Azril dan makanan....
Al kisah penceritaanku bermula disini.....................
Pada 24 Februari 2013 yang lepas, Azril dan isteri tercinta pergi berjoging di Taman Bandar iaitu sebuah kawasan rekreasi yang mempunyai tasik dan terdapat trek joging disekeliling tasik tersebut, lokasi Taman Bandar adalah di Bandar Kuantan, Pahang darul Makmur.
Setelah penat berjoging, kami pun memberhentikan larian kami dan Azril terus menghidupkan enjin kereta. Lokasi perjalanan kami seterusnya adalah di Pasar Tani yang terletak di perkarangan Stadium Darul Makmur. Dalam keadaan yang agak lapar Azril dan Puan Azlina pun memilih makanan yang akan dimasak tengahari nanti. Antara yang kami beli di Pasar Tani tersebut adalah burung puyuh, ikan, dan jagung.
Setelah sampai di rumah, isteri tercinta terus terus menjalankan kerja masakannya dan sejam kemudian makanan pun dihidangkan diatas meja.
Kadang kadang bila duduk saja, macam macam benda yang terfikir oleh Azril antaranya tentang makanan
.
Ni dia puyoh tiga ekoq
.
Ikan gulai 3 ketoi, puyoh tiga ekoq dan 3 batang jagung
.
Lepaih tu ada kek keju pulak. Memang sedap
.
No comments:
Post a Comment