Wednesday, August 10, 2011

Azril Azlina @ Sunway Pyramid, Bandar Sunway

Azril Azlina @ Sunway Pyramid, Bandar Sunway
Catatan 27 - 29 Mei 2011
Pengembaraan kali ini diteruskan dengan Azril dan Isteri tercinta ke bandar Sunway pula. Tujuan kami ke sana adalah menghadiri kursus. Yang berkursusnya adalah Puan Azlina dan Azril adalah peneman di ketika disana. Setelah menempuh perjalanan yang gembira kami pun sampai setelah mendaftar hotel kami pun keluar berjalan jalan disekitar. Tetapi pada hari ini 27/05/2011 keseronokan perjalanan kami terbantut disebabkan 2 perkara iatu perkerja hotel yang kurang mesra, cuba bayangkan kalau pelancong asing datang mereka akan layan dengan layanan yang baik tetapi jika pelancong tempatan yang datang mereka akan layan dengan layanan yang kurang mesra tambahan peserta kursus yang dibayar penginapan oleh jabatan. Perkara yang kedua adalah kesesakan yang teramat sangat pabila waktu tengahari dan petang ketika disana.

Dipendekkan cerita setelah Puan Azlina habis berkursus kami pun terus ke kompleks membeli belah Sunway Pyramid. Inilah buat pertama kalinya Azril ke sana, dan azril pun terus meronda ronda disana apa yang membuatkan Azril tertarik adalah terdapat lapangan berais disana. Lapangan salji tersebut digunakan bagi mereka  yang bermain sukan luncur ais dan sekitar kawasan tersebut memang sejuk. Selain itu terdapat kompleks membeli belah yang menarik, memang menarik sehingga semua semua barang hendak dibeli oleh kami.

Selepas kami meronda ronda sekitar kami pun pergi mencari makanan di restoran makana segera yang terdapat disana, apa yang penting logo halal dari JAKIM perlu ada. Seperti biasa setelah makan azril akan memesan satu lagi ais kisar dan setelah kami keluar dari restoran tersebut azril terus membawa bekas minuman yang mengandungi ais kisar tersebut dan melepak sambil memerhatikan peluncur ais yang meluncur ais ketika disana. Sebenarnya Azril memang teringin sangat hendak main permainan luncur ais tersebut tetapi apakan daya     Azril masih lagi demam, oleh sebab tersebut Azril terpaksa memendam hasrat tersebut. Apa pun tidak mengapa asalkan dapat minum ais kisar selain dapat merahatkan minda dapat juga melihat orang meluncur ais.

Setelah kami penat meronda ronda kami pun pulang semula ke hotel dan pada pendapat Azril memang menarik keadaan kawasan membeli belah tersebut dengan susunannya yang menarik. Apa yang tidak menariknya adalah kenapa dan kenapa ( 8juta kali 8 juta kuasa 12juta ). Kenapa buat piramid? Kenapa buat singa yang seolah olah penjaga pada piramid tersebut? kenapa ada ukiran mesir purba dalam bangunan tersebut? kenapa ada muka firaun berbadan singa seperti sphinx yang menggambarkan firaun khuffu? kenapa perlu ada hieroglif? Kenapa pula ada patung firaun? kenapa perlu ada patung pengawal firaun? kenapa ada simbol mata yang memerhatikan segalanya? Kenapa perlu ukiran manusia yang dilaknat Allah SWT ini dibina semula? Baiklah noktah.............................

Pada 29 Mei 2011, setelah tamatnya kursus Puan Azlina kami pun terus balik Kuantan dan semasa perjalanan balik, kami pun terus singgah sebentar di Shah Alam. Lokasi kami adalah di butik Jakel, ini adalah disebabkan kami tidak pernah kesana dan tujuna kami kesana adalah untuk membeli kain. Memeng besar butik tersebut ditambah pula dengan perkerja yang peramah yang ada disana membuatkan kami berasa selesa disana.Cuba bayangkan terdapat pelbagai kain yang terdapat disana dari murah hinggalah yang mahal. Setelah sejam kami disana kami pun terus keluar dan kami pun meneruskan perjalanan kami dan kami pun sampai di Kuantan.


 Kenapa kerap sangat Azril demam sejak kebelakangan ni
.
 Seronoknya depa, kalau Azril tak demam tentu Azril dah luncur sekali
.
Senyuman gembira dari wanita yang Azril cukup cintai setelah mendapat kain yang didamkannya
.

Sunday, August 07, 2011

Tak Sabar Sabar Nak Berbuka Ni


Tak Sabar Sabar Nak Berbuka Ni

Kemalrin 06/08 /2011 azril dan isteri tercinta ke pasar besar kuantan, tujuan kami ke sana adalah untuk membeli makanan mentah.Sesampainya kami disana kami pun terus membeli ikan sayur dan ketam.

Sesudah kami ke pasar kami pun terus ke terminal bas , pasaraya dan beberapa tempat yang kami rasakan penting. Biasalahkan hari Sabtu merupakan hari yang paling sibuk sekali,ini adalah disebabkan kami akan kemana sahaja di bandar Kuantan asalkan kami dapat membeli barang keperluan untuk mingguan.

Setelah itu kami pun pulang ke rumah . Setelah Asar Puan Azlina merebus ketam tersebut .Setelah sampai waktu berbuka kami pun makan dengan berselera sekali.Tiba tiba selepas habis berbuka puasa tiba tiba terjadi sesuatu pada isteri azril


Published with Blogger-droid v1.7.4

Bekas Kuih


Bekas Kuih

 Minggu lepas azril dan isteri tercinta meronda ronda sekitar bandar kuantan. Sebenarnya banyak benda yang perlu diselesaikan oleh kami disebabkan kami hanya berjumpa seminggu dua hari sahaja. Antara yang perlu dibereskan adalah berkenaan barangan keperluan yang ada hanya di bandar sahaja.

Ini adalah jarak bandar dan rumah kami agak jauh dan dan sebab sebab lain adalah isteri azril hanya akan ke bandar jikalau waktu azril ada sahaja. Oleh yang demikian azril dan puan azlina akan cuba menghabiskan urusan kami di bandar kuantan secepat yang mungkin.

 Banyak kedai yang kami kunjungi dan setelah banyak barangan yang kami beli kami pun ke satu kedai yang menjual barangan kaca. Fikir lalu berfikir dan dengan menggunakan bajet yang masih ada kami pun terus membeli bekas seperti diatas. Bukan apa, sebenarnya azril yang berkenan bekas tersebut disebabkan coraknya yang menarik tambahan pula bekas tersebut adalah bekas kaca.....

Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 06, 2011

Gambar seribu makna. Entahlah....

Gambar seribu makna. Entahlah....

Sebenarnya azril pun tak tahu hendak cakap apa tapi adakah maksud tersirat azril masih belum mengerti. Ada orang berkata perbuatan menggambarkan seribu makna. Tapi adakah perbuatan ayah dan mak menggambarkan seribu makna mengenai maksud tersirat atau ada mesej yang ingin disampaikan pada azril dan adik adik azril.

Maksud tersurat adalah ayah dan mak telah berkerja. Mak tidak pernah berkerja sejak dari ayah dan mak berkahwin 33 tahun yang lepas. Sejak dari ayah dan mak berkahwin hingga azril mengjangkau ke usia 31 tahun ini mak adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Tiga bulan yang lepas mak memulakan kerja.

Reaksi azril adalah terkejut. Mak cuba meyakinkan azril dan mengatakan bahawa tempat kerja mak adalah baik dan mak balik dalam keadaan yang tidak letih walupun seharian berkerja. Pada hakikatnya pada wajah mak juga menggambarkan betapa letihnya mak berkerja sepanjang hari. Tidak sampai sebulan selepas itu ayah juga memulakan kerja.

Reaksi azril adalah lagi terkejut cuba bayangkan ayah yang yang berumur 60 tahun dan mak yang berumur 53 berkerja. Ayah yang telah bersara hampir 4 tahun yang lepas berkerja semula.

Azril terfikir adakah mak dan ayah ingin berkerja adalah bagi meningkatkan pendapatan keluarga dan mengurangkan kebergantungan pada wang saraan ayah atau ada mesej jelas yang ingin disampaikan pada azril dan adik adik azril.

Apa yang pasti azril masih terkejut dan tercari cari jawapannya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, July 31, 2011

Hari sabtu yang panas


Hari sabtu yang panas

Kemalrin Sabtu 30/07/2011, azril bertugas di sebuah pesta yang berlansung selama 2 hari yang bermula pada hari sabtu.

Azril dan rakan sekerja ke lokasi tersebut pada waktu pagi bersama dengan pegawai atasan kami. Setelah pemantauan dijalankan kami pun bergerak meninggalkan lokasi tersebut menuju ke kedai makan berdekatan pada jam 2 petang

Pada jam 2.45 petang kami pun bergerak ke lokasi pesta tersebut dan seperti biasa pegawai atasan akan menjalankan pemantauan. Azril dan kawan kawan sebagai perkerja bawahan akan menjalankan tugas pabila dirahkan

Setelah berjam jam lamanya kami berulang alik dari satu lokasi yang lain. Kaki menjadi lenguh dan melecet disebabkan berat kasut keselamatan yang kami pakai dan jarak antara satu tempat ke satu tempat yang lain adalah jauh.

Setelah hampir setengah hari berada di lokasi pesta tersebut pada jam 6.30 kami pun balik ke pejabat dan pada jam 6.45 petang kami pun sampai di pejabat.

Kemudian kami pun pulang ke rumah dan setelah sampai di kuarters azril  pun terus bersiap untuk pulang ke kuantan.

Apa yang menariknya hari isnin ini azril bercuti disebabkan azril telah berkerja pada hari sabtu dan dan pada hari isnin ini azril bercuti ganti.

posted from Bloggeroid