Monday, September 27, 2010

Hari Sabtu Azril dan Azlina @ Filem Magika

Hari Sabtu Azril dan Azlina @ Filem Magika

Pada Hari Sabtu yang lalu bersamaan dengan 25 September 2010 aku dan isteri tercinta menonton wayang, tajuk filem yang kami tonton adalah Magika yang merupakan karya Edry Abdul Halim (Kru). Wayang gambar tersebut adalah merupakan filem muzikal yang menarik untuk ditonton dan jalan penceritaan yang sungguh menghiburkan dan menarik.

Magika menceritakan tentang kisah dua beradik Ayu dan Malik yang berada dalam kesedihan selepas kematian ibu mereka, Ija (Fauziah Ahmad Daud). Malik berasa lebih tertekan kerana merasakan dialah punca kematian ibunya.Di satu senja, selepas bertengkar dengan kakaknya, Malik berjalan-jalan di hutan sehingga tersesat ke dalam alam ghaib bernama Magika. Ayu (Diana Danielle) yang terdengar jeritan Malik (Fimie Don) cuba menyelamatkan adiknya tetapi turut sama terperangkap di dunia itu.

Maka bermulalah satu pengembaraan yang menarik dimana Malik melihat Puteri Bunian (Maya Karin) yang sedang menyanyi lagu Gebang dan Pak Pandir yang sedang mengintai puteri bunian yang menyanyi diatas pokok tersebut. Pengembaraan agak cemas pabila Malik diculik oleh Nenek Kebayan (Ziana Zain) yang ingin membawanya ke rumah untuk membuat tonik jamunya.

Setelah nenek kebayan menculik Malik, kakaknya Ayu mula muncul dan bermulalanya dialog muzikal antara Ayu dan Pak Pandir serta kedatangan Mak Andih yang cemburu kononya menyangka suaminya bercinta dengan manusia. Ayu pun meneruskan perjalanan dan berjumpa Mahsuri (Vanida Imran) yang bercakap Siam, sebelum habis dialog antara Ayu dan Mahsuri dengan tiba tiba dada Ayu tertusuk tombak yang dilemparkan oleh Awang (Norman Hakim) dan terpancutlah darah yang berwarna putih yang menyangka Mahsuri adalah Awang.

Hang Tuah lima bersaudara (kumpulan Senario) pun datang memtenteramkan keadaan dan Hang Tuah (Saiful Apek) ingin membawa Ayu berjalan jalan tiba tiba mereka berlari akibat kedatangan anjing dan akhirnya Ayu diselamatkan oleh Badang (Mawi). Maka bermulalah episod nyayian yang menghiburkan dan mereka berdua pergi ke pasar dan berjumpa dengan Orang Minyak (Nabil Raja Lawak)yang menjual banyak ubat guna guna.

Di tempat lain Puteri Gunung Ledang (Ning Baizura) dan Bendahara (Sabri Yunus) sedang berdialog tentang awet muda tiba tiba munculnya Nenek Kebayan membawa ramuan awet muda dan akhirnya rahsia nenek kebayan membuat tonik awet muda diketahui apabila ia memerah airmata Malik. Ditempat lain juga lagi Bawang Merah (Syarifah Aleya) dan Bawang Putih (Syarifah Amani) menjual bawang mereka pada awang kenit yang merupakan pembantu nenek kebayan.

Akhirnya Badang pun membawa Ayu ke rumah nenek kebayan dan bermula pertarungan antara Badang dan Nenek Kebayan dan kemuncaknya Ayu berjaya menyelamatkan adiknya Malik dari Nenek Kebayan. Badang pun membawa Ayu dan Malik ke rumahnya diatas pokok dan sambil minum muntah hantu ia menceritakan tentang kedaan di Magika.

Semasa tidur Malik bermimpi berjumpa ibunya Ija serta berjumpa dengan Bawang Putih dan Bawang Merah semula dan ibu mereka (Adibah Nor) dan Malik kemudian ditangkap semula oleh Nenek Kebayan dan ia tersedar dalam mimpi dan berjumpa orang pokok (Norman, Edry dan Yusri) yang memberikan nasihat padanya dan mereka berjalan sehingga ke Batu Belah Betu Bertangkup.

Semasa mereka melintasi jambatan menyeberangi Tasik Chini nak ke Batu Belah Betu Bertangkup mereka pun berjumpa dengan Naga Jadian Tasik Chini (M.Nasir) yang menghalang mereka dan kedatangan Nenek Kebayan menghalang dan pertarungan tercetus sekali lagi antara Nenek Kebayan dan Badang. Setelah Ayu dan Malik menyeberangi Tasik Chini mereka pun sampai di Batu Belah Batu Bertangkup dan mereka pun masuk ke dalamnya dan keluarlah mereka dari dalam dunia Magika walaupun hati Ayu berat untuk meninggalkan Badang.

10 tahun kemudian setelah Ayu menziarahi pusara ibunya tiba tiba ia teringatkan Badang yang turut sama menyanyi lagu rindu pada Ayu dan mereka pun menyanyi sehinggalah tamat cerita tersebut....................................


Poster Filem Magika
.

Tiket Wayang Gambar tersebut
.

Pada pendapat aku ini merupakan salah satu dari filem melayu yang menarik pernah aku tonton, aku cukup kagum dengan animasi yang sungguh menarik dan jalan cerita yang sungguh menghiburkan. Pada pendapat aku filem ini setaraf filem luar dan pandapat aku tidak salah untuk membaerikan taraf 5 bintang pada filem tersebut. kalau ada peluang aku teringin nak menonton sekali lagi filem ini.

No comments: