak gambaq yang aku tangkap masa kenduri rumah pak cik ya tapi semua gambaq jadi rosak dan telebih cahaya.

Aku cuba bagi kat adik aku Muhaimin baiki sebab Muhaimin pandai sikit dalam hal nak baiki semua walaupun kadang kadang jadi macam tikus baiki labu ja. (jangan marah). Tapi tak boleh jugak.

Aku la ni nak tunggu gaji lepaih tu teruih bawak kamera tu baiki kat kedai. Tapi aku dengaq cerita kawan kawan kata kalau kamera digital ni tak boleh baiki. Kos baiki kamera tu akan jadi lebih mahai dari kos beli baru.......................

Mampuih.... takkan aku beli kamera baru pulak.

Ish ish ish apapaun aku cuba bawak kamera tu kat kedai dulu. Tengok kalau mahai sangat aku akan beli baru. Tengok dua tahun lagi kot. Tahanlah......

Memang aku sayang kamera tu sebab kawan aku bagi masa aku nak kawin dulu. Dia bagi sebab dia tak dapat mai kenduri aku waktu tu sebab dia ada kertas akhir peperiksaan di Australia.

Aku memang suka sangat tangkap gambaq dalam komputer riba aku banyak sangat gambaq yang aku tangkap, tapi lepaih ni aku pun tak tau nak buat apa.

Tak pa tak pa tak pa (ayat cuba sabaq diri sendiri) nanti aku cauba baiki kat kedai kamera nanti.

Friday, June 11, 2010

Taman Esplanede Temerloh


Taman Esplanade Temerloh

2 minggu lepas, selepas balik dari rumah Mentua aku aku yang terletak di Felda Jenderak Utara aku dan isteri aku pergi berjalan jalan sektar Temerloh. Tujuan utama kami berjalan jalan adalah untuk pergi ke rumah baru Kak Ipar aku dan mencari ikan sungai untuk dibuat lauk.

Kami pun menyusuri jalan sepanjang Sungai Pahang untuk mencari gerai gerai yang menjual ikan patin dan talapia tetapi impian kami hampa kerana semua gerai ditutup.

Aku memang suka makan ikan talapia manakala isteri aku pula suka makan ikan patin. Tapi ikan patin yang dipelihara dalam sangkar dan bukannya kolam. Hahahaha.

Sedang kami mencari cari gerai ikan tersebut lalu kami sampai di Taman Esplanade Temerloh lalu aku pun erus berhenti dan mengambil gambar. Banyak juga gambar yang aku ambil tetapi semuanya rosak akibat gelap cuma satu gambar saja yang dapat diselamatkan

Pada pandangan aku, taman ini memang cantik kerana ia berlatarbelakangkan Sungai Pahang yang indah. Setelah kami mengambil gambar lami pun pergi ke rumah baru Kak Ipar aku. Nasib menyebelahi kami apabila ada peniaga disini menjual ikan sangkar, apalagi kami pun membeli ikan patin dan talapia untuk dibuat lauk.

Jarak Antara Rumah Isteri Aku dan Rumah Aku


Jarak Antara Rumah Isteri Aku dan Rumah Aku

Begitulah jarak antara rumah aku dan rumah isteri aku.

Rumah Isteri aku di Kuantan dan rumah aku di kuarters Jalan Chan Ewe Phin

Jaraknya adalah 575 km. Cuba bayangkan kos sekali pergi dan balik dengan menaiki kereta Proton Gen2 kesayanganku adalah RM 350.

Kalau naik bas pergi dan balik adalah RM 105.00. Oleh yang demikian aku naik bas setiap minggu untuk balik ke Kuantan.

Cara Mudah Mendapatkan Kadar Tol



Cara Mudah Mendapatkan Kadar Tol

Itulah aku, kadang kadang benda yang senang pun aku boleh lupa, dan lupa lagi....

Kadang kadang aku dah hafal kadar tol contoh dari Juru ke Jalan Duta yang aku hafal pun boleh lupa.

Tapi sekarang ni bila dah ada kemudahan yang canggih aku tak payah untuk ingat kadar, cuma cari dalam internet saja

Inilah yang dikatakan teknologi dihujung jari.

Berbalik pada tajuk diatas rupanya senang caranya kalau kita hendak mencari kadar tol Lebuhraya PLUS

  1. Masuk laman PLUS di http://www.plus.com.my/
  2. Tekan saja butang yang bergaris merah dan ia akan keluar satu kotak dialog
  3. Masukkan destinasi perjalanan dari mana dan kemana dan tekan butang "get result"
  4. Dalam tempoh 1 saat kadar yang dikehendai akan keluar
Mudah saja, tapi kalau tak ada internet telefon saja di nombor 1800-88-0000