Makanan Yang Akan Azril Makan Seminggu Sekali
Sekarang ini Azril tidak tahu apa yang hendak dikatakan samada ketagihan atau teringin sangat makan sayuran mentah atau salad. Cuba bayangkan daun salad karang , tomato bujur, telur rebus, timun, hirisan lobak dan bawang serta ditambah sedikit mayonis dan digaul dengan sos thousand island (Boleh meleleh air liur jika cerita lebih lanjut).
Ini adalah kerana setiap minggu setiap kali balik ke Kuantan isteri tercinta Puan Azlina akan menyajikan salad pada Azril disebabkan Azril suka sangat makanan tersebut. Sebelum ini sebulan sekali Azril akan ke restoran makanan segera untuk membelikan salad campur, tetapi sekarang ini Puan Azlina telah membeli 1 liter sos thousand island maka bolehlah Azril makan salad sepuas hati. Apa yang Azril perlukan adalah sayuran sayuran segar.
Apa yang pasti Azril terpaksa menghentikan tulisan ini demi mengelakkan air liur Azril tumpah. Hahahahaha. Gambar diatas menunjukkan salad yang dibuat oleh Puan Azlina.
2 comments:
Salad yang menarik tapi hari ni aku teringin nak makan gado-gado... emmmm sedapnya klu ptg2 mcm ni bleh mkn gado-gado...
NUKILAN GAGAK DI RIMBA
Salam...
Tapi kalau psembor lagi sedap. Pasembor Pulau Pinang merupakan pasembor paling sedap di planet ini.
:)
Post a Comment