Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010




Badi 14 tahun berakhir

JAKARTA – Sejarah tercipta di bumi Stadium Gelora Bung Karno, buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Piala Suzuki AFF 2010 apabila Malaysia menjadi juara walaupun tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir kedua untuk meraih kemenangan melalui agregat 4-2, semalam.

Bertambah manis anak didik K. Rajagobal berjaya melakukannya di hadapan 95,000 penyokong fanatik Indonesia yang terpaksa menelan kepahitan bahawa Malaysia lebih berhak merangkul kejuaraan edisi kelapan Piala Suzuki.

Ternyata bekalan 3-0 yang dibawa dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu cukup membantu kerana gol di tempat lawan yang dijaringkan oleh Safee Sali menjadi faktor penting mematahkan api perjuangan Indonesia yang mahu mencipta jaringan pendahuluan.

Bukan sekadar itu, penyerang negara, Safee Sali dinobatkan selaku penjaring terbanyak kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 dengan lima gol mengatasi pesaing terdekat, Cristian Gonzales.

Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan ini diilhamkan daripada gerakan pantas Mohd. Ashari Samsudin ketika Indonesia rancak menyerang dan pemain Terengganu itu melakukan hantaran jauh yang disambut dengan baik oleh Safee Sali.

Safee dengan tenang mengawal bola sebelum mendapat posisi terbaik melepaskan rembatan kencang melalui kaki kiri menewaskan Markus Harison untuk memberikan gol penting di tempat lawan.

Biarpun Indonesia dengan mendapatkan dua jaringan pada minit ke-71 melalui Mohamad Nasuha dan Muhammad Ridwan pada minit ke-87, ia sudah terlewat buat skuad Garuda bangkit mengatasi Malaysia yang menang dengan kelebihan agregat 4-2.

Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat wajar diberikan pujian menggunung kerana beraksi cemerlang menghalang hajat Indonesia memburu gol yang lebih besar termasuk menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke-18 yang diambil oleh Firma Utina.

Walaupun pertahanan negara yang dikemudi oleh Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas bocor sebanyak dua kali, ketenangan dan kesungguhan semangat juang pemain Malaysia bertahan jelas menjadi kunci utama kejayaan bersejarah Malaysia.

Apa yang penting, kejayaan merangkul Piala Suzuki AFF akan menutup mulut media dan peminat Indonesia yang tidak henti-henti melancarkan provokasi semenjak hari pertama skuad Malaysia tiba di Jakarta.

Malahan, sebelum perlawanan, mental pemain Malaysia didera habis-habisan oleh penyokong tuan rumah yang menyebut perkataan Maling! Maling! dan membuat bising semasa lagu kebangsaan Malaysia dimainkan.

Bertambah pahit buat pihak Indonesia, ini merupakan kegagalan kali keempat buat Indonesia selepas empat kali mencuba di pentas final.

Selain membawa pulang trofi AFF, Malaysia meraih wang tunai sebanyak A$$100,000 sementara Indonesia mendapat A$$ 50,000.

Pemain terbaik kejohanan Piala Suzuki AFF dirangkul kapten Indonesia, Firman Utina. – Utusan

sumber : http://www.utusan.com.my

.......................................
..........................
....
Dengan semangat patriotik yang tidak berbelah bahagi saya Muhammad Azril Hamzah dan isteri Puan Azlina Ahmad mengucapkan tahniah diatas kejayaan pasukan bolasepak Malaysia terutamanya pemain pemain dan pihak pengurusan FAM yang telah berusaha dengan gigih agar Piala Suzuki berada didalam gengaman pasukan Malaysia.
Tahniah.......
.

4 comments:

armouris said...

tahniah Malaysia! Main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

Shahrul Izman said...

Tahniah pada pemain bolasepak malaysia atas kejayaan ini.

Anonymous said...

darah dan semangat yang mengalir dari tubuh anak muda skuad malaysia kali ini sungguh mantap... sejarah telah mencatatkan mereka adalah wira yang harus diingat sama seperti lagenda2 terdahulu....Ayoh anak muda skuad malaysia pedulikan kata orang...truskan perjuangan anda...cabaran baru bermula... masih ada piala asia, sukan asia, kelayakan olimpik dan mungkin tidak mustahil layak ke pusingan akhir piala dunia...itu tidak mustahil jika berada di landasan yang btol...KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH.... apapun skuad harimau malaya kali ini menampilkan skuad 1malaysia....tahniah kepada semua yang menyokong

nukilan dari GAGAK DI RIMBA

azril said...

Salam....

Armouris: Tak apa pasukan Malaysia main dengan cermat tak pukul orang...

Shahrul :Tahniah....

Gagak di Rimba : Aku sokong sangat apa yang awak kata