Setiap minggu Azril akan ke Kuantan dan setiap minggu juga Azril dan isteri tercinta akan keluar ke Bandar Kuantan. Tujuan kami ke sana selain dari membeli tiket bas untuk perjalanan seterusnya kami akan membeli barang keperluan harian. Setelah selesai urusan kami, kami akan bersiar siar di mana mana tempat yang menarik. Sekali sekala kami akan menonton wayang di panggung wayang baru yang terletak di “East Coast Mall”.
Baiklah dari Azril terus merepek ni Azril nak ceritakan tentang pengalaman Azril dan Isteri Tercinta ketika kami pergi menonton wayang gambar di Kuantan. Cerita Azril bermula disini ...............
Kadang kadang bila kita melihat poster tentang wayang gambar yang baharu tentu kita akan bayangkan didalam kepala tentang betapa hebatnya filem tersebut walaupun kita belum lagi menontonnya.
Itulah terjadi pada kami diwaktu menonton filem “Eat Pray Love”. Azril menyangkakan filem tersebut memang menarik tetapi yang sebaliknya terjadi pada kami.
Ketika menonton iklan filem (trailer) tersebut di internet memang nampak menarik disebabkan pelakon utamanya Julia Robert memang hendak mencari cinta sejati tetapi pabila menonton filem tersebut di panggung wayang sebaliknya yang terjadi. Nampaknya bukan cinta sejati dicari oleh pelakon tersebut tetapi setan sejati.
Apabila Azril bercerita tentang filem ini pada orang lain mereka akan kata “Alaaa hang tu tak dak perasaan” dan mereka akan kata lagi “Ala Orang putih tak dak agama, depa boleh buat apa saja”
Tapi bagi Azril memang filem sosial tersebut tidak patut ditayangkan di Malaysia pun kerana banyak plotnya berkisar tentang kehidupan terlarang dan tilikan ahli nujum.
Sebelum Azril terus mencarut dan memaki hamun Azril akan sambung pula dengan filem kedua yang Azril rasakan tidak menarik dan sesiapa saja yang menontonya akan merasa rugi disebabkan watak utamanya mati di tengah jalan. Itulah yang terjadi pada wayang gambar The Other Guys yang kami tonton pada 23/10/2010 yang lalu.
Iklan filem tersebut memang menarik disebabkan aksi lasak yang dipamerkan oleh Dwayne Johnson atau The Rock yang merupakan seorang anggota polis. Mimpi ngeri lampau kini menjelma setelah 10 minit menonton filem tersebut dikala The Rock atau Detektif Danson mati ketika terjun dari bangunan. Tugas memerangi jenayah kini dipimpin oleh 2 orang detektif yang berpewatakan kurang menarik dan menyebabkan cerita tersebut menjadi hambar. Terus rosak suasana gembira untuk menonton wayang gambar tersebut disebabkan tujuan utama kami kesana adalah untuk menonton aksi The Rock. Bagi mengubati hati yang sakit kami sekali sekala tergelak juga pabila melihat aksi lawak yang mereka pamerkan.
Inilah tiket wayang tersebut
.
Bergambar dengan poster wayang gambar tersebut yang disangka menarik
.
Jangan menilai sesuatu wayang gambar melalui poster atau tajuknya.
.
.
Tak apa pun hari ini Azri nak bergembira disebabkan Azril kerja luar lagi. Seronoknya dapat bermandi peluh.
No comments:
Post a Comment