Friday, December 10, 2010

Majlis Perkahwinan Farah Zalina dan Mohd Zuhri di Kluang Johor

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ 
.Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
.
Majlis Perkahwinan Farah Zalina dan Mohd Zuhri di Kluang Johor
Catatan 19 November 2010
Aku dan isteri tercinta sampai di rumah mak dan ayah di Taman Permata Bukit Mertajam pada jam 8 malam ketika itu semuanya telah bersiap dan pada jam 8.15 kami pun memulakan perjalanan untuk ke Kluang Johor. kami pergi ke sana dengan 2 buah kereta yang sama jenamanya iaitu Proton Gen 2. Satu kereta kepunyaan aku dan sebuah kereta lagi kepunyaan isteri aku Puan Azlina. Bonda tercinta Puan Hajah Siti Roselina Indrayati memandu kereta aku dan membawa ayahanda tercinta Tuan Haji Hamzah serta adinda tersayang Nur Hannah manakala aku pula memandu kereta isteri tercinta dan membawanya bersama serta adinda tersayang Muhammad Muhaimin.
.
Setelah lama kami memandu maka kami pun berhenti rehat di Hentian Rehat Tapah,kami pun terus makan makanan yang telah dibungkus di Taman Permata tadi. Setelah makan kami pun terus solat dan kami pun meneruskan perjalanan. Tiba tiba hujan turun dengan lebatnya pabila kami meninggalkan Hentian Rehat tapah maka kami pun terpaksa memperlahankan kenderaan kami.
.
Hentian kami seterusnya pabila kami mengisi minyak di Sungai Buloh Selangor ketika itu hujan masih turun dengan lebatnya. Tiba tiba aku mendapat idea lalu aku pun terus memandu keretaku dan bonda tercinta menaiki kereta dengan isteriku maka perjalanan diteruskan sehingga sampai di Hentian Rehat Seremban. Setelah kami ke tandas maka kami pun terus berehat.
.
Perkara yang amat membimbangkan akhirnya terjadi pabila aku menjadi mengantuk yang teramat sangat maka aku pun terus tidur dan isteriku Puan Azlina pun terus memandu keretanya manakala mak aku pun terus memandu semula keretaku. Pabila sampai di Hentain Pagoh Johor maka semua dalam kereta pun mengantuk lalu kami semua tidur dengan nyenyaknya. Pada jam 6 lebih kami bangun dan solat subuh dan kami pun meneruskan perjalanan sehingga susur keluar Ayer Hitam Johor.
.
Kami pun menunggu adik aku Puan Farah dan suaminya datang menjemput kami dan membawa kami ke rumah tumpangan disana. Setelah kami sampai di rumah tumpangan kami pun terus mandi dan menyambung mimpi kami yang tertangguh ketika tidur diatas lebuhraya tadi.
.
Dipendekkan cerita setelah kami solat maghrib kami pun terus pergi ke rumah Haji Sharif iatu rumah pengantin lelaki untuk makan malam disana dan selepas itu kami pun balik ke rumah tumpangan semula.
.
catatan 21 November 2010
Setelah kami semua bersarapan maka kami pun terus berborak antara satu sama lain disebabkan semua adik beradik ada disana dan pelbagai topik dibincangakan. Setelah tengahari maka kami semua pun terus bersiap untuk ke Majlis Kenduri Kahwin.....
.
Inilah dia pasangan pengantin yang sentiasa muda sepanjang zaman
.
Nur Hannah, Mak Teh Puan Hajah Kamsirah , Cik Fiza dan Puan Hana
.
Ayah khusyuk mendengar cerita dari ayah teh
.
Dari kiri Kod 1, Encik Azwan, Tuan Haji Norani, Tuan Haji Hamzah, Puan Hajah Roselina dan Puan Fazilah
.
Pengantin telah pun siap
.
Isteri tercinta Puan Azlina dan adinda tersayang Puan Farah Zalina
.

Puan Farah bergambar dengan kekandanya yang kacak
.
Bonda tercinta Puan Hajah Siti Roselina Indrayati bersama Puan Farah Zalina
.
Kedua-dua adinda kesayanganku bergambar bersama
.
Ayahanda tercinta Tuan Haji Hamzah bergambar dengan anakanda kesayangannya
.
Tak pa, tak pa tahun depan kenduri Fikri pulak kan? Betul tak ayah?
.
Puan Farah dan adindanya Encik Muhammad Muhaimin yang lebih tinggi darinya
.

Masih bersama adindanya yang akan menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin.Ya ke?
.

Meja makan beradap
.

Penyeri meja makan beradap
.

Tingginya kek 3 tinkat ni
.

Bonda tercinta dan ayahanda tercinta
.

Puan Farah dan Encik Zuhri diatas singgahsana mereka
.


4 orang serentak diatas pelamin
.

Kembali semula ke meja makan beradap
.
Gambar curi? Akhirnya aku juga yang kena.....
.

Jelitanya adik aku ni .....
.

Paun Farah dan Encik Zuhri memotong kek mereka
.

Kek disuapkan nasib baik tak tergigit jari
.

Bergambar dihadapan kek
.

Para wanita yang jelita dan gadis yang ayu bergambar bersama pengantin
.

Giliran jejaka jejaka yang kacak bergambar bersama pengantin
.

Keluarga pengantin perempuan bergambar bersama sama
.

Jurugambar membetulkan kaki aku yang dikatakan tak dilipat sempurna. Tengok semua dok gelak kat aku macamlah lawak sangat. Hahahaha
.

Kan cantik macam ni. Hahahahaha
.

1 comment:

Unknown said...

muhammad muhaimin comel