Wednesday, June 25, 2008

Majlis Persandingan Azril dan Azlina

Majlis Persandingan Azril dan Azlina

Catatan 18 Mei 2008

Semalam setelah habis majlis akad nikah aku pun pulang ke rumah tinggal sementara iaitu rumah jiran isteri aku rumah Pak Cik Li dan Mak Cik Nah.

Berat hati juga nak melangkah balik disebabkan terpaksa meninggalkan isteri tercinta. Hahahaha.

Taka apa esok kita jumpa lain. Malam tu akau rasa lama sangat nak tunggu siang tak sabar sabar nak jumpa isteri aku. Hahahaha

Esoknya aku pun bangun selepas solat subuh aku pun pegi sembang dengan Pak Cik Li dan tengok mak aku buat sireh junjong sebab sireh yang bawa kemalrin dah layu sebab panas dalam perjalanan 12 jam dalam kereta.

Isteri aku sms aku kata dalam sejam lagi nak bersanding, aku pun terus siap siap pakai baju dan dalam sepuluh minit kemudian jurugambar profesional datang membawa tengkolok dan kain songket dan terasa aku seperti Pendekar Melayu.

40 minit kemudian Maharaja berjalan perlahan lahan untuk pergi berjumpa Maharani kesayangannya.

Maharani Azlina mencium tangan suami tercinta Maharaja Azril. Hahahaha
.
Berjalan bersama sama untuk bersanding diatas singgahsana
.

Sempat lagi berjenaka. Hahahaha
.

Bersanding sambil dikipas oleh pengapit yang kedua dua masih bujang, Encik Azil Fikri dan Cik Aizaan
.



Menadah tangan sambil mengaminkan doa yang dibaca
.

Bergambar bersama-sama bonda dan ayahanda


Bergambar bersama ahli keluarga aku


Bergambar bersama sama adik-adik aku


Bergambar bersama-sama mak, ayah, mak mertua dan abah mertua aku
Dari kiri Tuan Hamzah, Puan Siti Roselina, Azril, Puan Azlina, Puan Halijah dan Tuan Ahmad


Bergambar bersama mak dan abah mertua aku
.




Bergambar diatas pelamin, sama kacak dan sama cantik. Ibarat pinang dibelah dua. Semoga rumah tangga kami kekal dunia dan Akhirat
.


Isteri aku menuang air dan memotong ayam untuk santapan kami


Ayahanda turut serta makan di meja makan beradap


Bonda senyum sambil menyuap makanan dia meja makan beradap
.

Isteri tercinta menyuap makanan ke mulut suami tercinta
;

Suami tersayang menyuap makanan ke mulut isteri tersayang
.
Adik adik aku pun turut serta makan di meja makan beradap
.
Tetamu yang hadir mengambil makanan
.
Hantaran hantaran yang diberikan
.
Gaya manja pasangan pengantin. Hahahaha
.

Selepas makan kami pun bersanding lagi. Hahaha.
.
Bergambar bersama keluarga sebelah isteri aku.
.
Bergambar bersama kak ipar dan biras aku
.
Haa tengok ayang lagi tinggi dari abang. Hahahaha
.
Haaaa. sempat lagi bermanja antara satu sama lain
.
Gaya seorang Pendekar mendakap Serikandi kesayangannya


Mak Mertua aku Puan Halijah membetulkan kain telekungnya
.

Setelah berpuluh puluh tahun tidak berjumpa akhirnya mak aku berjumpa dengan kawan lama waktu sekolah dulu Puan Umi Kalsom yang tinggal di Felda Jenderak Utara.

...................................................................................
Selepas habis kenduri mak dan ayah pun berangkat pulang ke Bukit Mertajam dan aku dan isteri aku pun pulang ke rumah dan bermula lembaran sejarah dalam hidup aku sebagai seorang suami.

Tuesday, June 24, 2008

Majlis Akad Nikah Muhammad Azril Bin Hamzah dan Azlina Binti Ahmad

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami.

Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka (…).

اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ يَا ذَاالْجُوْدِ وَاْلكَرَمِ
Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat sejahtera serta dikurniakan zuriat yang soleh. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah.

اَللَّهُمَّ يَا بَدِيْعَ السَّمـوَاتِِِ وَالأَرْضِ
Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang diberkati ini.

اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
'''''''''''''''''''''''''
''''''''''
Catatan pada 17 Mei 2008

Walaupun aku dalam sakit akibat pembedahan apendik minggu lepas tetapi aku tetap seronok kerana majlis akad nikah aku akan berlansug hari ini. Perjalanan kami bermula pada awal pagi. Yang turut serta adalah mak, ayah adik adik aku (Nur Hannah dan Farah Zalina), Mak bawa kereta sebab mak tak bagi aku bawa kereta sebab takut kesan apendik akan menjejaskan kesihatan aku.

Tiba tiba waktu dalam perjalanan kami pun telefon Fikri sebab nak tanya Fikri ada kat mana? Tiba tiba Fikri cakap kata dia ada kat Kat Port Dickson lagi. Kami pun pun menuju ke Port Dickson mengambil Fikri perjalanan kami selama 5 jam setengah dan panas yang teramat sangat akibat panas waktu petang tu. Akhirnya kami pun sampai di Port Dickson dan kami pun mengambil Fikri.

Cuba bayangkan sepatutnya perjalanan kami dari Taman Permata nak ke Felda Jenderak Utara cuma dalam 450km saja dan masa sepatutnya diambil adalah 6 jam, tiba tiba tiba kami pun pergi Port Dickson dahulu.

Jumlah perjalanan kami adalah sejauh 700 km dan perjalanan selama 10 jam.
Akhirnya syukur Alhamdulillah kami pun pun sampai dalam pukul 7.00 petang. Setutnya waktu akad nikah aku sepatutnya lepas magrib ditunda sehingga lepas isyak. Berdebar gila gila sampai tak tahu nak buat apa. Muka pun jadi hitam gila sebab berjemur panas dalam kereta. Hahahahaha...

Tapi yang pasti aku tak sabar sabar nak akad nikah. hahahaha

.....................................................................................
Majlis Akad Nikah Muhammad Azril Bin Hamzah dan Azlina Binti Ahmad


Dengan langkah yang sungguh sopan, bakal pengantin masuk kedalam rumah.
'

Aku memperkenalkan diri dihadapan hadirin yang hadir.
'

Cantik betul pelamin kami.
.

Cik Azlina tunduk sambil mendengar khutbah dari Tuan Kadi
.

Saya Mendengar khutbah yang disampaikan oleh Tuan Kadi
'

Bermulanya upacara Akad Nikah

Alhamdulillah Syukur Pada Allah, akhirnya dengan sekali lafaz Azlina sah menjadi isteri aku.

Aku memberikan album yang mengandungi wang mas kahwin pada isteri aku Puan Azlina.
.
Aku mencium tangan Bapa Mertuaku Tuan Ahmad Bin Darus
.
Aku mencium tangan ayah aku Tuan Hamzah Bin Ismail
.
Isteri aku mencium tangan aku, sentuhan pertama isteri tercinta.
.
Aku mencium dahi isteri aku dan mengesahkan bahawa dialah isteri yang amat aku cintai.
.
Isteri tercinta menyarungkan cincin sebagai hadiah perkahwinan kami.
.
Bergambar dihadapan pelamin
.
Sempat berjenaka sebentar bersama isteri tercinta
.
Bergambar diatas katil.
.

Bergambar dekat sikit..... Hahaha
.
Gaya macho seorang suami mendakap isterinya dan gaya jelita seorang isteri mendakap suami tercinta.
.
Isteri aku bergambar bersama mak dan adik adik aku
Dari kiri : Cik Nur Hannah, Puan Azlina, Puan Siti Roselina dan Cik Farah Zalina

Ayahanda Tersayang Tuan Hamzah Bin Ismail dan Bonda Tercinta Puan Siti Roselina Indrayati Binti Sulaiman menjamah sup yang dihidangkan
..
Sedapnya betul tak Nur Hannah
.

Ayah makan bersama Pak Cik Hussain (saksi akad nikah aku)
''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Thursday, May 15, 2008

Aku Kena Apendik

Aku Kena Apendik

Asalamualaikum, Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Besar Rasulullah s.a.w.

Aku amat bersyukur sehingga hari ini aku masih dapat bernafas didalam dunia yang fana ini.

Minggu lepas aku kena apendik waktu lepas aku membersihkan kuartes. Aku mula sakit perut yang teramat sangat pada pukul 2.00 petang. Sampai malam sakit perut masih tak hilang. Aku pun tak tahu nak buat apa sakit yang teramat sangat sampai nak berdiri pun tak boleh. Aku pernah kemalangan motor walau luka macam mana pun sampai terkoyak isi pun tak sesakit apendik.

Aku makan dalam setengah jam muntah sampai tak boleh nak keluar apa yang aku makan tadi. Mak Ayah aku suruh aku pi je kat hospital tapi aku kata nanti sakit aku hilang, sampai malam tak hilang. Tunang aku telefon malam tu suruh aku pi hospital, aku pun kata tak apa nanti sakit perut hilang. Akhirnya selepas gagal menahan sakit yang teramat sangat pada pukul 2.00 pagi aku pi hospital.

Dipendekkan cerita aku kena tahan wad, dari Hospital Bukit Mertajam aku dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya. Pukul 4.00 pagi aku masuk wad Hospital Seberang Jaya sakit yang teramat sangat sampai aku tak tidur malam tu.

Waktu pagi tu Radzi, Abang Jo, Kak Su (isteri abang Jo) datang melawat aku, mak adan ayah pun sampai. Akhirnya aku pun dibedah.

.....................................................................................................................................................

Ramai kawan kawan melawat aku antaranya Radzi, Jo dan Isteri, Abang Jo dan Isteri, Safar dan isteri dan Zaidi serta Azhan. Mak pun datang bawa adik adik datang. Esoknya ramai kawan kawan dengan satu van datang antaranya Pn Rohimi, Pn Zaiton, Pn Aishah, dan ramai lagi termasuk Abg Zali dan Abang Jo NS.

Selepas itu aku dibenarkan pulang ke rumah. Tunang aku telefon sambil menangis kerana tak dapat datang kerana ia terpaksa bertugas di klinik kerana minggu itu dia jururawat bertugas di Klinik. Tak apa kalau nak datang tentu jauh kerana perjalan memakan masa satu hari jika menaiki bas dari Pahang ke Bukit Mertajam.

Akhirnya hari ni aku pun hantar kad kahwin ke pejabat dalam keadaan sakit akibat pembedahan. Cuma kawan kawan pejabat sahaja yang aku sempat hantar kad. Yang lain aku tak sempat nak hantar kad. Aku minta maaf banyak banyak kepada kawan kawan lain.
Dalam masa 3 hari lagi aku nak ke Pahang untuk melansungkan majlis akad nikah dan majlis perkahwinan aku.

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''