Saturday, August 20, 2011

Nilai 2 Ringgit

Nilai 2 Ringgit.

Zaman yang mencabar ini menunjukkan peningkatan harga pelbagai jenis barangan. Ini juga berkait rapat dengan peningkatan harga minyak di pasaran dunia. Perkara tersebut memang tidak dapat dielakkan, diseluruh dunia mengalami perkara yang sama termasuklah negara ekonomi dunia. Baiklah, azril tak nak teruskan bercerita tentang peningkatan harga barangan dan apa yang ingin diceritakan oleh Azril adalah berkaitan dengan 2 ringgit.

2 ringgit yang azril maksudkan disini adalah tiket tambang bas Rapid Penang dari terminal bas Penang Sentral ke bandar Bukit Mertajam. Cuba bayangkan bas yang cukup berhawa dingin ditambah pula dengan tempat duduk yang selesa hanya Rm 2 sahaja.

Kepada sesiapa yang merancang perjalanan ke Pulau Pinang bolehlah menaiki bas Rapid Penang yang dimana stesen di sebelah Seberang Perai adalah di Terminal Penang Sentral Butterworth, stesen disebelah pulau pula adalah di Weld Quay.

Setiap pagi Isnin ketika Azril sampai dari Kuantan ke Butterworth dengan menaki bas ekpress, Azril akan menaiki bas 701 yang bertambang RM 2 pula untuk pulang ke Bukit Mertajam.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 18, 2011

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KPPTSM kali ke 39 di Pulau Pinang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
..............................................

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KPPTSM kali ke 39 bertempat di Pulau Pinang

Lokasi Mesyuarat : Dewan Sri Pinang
Tarikh : 25 Jun 2010

Dari kiri : Encik Radzi, Azril, Encik Johari dan Encik Nazreen
.
Azril bergambar disebelah Pengerusi KPPTPP Encik Mohd Rushdi
.

Antara orang terawal yang berada didalam dewan
.
Dari kiri Encik Zaidi, Encik Firdaus, Azril, Encik Johari dan Encik Hamid
.
Presiden KPPTSM menyampaikan amanat penting kepada semua PPT yang hadir
.
Encik Farid dan Encik Azrol khusyuk mendengar amanat yang disampaikan
.
Tarian dan persembahan kebudayaan oleh unit budaya
.
Ucapan oleh Dato PTG Dato Ariffin
.
Dato PTG memukul gong menandakan prasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KPPTSM kali ke 39
.
Azril ketika di luar dewan sewaktu rehat
.
3 orang model PPT Encik Nazreen, Encik Firdaus dan Encik Safar
.

Wednesday, August 17, 2011

Hadis Qudsi Mengenai Puasa

Hadis Qudsi Mengenai Puasa

"Firman Allah Ta'ala: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa." 

(Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
..........................................................
....................................
.................

Terharu jugak Azril dengar............ terutamanya ayat "maka sesungguhnya puasa itu untukKu

Ini menunjukkan bahawa kita berpuasa hanya untuk Allah dan Allah sahaja yang memberi balasan terhadap puasa yang kita lakukan.

Friday, August 12, 2011

Ulangtahun Kelahiran Isteri Tercinta

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
............................................................................................
Ulangtahun Kelahiran Isteri Tercinta

Pada pertengahan Jun yang lepas isteri tercinta menyambut ulang tahun kelahirannya. Kali ini kami membeli di sebuah kedai bumiputera Islam yang terletak di tenggah bandar Kuantan iatu Intan Oven. Paling istimewanya harijadi Puan Azlina kali ini disambut di rumah kami di Kuantan. Pada pendapat Azril rumah kami memang istimewa kerana ia merupakan harta yang cukup bernilai bagi kami.

 Inilah dia kek beri biru yang sedap
.
Isteri tercinta memotong kek harijadinya
.
 Giliran aku pulak nak menyibuk nak potong kek sekali
 Puan Azlina meletakkan kek yang dipotong diatas piring
,
Kita makan dulu 
.
Selamat Harijadi sayang.
Semoga dengan pertambahan usia ini dapat meningkatkan iman dan taqwa.
Semoga cinta dan ikatan perkahwinan kita terus tumbuh, mekar ,merimbun, harum dan mewangi.
Sayanglah segalanya bagi abang.
Semoga cinta kita kekal dunia dan Akhirat.
Abang Cintakan Sayang Selamanya

Wednesday, August 10, 2011

Tak Sabar Sabar Nak Berbuka Ni bahagian 2

Tak Sabar Sabar Nak Berbuka Ni bahagian 2
.
Minggu lepas semasa Azril balik ke rumah isteri Azril di Kuantan sebelum berbuka puasa isteri tercinta telah membakar biskut yang bernama biskut puteri hijau. Biskut ini bukanlah biskut raya, biskut ini sengaja dibuat oleh Puan Azlina setelah mendapat resepi dari rakan sekerjanya. Apa yang menariknya keharuman biskut tersebut sewaktu ia diadun membuatkan Azril tidak senang duduk. Ini adalah disebabkan aroma yang terhasil dari proses campuran antara minyak sapi dan mentega sewaktu proses adunan. 

Keharuman biskut tersebut makin terserlah apabila proses pembakaran didalam oven dijalankan. Memang tidak dapat dinafikan air liur Azril hampir mengalir turun akibat aroma yang dihasilkan tersebut yang membuatkan Azril terus tidak sabar sabar menunggu untuk berbuka puasa. Setelah azan maghrib berkumandang memecah kesunyian senja Azril pun terus mengambil buah kurma dan biskut tersebut untuk dimakan. Memang sedap biskut tersebut dan Azril merasakan dalam tempoh 2 minggu ini akan habis biskut  tersebut dimakan oleh Azril. 

 Biskut Puteri Hijau yang siap dibakar
 Rasa rasa tahan berapa lama biskut ni