Friday, January 11, 2013

Azril Azlina lawatan ke Aquaria KLCC


Azril Azlina lawatan ke Aquaria KLCC

Catatan 22/12/2012 
Pada hari Sabtu yang lalu Azril dan isteri tercinta berkunjung ke satu tempat yang kami rasakan memang menarik yang dimana lokasinya adalah di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Kami tertarik untuk kesana adalah disebabkan sesiapa sahaja yang berkunjung ke tempat tersebut akan memberikan maklumbalas yang positif dan dengan bersumberkan maklumat itu juga telah membawa kami ke tempat tersebut bagi melihat sendiri apakah maksud yang cuba disampaikan serta kegembiraan yang dikecapi apabila berada disana. Akhirnya buat pertama kalinya pada 22 Disember 2012 Azril dan Puan Azlina menjejakkan kaki ke akuarium besar yang dinamakan Aquaria yang terletak di Pusat Persidangan Kuala Lumpur.

Setelah kami beratur selama setengah jam untuk mendapatkan tiket masuk dan dan tepat jam 11 pagi kami pun masuk kedalam Aquaria dan bermulalah penjelajalan kami bagi mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang hidupan air yang jarang dilihat. Tiba tiba keseronakan kami terganggu akibat kehabisan bateri  kamera dan terpaksalah kami menggunakan kamera telefon bimbit bagi mengambil gambar.

 Kami bergambar dihadapan air pancut yang terdapat di belakang bangunan Menara Berkembar Petronas
.
 Azril dihadapan akuarium ikan Piranha
 .
 Ikan keli yang berenang menegak
.
 Ketam comel yang haluih
.
 Berudu yang besaq
.
Labi labi mulut tajam
.
 Cicak besaq pun ada
.
Katak tanduk
 Kala jengking besaq, nampak comel tapi kalau dia sengat boleh menjerit
 Ikan yang berwarna warni
.
 Ikan jerung pun ada
.
 Kuda laut yang sama warnanya dengan lumut laut
.
Penyu pun ada
Tiba tiba ikan jerung lintaih mai dengan mata yang bersinaq
 Puan Azlina ketika di terowong pejalan Aquaria
 Comel betul udang siring
.
 Ikan yang sama warna dengan pasiaq
.
 Comelnya udang tu
.
 Batu karang yang pelbagai warna
Jom kita pilih kasut pulak

No comments: