Thursday, October 18, 2012

Kisah Lemang Kijal

Kisah Lemang Kijal

Lemang merupakan makanan yang digemarai oleh penduduk tanahair Malaysia, terutamanya di waktu perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha. Lemang diperbuat dari beras pulut yang dicampur dengan santan yang dimana acuannya adalah buluh. Proses memasak lemang adalah dengan dibakar dengan kawalan api yang sederhana. Untuk mengetahui tentang masaknya lemang adalah dengan melihat pulut dibahagian atas lemang tersebut.

Lemang juga banyak dijual di gerai gerai sepanjang laluan jalanraya di musim perayaan tetapi untuk mendapatkan lemang yang dijual sepanjang masa adalah di kilometer 21 Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Bentong dan Karak. Satu lagi tempat yang cukup menarik yang menjual lemang sepanjang masa adalah di Pekan Kijal yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu Darul Iman dimana lemang disitu mendapat jolokan Lemang Kijal.

Aduih........ memang terlioq sangat bila cerita bab lemang ni................. maka penceritaanku bermula disini....................

Catatan 08 September 2012
Awal awal pagi isteri tercinta mengejutkan Azril dan selepas bangun dari tidur Azril terus membasuh muka dan Azril pun turun ke meja makan yang terletak di tingkat bawah. Menu istimewa hari ini adalah bihun goreng ayam dan penambah perisanya adalah kicap lemak manis. Mungkin akan ada orang berkata "bihun saja ka", tetapi bagi Azril bihun goreng merupakan menu kegemaran Azril diwaktu pagi. Selepas makan bihun goreng tersebut kami pun terus bersiap untuk ke bandar Kuantan disebabkan pelbagai urusan yang perlu diselesaikan disana.

Selepas urusan kami diselesaikan kami terus memecut kereta meninggalkan bandar Kuantan. Perjalanan kami agak perlahan akibat kesesakan lalulintas ketika kami sampai di Cherating, ini adalah disebabkan Cherating merupakan tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negeri. Selepas kami sampai pintu gerbang sempadan negeri keadaan agak lengang disebabkan terdapat 2 lorong pemanduan sehala disini, 15 minit kemudian kami pun sampai di Pekan Kijal.

Tujuan utama kami ke Pekan Kijal adalah untuk membeli lemang yang terdapat disana, ini adalah tempat kerja Puan Azlina akan mengadakan Jamuan Hari Raya pada malam ini. Setelah lemang dipilih dan urusan pembayaran dijalankan, penjual lemang tersebut terus membalut lemang dengan surat khabar dan memasukkannya didalam beg plastik. Cuba bayangkan ketika kami sampai terdapat banyak lemang yang dibakar tetapi apabila kami balik kesemua lemang telahpun habis dibeli oleh kami.

 Puan Azlina mengira lemang yang akan dibeli untuk jamuan raya 
.
Masa kami datang lemang masih lagi banyak dan selepas kami balik, lemang pun habis
.

.................................................................................................................................................
..........................................................................................
........................
..

Antara soalan yang kerapkali ditanya oleh kawan kawan mengenai Lemang Kijal....

Soalan   :   Bagaimana rasa Lemang Kijal ?

Jawapan:   Pendapat Azril, inilah lemang yang paling sedap yang Azril pernah makan. (terliur ni)

Soalan   :   Sedap yang bagaimana?

Jawapan:   Keseluruhan lemang tersebut, terutamanya rasa pulut yang dicampur dengan santan

Soalan   :   Bagaimana tu?

Jawapan:   Bahagian atas, kita akan rasa sedap pulutnya yang agak wangi ditambah pula campuran bau daun pisang dan bau semulajadi buluh. Bahagian tengah dan bawahnya pula kita akan dapat rasakan kesedapan campuran santan dan pulut. Bahagian yang paling bawah lemang tersebut merupakan bahagian yang paling sedap dimana pulutnya agak lembut ditambah pula rasa santan yang cukup berlemak membuatkan Azril sukar melupakan rasanya yang amat sedap.

..................................................................................................................................................


Memang terliur bila bercerita tentang lemang dan terasa macam nak makan sangat sangat.

2 comments:

Sarah T said...

Assalamualaikum

Dengar mcm best je lemang ni, ank buah saya selalu cerita. Tk apa nanti kitorang ot way to K Tganu nantu beli.

azril said...

Waalaikumussalam

Memang sedap lemang ni dan tidak rugi jika mencubanya