Thursday, November 21, 2013

Pengembaraan Azril Azlina

Pengembaraan Azril Azlina

Sebermula tersebutlah cerita sang putera yang bernama Muhammad Azril bin Hamzah dan tuan puteri Azlina binti Ahmad pulang dari rumah adiknya yang terletak di Felda Bukit Mendi. Kepulangan mereka berdua dengan menaiki kereta kuda beroda yang berwarna putih. Perjalanan mereka agak lambat kerana mereka memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat keadaan kedaan alam semulajadi yang indah nian di sekililing mereka.

Arkian, sambil sang putera dan sang puteri mengahayati keindahan alam mereka pun terpandang akan keindahan Sungai Pahang yang berada di sebelah jalan yang dilalui mereka. Lalu sang putera pun menayakan pada tuan puteri Azlina tentang sungai tersebut, maka berceritalah tuan puteri Azlina tentang sungai tersebut pada sang putera.

Tiba tiba sang putera pun berhenti di sebuah tempat berdekatan sungai tersebut, maka turunlah pasangan suami isteri tersebut melihat dan mengahayati keindahan alam dan mereka merakamkan gambar untuk dijadikan kenangan.


Shahdan, setelah gambar diambil berangkatlah sang putra dan tuan puteri ke istana rasmi mereka....

Gambar ni elok cuma tulisan Bera tak nampak

Kami berlatarkan Sungai Pahang di Bandar Bera

Kacak kan ? Hahahaha

Cantik kan.... Yang mana satu. Kesemuanya....

No comments: