Petai
Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Leguminosae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama botaninya Parkia speciosa - Hassk.
Ciri fizikal
Pokok Petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang, dan boleh tumbuh setinggi 30 meter. Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai "papan". Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Buah ini, yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan. Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar. Buah petai sering dimakan sebagai ulam oleh peminat, tetapi kurang popular kerana mempunyai bau yang kuat. Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji-biji petai yang dikupas, biasa juga dimasak sambal tumis bersama udang atau kerang.
Khasiat
Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
[sunting] Pembiakan
Pokok petai mula berbunga ketika berusia lima tahun. Pendebungaan pokok ini adalah melalui spesies kelawar Eonycleris spelaed yang juga merupakan agen pendebungaan bagi Pokok Durian. Oleh kerana pokok petai dan pokok durian adalah bermusim, kelawar Eonycleris spelaed mencari makan dari madu pokok Bakau jenis Sonneratia pada musim yang lain.
Pokok petai biasanya ditanam menggunakan biji benih.
Jenis petai
Pokok Petai (Parkia speciosa)
Pokok Petai Kerayung (Parkia javanica)
Pokok Petai Maranti ( Parkia ingsularis),
Pokok Petai Nering ( Parkia sumatrana).
sumber ms.wikipedia.org/

.................................................................................
..............................
Maka bermulanya satu terbitan blog yang menggunakan ayat skema. Aku tak kisah pun sapa sapa nak kata apa apa kat aku sebab kalau orang yang pertama kali tengok aku tentu depa kata aku ni skema gila.......hahahahaha tahanlah..........
Aku tak kisah dan tak marah kalau apa orang nak kata kat aku, cuma orang yang rapat dengan aku saja tau kata aku ni tak skema langsung.
Haritu kat tempat kreja aku ada sorang budak B.M High School mai jumpa kawan aku Sapaq sebab Sapaq pun mengaji kat BMHS maka sapaq pun tanya kat budak tu kenai tak aku. Budak tu kata apa "Oh Azril yang nampak skema kat sekolah dulu ka?" Sapaq pun diam tak kata apa. Masa tu kawan baik aku Razi pun ada, lepaih tu dia pun mai habaq kat aku.
"Azril tadi ada budak BMHS mai sini, lepaih tu Sapaq tanya kat dia, kenai tak hang. Hang tau tak budak tu kata apa oh Azril yang nampak skema kat sekolah dulu ka", Razi habaq dengan bersunguh sunguh.
"Betoi ka, hahahahaha", aku pulak cakap sambil senyum.
"Hang senyum ja, hang tak marah ka?", kata Razi sambil dok heran dengan perangai aku.
"Aku tak kisah pun Razi kalau ada budak BMHS kata aku skema masa sekolah. Baguih apa. Hahahahahaha", aku cakap kat Razi dengan nada sora yang gembira.
Lepaih tu Razi pun pi duduk kat tempat dia sambil buat kreja dia. Aku pun terpikiaq balik apa yang depa kata dan aku pun cuba imbaih balik kenangan masa zaman sekolah dulu.
Ada sorang cikgu kat sekolah dulu pernah kata perangai aku ni macam jebon......................
Aku tak kisah lah janji aku dapat SPM Gred Satu
.....................................................
............................
.......
Maka ayat skema pun bermula...............................
Bagi peminat petai jika terlihat petai yang dijual di pasar malam tentu meleleh air liur tapi bagi bukan peminat seperti aku tentu tidak terasa apa apa. Banyak juga khasiat petai yang belum lagi diketahui semua dan perubatan moden juga mengiktiraf petai sebab agen anti oksida.
Berbalik pada cerita petai, semasa aku ke tandas di pejabat kemalrin aku terhidu petai yang amat menyucuk hidung. Ini adalah kerana di Pulau Pinang dan Seberang Perai sekarang ini adalah musim petai. Aku tidak hairan dengan situasi tersebut tetapi yang menjadi persoalan sekarang adalah kenapa sipemakan petai tersebut tidak tahu menjirus tandas tersebut dengan betul sehingga hilang bau petai tersebut.
Persoalan aku sekarang ini adalah kenapa dia tidak menghidu bau tersebut setelah dia kencing dan adakah dia tidak merasakan satu tanggungjawap menjaga kebersihan tandas yang dikongsi lebih dari 50 orang pegawai dan kakitangan disini.
Persoalan aku sekali lagi adakah dia seorang yang tidak bertanggungjawap, mementingkan diri sendiri atau mungkin hidungnya telah rosak.
Tidak mengapa nanti aku sambung lagi cerita aku sebabnya sekarang aku hendak bersiap ke Terminal Penang Sentral untuk ke Kuantan. Hari ini aku naik bas malam, bas pukul sembilan.
2 comments:
aku pon gred 1 gak..tp sek penanti jaa..hahhaha
Hai Sue
Tahniah walaupun 11 tahun yang lepas.
Hahahahahaha
Post a Comment