Thursday, September 23, 2010

Jambatan Pulau Pinang Terbakar @ 2 Syawal 1431 Hijrah

Jambatan Pulau Pinang Terbakar @ 2 Syawal 1431 Hijrah

Catatan 02 Syawal 1431 Hijrah
Setelah kami mengambil gambar di Taman Permata kami pun menunggu adik adik aku bersiap ke Balik Pulau. Ya... kami akan ke Balik Pulau untuk beraya disana. Perjalanan dimulakan dengan riang gembira dengan menaiki 2 buah kereta dan kami berhenti di stesen minyak Petronas untuk mengisi minyak. Aku hanya menunggu di luar disebabkan hanya sebuah kereta saja yang diisi minyak.

Mak menaiki kereta Proton aku dan membawa Cik Farah dan Cik Fatimah manakala aku menaiki kereta Proton Gen 2 isteriku dan membawa sekali Cik Nur Hannah dan Encik Muaimin. Setelah masuk ke laluan jambatan Pualau Pinang tiba tiba keadaan menjadi sangat sesak dengan kenderaan. Aku menghala ke laluan "Smart Tag" manakala bonda tercinta Puan Hajah Siti Roselina menghala ke laluan tunai. Dalam kedaan yang sesak itu dan dialog pun bermula

Aku : Awat ni, pasaipa jalan sesak sangat ni. Sampai kita pun tak boleh nak jalan ni.

Puan Azlina : Cuba abang tengok lori kat sana tu tak boleh gerak langsung sebab jalan depan tentu sesak ni.

Aku : Betui tu sat sat abang nak talipon PBSB (Penang Bridge Sdn Bhd) (Syarikat konsesi Jambatan Pulau Pinang)

Aku : Hello Asalamualaikum saya nak tanya sat boleh tak? Pasaipa qeta kat Jambatan Pulau Pinang ni sesak sangat ada kemalangan ka?

Operator PBSB : Waalaikumsalam Encik, ataih jambatan sekarang ni sesak sebab kabel TNB terbakaq polis bukak satu laluan saja. Ok Encik terima Kasih kerana menelefon PBSB

Aku : Sama sama

Puan Azlina : Syarikat konsesi kata apa?

Aku : Depa kata ataih jambatan la ni tengah sesak sebab ada kabel terbakaq, polis bukak satu laluan saja.

Semua (Azlina, Nur dan Muhaimin) : haa, jambatan tebakaq......

Aku : Bukanlah..... kabel TNB saja yang tebakaq.......

Selepas itu kami pun bergerak dengan perlahan lahan selama 1 jam setengah didalam kereta. Ketika kami menghampiri kawasan kejadian.

Semua (Azlina, Nur dan Muhaimin) : Ya Allah abang, asap hitam tu kita boleh lalu ka? Nampak jambatan macam terbakaq saja bang. Boleh runtuh ka jambatan ni bang? (Semua bersuara dengan agak cemas)

Aku : Tak lah kabel saja yang terbakaq. La ni semua duduk diam diam dalam qeta jangan bising kita doa biaq kita lepaih dari jalan sesak ni (Padahal aku turut cemas melihat kepulan asap hitam di tempot kejadian)

Aku tiba tiba mengambil kamera dan mengambil gambar seperti yang aku letak dibawah ni. Selepas melalui tempat kejadian kedaan menjadi lengang dan aku pun meluncur laju dan kami terus ke Balik Pualu dengan gembira sekali seolah olah tidak nampak kejadian tadi.


Asap kelihatan dari jarak 100 meter dari tempat kejadian
.

Asap hitam ditempat kejadian yang membuatkan semua didalam kereta menjadi cemas
.

Semburan buih oleh bomba sambil diperhatikan jurugambar
.

.

Asapa keluar dari lorong udara walaupun jarak telah pun melebihi 50 meter dari tempat kejadian.

No comments: