Wednesday, October 20, 2010

Luahan Perasaan – Gelagat Penumpang Bas Ekspress

Luahan Perasaan – Gelagat Penumpang Bas Ekspress

Sejak dari pertengahan tahun 2008 sehinggalah sekarang Azril menaiki bas ekpress setiap minggu dan setiap minggu Azril dapat melihat pelbagai ragam serta kerenah penumpang yang menaiki bas ekspress. Antara kerenah yang Azril ingin sampaikan di diari ini adalah berkenaan dengan masa. Pada pendapat Azril masa begitu penting dan kita perlu hargainya.Bukan aspek menghargai masa yang Azril tekankan disini tapi mengenai masa ketika di Terminal bas. Bagi Azril masa memang penting disebabkan setiap Jumaat Azril akan menaiki 2 bas untuk ke Kuantan dan Azril pula perlu sampai di Kuala Lumpur sebelum pukul 12 tengah malam disebabkan bas untuk ke Kuantan pada pukul 12 tengah malam. Baiklah penulisan Azril bermula disini ................................

Setiap Jumaat Azril akan menaiki bas ekpress dari Butterworth menghala ke Kuala Lumpur dan Azril akan sampai di Terminal Bas sekurang kurangnya 15 minit lebih awal dari waktu perjalanan bas tersebut. Jika Azril menaiki bas Transnasional Azril akan sampai di terminal pada jam 5.45 petang disebabkan bas tersebut akan bergerak meninggalkan terminal pada jam 6 petang. Seterusnya jika Azril menaiki bas MaraLiner Azril akan sampai di terminal pada jam 6 petang disebabkan bas tersebut akan bergerak meninggalkan terminal pada jam 6.15 petang. Azril memang suka menaiki kedua bas tersebut disebabkan bas tersebut akan memulakan perjalanan tepat pada masanya.

Sebelum menaiki bas pemandu dan pembantunya akan memeriksa tiket bas dan menanda diatas kertas senarai mereka. Sebelum perjalanan pemandu akan memeriksa penumpang diatas bas danpada tepat pada masanya bas akan memulakan perjalanan. Walaupun bas tersebut akan bergerak pada masanya tetapi sebagai manusia biasa pemandu tersebut akan menunggu penumpang yang belum sampai dalam seminit sehingga 10 minit.

Kadang kadang ada juga penumpang yang terlewat dan pemandu tersebut akan bertanya pada penumpang tersebut tentang kelewatan tersebut antara alasan yang Azril akan dengar setiap minggu dan paling biasa didengari adalah :- ( Disebabkan Azril duduk di bangku satu “single seat” dan di barisan nombor 2 setiap minggu maka Azril boleh dengar dengan jelas dialog tersebut)

Alasan 1 Individu 1 : Pakcik, saya mintak maap saya lewat sebab saya baru balik dari kerja jam 4.30 tadi. Saya dok kat B.M (Bukit Mertajam). – (Alasan yang hampir 100 kali Azril dengar cuma lokasi tempat saja ditukar)

Kata Azril Dalam Hati : Tolonglah... Azril pun balik kerja pukui 5 lagi tapi sempat mandi dan mai kat sini awai lagi. Azril pun dok kat Bukit Mertajam jugak

Alasan 2 Individu 2 : Pakcik, saya lewat sebab teksi saya naik tadi tak mau berenti kat terminal ni. Dia jalan teruih pi kat depan sana.

Kata Azril Dalam Hati : Memang buat lawak betui dia ni, ada ka teksi tak tau Terminal Penang Sentral kat mana, saja nak cari alasan.

Alasan 3 Individu 3 : Pakcik, saya lambat tadi sebab tandas saya masuk tadi ramai orang.
Kata Azril Dalam Hati : Memang buat lawak betui pasai bilik ayaq pun dia nak cerita ka.(Azril kadang kadang gelak juga pabila dengar dialog tersebut)

Alasan 4 Individu 4 : Pakcik saya lewat pasai saya tunggu kawan saya mai hantaq beg sebab tak muat nak letak dalam qeta saya tadi.

Kata Azril Dalam Hati : Memang saja lah tu nak bagi alasan sebab bawak beg galaih saja mana ada beg besaq takkan tak muat masuk dalam qeta dia.

Alasan 5 Individu 5 : Pakcik, saya lewat pasai saya cari tak jumpak terminal ni kat mana, saya jumpak stesen qeta api saja

Kata Azril Dalam Hati : Memang saja lah tu takkan tak tau Terminal Penang Sentral ni belah kanan stesen keretapi belah kiri simpang takkan tak nampak kot.

Alasan 6 Individu 6 : Pakcik, saya lewat pasai saya pi makan tadi.

Kata Azril Dalam Hati : Ish ...... budak ni dah tau kata nak naik bas pukul 6 pi makan pulak, kan dah lewat ni.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
..................................................................

Kepada semua penumpang bas ekspress tepati waktu perjalanan anda dan jangan membuatkan masa orang lain tergendala disebabkan anda. Satu lagi, jangan membuatkan orang lain berdosa disebabkan mengumpat anda didalam hati seperti saya mengumpat anda didalam hati.

5 comments:

Anonymous said...

Salam

Saya cuma blogwalking saja. Antara bas Mara dan Trans mana paling best?

Tak mau jawap pun tak apa jawap lagi bagus.

azril said...

Waaikumsalam

Terima Kasih sebab bertanya.

Kedua dua bas ada kelebihan masing masing antaranya perjalanan tepat pada masanya dan pemanduan secara berhemah oleh pemandu.

Tambahan kelebihan pada bas Mara Liner disebabkan pemandu akan membaca doa sebelum memulakan perjalanan dan bangku penumpang lebih luas.

ابوالحسن said...

السلام عليكم

Salam Petang Jumaat

Kenapa tak naik kapal terbang saja ke Pahang sekarang ni murah saja tiket

azril said...

Waaikumsalam Abu Hassan

Kapal Terbang?? Tiket kalau naik Firefly pergi dan balik dah RM 320.00 dan kalau naik kereta pergi dan balik pula RM 350.00 manakala naik bas pergi dan balik beru saja RM 105.00. Sebab tu saya setiap minggu naik bas.

Apakan daya ku insan biasa, takdir penentu segalanya.....

Tak apa, doakan saya menjadi orang yang berduit banyak dan saya akan kesana setipa minggu dengan menaiki kapal terbang

HAI MIN said...

WAAA...BEST NYA DAPAT NAIK BAS