Asalamualaikum........
.
Hari ini hari Jumaat, hari Jumaat juga merupakan hari yang ditunggu oleh aku. Setiap Jumaat aku akan balik ke rumah isteri aku di Kuantan Pahang.
.
Hari ini aku akan balik ke Kuantan dengan menaiki bas lompat. Memang sejak awal perkahwinan aku balik dengan menaiki bas lompat tetapi sejak Hentian Puduraya ditutup maka aku ke Kuantan dengan menaiki bas sehala ke Kuantan.
.
Faktor masa dan teksi menyebabkan aku menaiki bas sehala kesana. Jikalau aku menaiki bas lompat dan bas dari Utara akan berhenti di Hentian Duta dan aku terpaksa mengambil teksi yang berkos RM 15 untuk ke Hentian Pekeliling pula untuk menaiki bas ke Kuantan.
.
Setelah berfikir beberapa kali akhirnya aku menaiki bas sehala kesana. Setelah 2 bulan menaiki bas sehala kesana aku pula merasakan masa aku terbuang begitu sahaja. Ini adalah disebabkan bas sehala ke sana bermula dari pukul 9.00 malam dan akan sampai di Kuantan pada pukul 5.30 pagi. Pabila sampai disana aku akan solat, tidur dan akan bangun pada pukul 8 lebih dan paling lewat pukul 9 pagi. Memang tidur tidak cukup disebabkan aku tak berapa lelap dalam bas. Kemudian aku dan isteri aku akan keluar ke bandar menyeselaikan bebarapa urusan dan sehingga malam barulah kembali ke rumah.
.
Situasi diatas menyebabkan aku mengubah fikiranku dan aku terus membeli semula tiket bas lompat. Kali ini aku membeli tiket bas Transnasional dari Butterworth ke Stadium Bukit Jalil dan Stadium Bukit Jalil ke Kuantan. Aku berharap agar aku boleh sampai awal di Kuantan dan tidak perlu meaiki teksi. Ini adalah kerana bas ke semua destinasi ada disana.
..

No comments:
Post a Comment