Hadis Qudsi Mengenai Puasa
"Firman Allah Ta'ala: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa."
(Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
..........................................................
....................................
.................
Terharu jugak Azril dengar............ terutamanya ayat "maka sesungguhnya puasa itu untukKu"
Ini menunjukkan bahawa kita berpuasa hanya untuk Allah dan Allah sahaja yang memberi balasan terhadap puasa yang kita lakukan.
2 comments:
salam, thx for sharing
apa beza hadis qudsi hadis sahih hadis daif dan lain lain lagi
Waaalaikumsalam..........
Azril bukannya arif sangat tetang hadis ni kalau sikit sikit saja bolehlah.
Hadis merupakan kata kata atau sabda serta perbuatan dari Rasulullah s.a.w. ni juga boleh diertikan dengan sunah baginda Rasulullah s.a.w
Hadis Qudsi pula merupakan firman Allah S.W.T tetapi ia bukannya didalam al Quran tetapi dalam bentuk sabda dari Rasulullah s.a.w.
Hadis daif merupakan hadis yang lemah, kelemahannya bukan dari ayat tersebut tetapi dari periwayatnya iaitu hadis yang tidak mencapai tahap sahih dan hasan.
......................
Post a Comment