Sabotaj Keatas Bas Ekspres
Catatan 19 Oktober 2012
Gambar diatas dirakamkan oleh Azril pada jam 11.02 malam di Ipoh ketika bas MaraLiner yang Azril naiki dari Butterworth berhenti untuk mengambil penumpang di Ipoh. Menurut pemandu bas tersebut mereka telah membuat 2 laporan kepada polis berkenaan hal tersebut dan menunggu siasatan pihak berkuasa terhadap individu yang melakukan perbuatan tersebut.
Menurut pemandu bas tersebut kejadian tersebut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Hentian Rehat dan Rawat Tapah arah utara. Mereka terkejut melihat batu besar yang dibaling ke arah bas dan terus kena pada cermin bas yang menyebabkan cermin tersebut retak. Menurut pemandu bas lagi batu tersebut dibaling dari atas bukit yang momentumnya tinggi dan menyebabakan cermin bas tersebut retak.
Pemandu bas tersebut menambah lagi, kerosakan tersebut tidak dapat dipulihkan disebabkan bas akan berpatah balik semula ke Kuantan pada malam tersebut juga. Ini adalah kerana bas MaraLiner tersebut akan memulakan operasinya dari Kuantan menuju ke Butterworth pada jam 9 pagi dan setelah sampai di Butterworth pada jam 6 petang ia akan berpatah balik semula ke Kuantan pada jam 9 malam dan begitulah rutin bas tersebut.
Menurut pemandu bas itu lagi, banyak juga bas ekspres yang mengalami nasib yang sama seperti yang bas MaraLiner alami, kebanyakkan cermin bas ekpres yang lain pecah. Yang bernasib baik adalah bas MaraLiner ini adalah kerana filem yang menyaluti cermin dihadapan bas tersebut tebal dan ini menyebabkan cermin hadapan bas tersebut terselamat dari pecah.
4 comments:
Apa kes bas ni
Tak dak apa kes pun cuma kena sabotaj saja orang baling batu ataih bukit kena bas ni
Assalamualaikum
Kenapa bas pula jd mangsa dlm kes ni?
Waalaikumussalam
Nasib baik batu tu tak kena penumpamng atau pemandu kalau kena tentu parah....
Post a Comment