Pengembaraan Azril Azlina di Bukit
Tinggi
Catatan 16 September 2012
Penceritaan kali ini bukan bab makanan
tetapi tentang perjalanan kami ke satu tempat yang kami tidak pernah
pergi iaitu di Bukit Tinggi Pahang darul Makmur. Penceritaanku
bermula disini.....................................
Pada jam 8 pagi Azril dan isteri
tercinta terus bersiap dan kami pun bersarapan di luar iaitu di kedai
Pak Samad yang terletak berdekatan dengan rumah kami di Kuantan.
Sesampainya kami di kedai makan tersebut, kami pun memesan 2 bungkus
nasi lemak, sekeping roti canai segelas milo ais, segelas milo panas
dan secawan air suam. 5 minit kemudian makanan yang pesan pun sampai
dan kami pun makan dengan berselera sekali.
Selepas kami makan, kami pun meneruskan
pemanduan kami menyusuri Lebuhraya Pantai Timur dalam keadaan yang
masih lagi berkabus dan kedaan lebuhraya masih lagi basah disebabkan
hujan malam tadi. 2 jam kemudian kami pun sampai di susur keluar yang
menghala ke Bukit Tinggi, kami pun membelok kenderaan kami dan
meneruskan pemanduan. Dalam kedaan berhati hati, kami memandu dalam
keadaan sederhana disebabkan keadaan sekitar yang berbukit bukau
ditambah kedaan jalanraya yang masih lagi basah. Keadaan jalanraya
disitu agak sunyi dan dalam 10 mint pemanduan kami kami hanya melihat
sebuah kereta sahaja yang turun dari bukit. Setelah agak lama kami
memandu dalam keadaan mendaki, tiba tiba kami melihat tempat letak
kereta dan kami mengibaratkan yang kami sudah sampai di destinasi
kami.
Kami pun memberhentikan jentera buatan
tempatan kesayangan kami di tempat letak kereta dan kami pun terus
mendaki bukit yang berada dihadapan kami. Keadaan disana agak sejuk
dan dari ketinggian tempat kami berada, kami dapat melihat kedaan
sekitar masih lagi berkabus. Setelah penat kami berjalanan, kami pun
sampai di Perkampungan penjajah Jepun yang terdapat disana. Tulisan
yang terdapat di papan tanda tersebut menerangkan pada kami yang kami
berada di ketinggian 3500 atas paras laut. Kami pun meneruskan
langkah kami sehingga sampai di Kebun Jepun yang disana terdapat
puluhan orang sedang bergambar dengan menggunakan baju Jepun atau
kimono yang disewa.
Setelah kami meronda ronda dikawasan
sekitar, kami pun turun ke tempat letak kereta. Kami pun meneruskan
pemanduan sehingga kami sampai di kawasan yang dinamakan “Colmar
Tropicale”. Menurut beberapa kenalan Azril yang pernah berkerja
disana, nama tempat tersebut dinamakan begitu disebabkan binaannya
yang sama seperti binaan di kampung Colmar yang terdapat di negara
Perancis. Selepas sampai di “Colmar Tropicale” kami pun meletak
kenderaan kami di tingkat atas bangunan yang disediakan dan kami pun
meronda ronda dikawasan sekitar.
Kedaan sekitarnya agak menarik
disebabkan bangunannya yang agak unik dan tidak pernah dilihat oleh
kami sebelum ini. Setelah melangkah masuk didalam kawasan tersebut,
kami melihat kesemua rekabentuk dikawasan tersebut adalah seperti
rekabentuk Perancis dan tanpa membuang masa kami pun bergambar
diantara satu sama lain. Setelah penat kami berjalan-jalan, kami pun
terus ke kedai cenderamata yang terdapat disana. Setelah sejam kami
sana kami pun pulang ke rumah kami di Kuantan.
Sat kita panjat tangga dulu
.
Bila dah sampai ataih bukit, nampak berkabus lagi
.
Puan Azlina terus mendaki bukit
.
Azril di Perkampungan Jepun
.
Kesian kat kuda ni nasib baik dia patung
.
Azril berlatar belakangkan pemandangan bangunan ala Perancis ketika disana
.
Depa tengah dok bagi makan kat angsa kat bawah tu
.
Puan Azlina berhadapan menara bangunan
.
Isteri tercinta di hadapan pintu masuk
.
Kita sandaq sat dah letih jalan ni
.
Ambik gambaq dulu sebelum balik
.
Puan Azlina dihadapan air pancut
4 comments:
as salam , sy dan kluarga nak ke penang esok ada maklumat chalet/homestay yg selesa dan harga berpatutan di sana. TQ
Waalaikumusalam.....
Kalau kat Pulau Pinang chalet memang kurang tetapi kalau inap desa (Homestay) memang banyak.
Cuba masuk dalam laman homestaypenang.com
Assalamualaikum
Balik hari je ke? Knpa tk bermalam kt sana?
Waalaikumussalam
2 sebab :-
1. Faktor kewangan........
2. Tiada satu pun hotel disana diiktiraf halal oleh JAKIM
Post a Comment