Thursday, October 06, 2011

Hasil Pemikiran Aku Tentang Penjajahan

Hasil Pemikiran Aku Tentang Penjajahan

Penjajahan memang memeritkan ia merupakan titik hitam dalam sejarah tanahair kita.

Penjajahan bermula di Tanah Melayu apabila kedatangan anjing penjajah Portugis dari Negara Portugal (negara pemain bola terkenal tu) di Melaka pada 10 Ogos 1511 dan bala tentera penceroboh dan penjajah ini dipimpin oleh Alfonso D’ Albuquerque. Maka pada waktu itu juga tamatlah zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang sempat bertahan hanya selama satu abad setelah Sultan Mahmud Shah berundur ke Bertam Pahang.

Pelbagai cara dilakukan oleh anjing Portugis bagi menguatkan lagi kota Melaka sewaktu penjajahannya diantaranya adalah dengan membunuh askar diraja, askar biasa, pedagang Islam, para alim ulamak dan penduduk tempatan tak kira lelaki dan perempuan serta kanak kanak. Sewaktu itu juga fenemona pengkristianan berlaku dimana mana sahaja.

Perancangan membina kota yang kuat dilakukan dengan menyuruh wanita rakyat tempatan agar memeluk agama mereka dan askar askar Portugis disuruh berkahwin dengan wanita Islam tempatan untuk mengelakkan dari dibunuh, jika wanita Islam tersebut enggan berkahwin dengan penjajah Portugis mereka akan dimalukan, disiksa dan terus dibunuh. Terpaksalah wanita wanita Melayu Melaka yang beragama Islam berkahwin dengan penjajah yang menakluk negeri mereka dan memusnahkan rumah rumah mereka. (Memang ****** penjajah Portugis ni). Peristiwa ini yang menyebabkan kelahiran masyarakat Serani yang bertutur dalam bahasa Portugis yang masih lagi wujud sehingga kini

Selain itu mereka menambak di sekita pantai pantai Melaka demi membina kubu pertahananan agar tidak diserang balas oleh angkatan Sultam Mahmud Shah. Bagi menyambung kesinambungan Perang Salib yang mereka telah kalah, anjing penjajah Portugis juga telah membakar kesemua istana, madrasah dan membedil masjid dengan meriam. Batu bata dari hasil bedilan masjid dan makam lama telah digunakan bagi membina kubu A Famosa. Selain itu artifak kesenian Melayu dan Islam juga dimusnahkan. Cara anjing penjajah portugis lakukan adalah sama seperti penjajah Monggol lakukan ketika menakluk Baghdad selepas mereka mengalahkan Kerajaan Islam Abasiyah iatu dengan membakar dan membuang kitab kitab agama di dalam Sungai . Bukan setakat kitab sahaja malah pelbagai karya kesenian melayu turut sama dimusnahkan dan dibawa balik ke negeri mereka.

Anjing penjajah portugis juga telah membina beberapa gereja dan biara dan mengumumkan pada pihak penjajah yang lain seperti Belanda dan Inggeris bahawa mereka telah berjaya dalam usaha memusnahkan Islam menkristiankan penduduk Melaka serta dapat menguasai perniagaan rempah ratus di Asia Tenggara.

Perkara tersebut jua menyebabkan anjing Belanda menyerang Melaka dan telah mengepung dan menyerang Melaka yang menyebabkan tidak kurang dari 10000 penduduk Melaka yang terdiri dari penduduk asal mati akibat serangan dan kebuluran dan pada 14 Januari 1641 Melaka jatuh pulak di tangan anjing Belanda.

Anjing Belanda juga menggunakan pengaruhnya bagi menguatkan lagi agama kristian dikalangan penduduk Melaka. Mereka juga membina beberapa bangunan pentadbiran yang sarat dengan unsur kristian anataranya adalah seperti bangunan merah merah yang kita lihat sewaktu di Melaka.

Pada 11 Ogos 1786 Pulau Pinang diambil alih oleh Francis Light termasuk Bayan Lepas. Bayan Lepas yang dibuka oleh moyang aku turut dirampas oleh Francis Light. Pada tahun 17 Mac 1824 anjing Inggeris pula menakluk Melaka dan mencuba meneruskan pengaruh mereka di negeri Melayu yang lain. Pada tahun 1896, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang berada di bawah naungan British telah dijadikan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kuala Lumpur telah dipilih sebagai pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu memandangkan lokasinya yang terletak di tengah-tengah. Residen Jeneralnya yang pertama ialah Frank Swettenham.

Pada itu juga tahun 1914 Tanah Melayu berpecah pada beberapa sistem politik antaranya Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang terdiri daripada Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Johor.

Anjing Inggeris juga melabelkan diri mereka sebagai kuasa yang terkuat di dunia. Antara kekejaman anjing British adalah mengenakan cukai dengan sesuka hati mak bapak depa saja. Sesiapa yang enggan membayar cukai dikenakan hukuman. Anjing British juga mencabul anak gadis yang beragama Islam. Mereka tidak boleh melihat gadis gadis yang cantik semuanya mereka akan jadikan gundik di rumah rumah mereka. Tiada siapa yang boleh menghalang mereka, jika mereka dihalang mereka akan membunuh sesuka hati.

Lihat saja pada tokoh yang menentang mereka seperti Abdul Rahman Limbong, Tokku Paloh, Datuk Bahaman, Dol Said, Datuk Maharajalela, Tok Gajah, Mat Kilau, Panglima Mae dan Tok Janggut mereka telah diusir dan dibunuh kejam oleh anjing British.

Penjajahan di Tanah Melayu diteruskan oleh satu kuasa yang cukup kuat di Asia iatu Jepun (ala Negara pengeluar kereta Honda tu).Pada 13 Disember 1941, anjing tentera Jepun telah berada di Kedah dan memulakan kemaraan mereka ke Singapura. Anjing tentera Jepun mendarat di Singapura pada 8 Februari dan Singapura menyerah kalah kepada Jepun pada tanggal 15 Februari 1942. Sabah jatuh ke tangan Jepun pada 19 Januari 1942 sementara Sarawak pula pada 1 April 1942. Bermula lagi episod penjajahan yang amat kejam pada waktu itu.

Menurut cerita lisan Tok Wan aku Allahyarham Haji Mohd Sulaiman Bin Mohamed yang diceritakan pada mak aku adalah mengenai kekejaman dan kesengsaraan rakyat di Tanah Melayu ketika penjajahan Jepun. Anjing Jepun tidak boleh melihat orang Melayu berkahwin kalau ada kenduri kendara mereka akan turut serta bukan untuk makan tetapi untuk mengganggu majlis. Perkara yang mereka lakukan adalah mereka hendak bersanding dengan pengantin perempuan, kalau pengantin lelaki tidak izinkan mereka akan memancung kepala pengantin lelaki dan keluarga mereka. Oleh sebab itu di waktu penjajahan anjing Jepun, orang Melayu akan mengadakan kenduri kahwin secara senyap senyap sahaja kerana takut diketahui oleh anjing Jepun. Bukan itu sahaja anjing Jepun mempunya selera yang tersangat keji iatu menyukai isteri orang lain dan mereka tidak boleh langsung melihat lelaki melayu berjalan bersama isteri mereka. Jika mereka melihat perkara demikian mereka akan menggangu dan merampas isteri lelaki tersebut dan dibawanya ke kem mereka. (memang ******* anjing ***** Jepun ni).

Anjing Jepun memang kejam terhadap agama Islam, mereka akan berdiri dihadapan seorang Islam sedang bersolat dan menyuruh orang tersebut sujud padanya dan menyuruh jemaah di surau menyembah matahari jika enggan mereka akan memancung kepala sesiapa yang enggan.

Anjing Jepun mempunyai perasaan yang dengki pada penduduk Melayu antaranya mereka tidak membenarkan mendengar radio dan tidak membenarkan orang Melayui makan nasi. Menurut arwah Tok Wan aku lagi penduduk Tanah Melayu hanya memakan ubi kayu sahaja setiap hari disebabkan beras telah dirampas. Mereka juga tidak menyukai ikan sungai kerana banyak tulang dan jika ada penduduk tempatan memelihara ikan sungai mereka akan membocorkan kolam tersebut.

Anjing Jepun juga bersikap angkuh yang keterlalaluan dimana mereka akan memantau khutbah Jumaat dan ada kampong tidak boleh langsung membaca khutbah Jumaat. Anjing Jepun juga memperkenalkan judi bagi mengalihkan kesengsaraan rakyat hasil pemerintahan mereka yang sungguh kejam antara judi yang diperkenalkan adalah adalah lambung dadu, pakau, laga ayam dan lumba kuda. Aapabila masyarakat Melayu telah keka dengan judi dan tarian maka mereka terpaksa menyerahkan anak anak mereka bagi pembinaan landasan keretapi maut............

Akan bersambung................................

No comments: