Thursday, May 20, 2010

Al Fatihah Ustaz Ashaari Muhammad


Al Fatihah Ustaz Ashaari Muhammad.

DISINI AKU TEGASKAN AKU TIDAK MENYOKONG GERAKAN AURAD MUHAMMADIAH YANG DIBAWA OLEH AL ARQAM YANG TELAH DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN PADA 5 OGOS 1994 TAPI YANG AKU SOKONG ADALAH PERNIAGAAN YANG DIBAWA OLEH KUMPULAN ARQAM TERUTAMANYA DARI PEMBUATAN MAKANAN HALAL

Catatan 13 Mei 2010

Pukul 8 lebih tadi sewaktu aku tengah masak air dan sambil mendengar berita TV3, tiba tiba hambir terlepas cerek jag plastik ke lantai................

Ina Lillah Wa InLillah-hi-Rajiun........................... itulah kata kata aku yang keluar dari mulut aku.............

Tergamam.......................... hanya Allah saja yang tahu..................

Imbas kembali pada tahun 1986 waktu tu aku tinggal di Balik Pulau Pulau Pinang, waktu tu aku tadika lagi, diwaktu itu nak dapatkan kicap yang halal di balik Pulau memang susah sangat yang ada hanyalah adalah cap 3 ayam saja tapi harganya agak mahal sikit. Kami sekeluarga kena jimatkan penggunaan cikap sebab harganya mahal sangat.Kemudian datangnya pak cik Arqam di pasar tani setiap hari Ahad dan menjual kicap mi, bihun dan banyak lagi barangan lain dengan harga yang amat murah. Maka setiap hari Ahad ayah dan mak aku pun membeli barangan makanan yang dijual disana.

Al Arqam juga bangunkan sebanyak 52 buah kedai runcit dibangunkan di seluruh perkampungan Al-Arqam, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat dan 18 buah restoran di seluruh Malaysia. Al-Arqam juga memiliki 56 buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia

Antara lain yang dibawa oleh kumpulan Arqam yang merevolusikan hiburan masyarakat Islam adalah cara berhibur dengan cara yang tidak pernah terfikir oleh masyarakat iatu dengan nasyid melalui Nada Murni. Aku tak nafikan semasa pertama kali aku mendengar suara penyanyi nasyid Nada Murni aku dapat rasakan ketenangan yang dibawa melalui setiap kata kata yang dinyanyikan. Tapi pada pada waktu itu hanya nyayian nasyid tanpa kompang lagi. Antara pencapaian terbaik album Nada Murni adalah sewaktu kelahiran album Munajat yang menggunakan alatan "drum machine".

Pada waktu itu juga nasyid Nada Murni yang disiarkan di RTM antaranya adalah Ibu Mithali, Tolaal Badrul Alaina, Asmaul Husna, Alhamdulilah syukur Nikmat dan banyak lagi.

Antara nasyid Nada Murni yang aku hafal adalah nasyid yang ditulis oleh Ustaz Ashaari adalah Seruan Jihad


Seruan jihad telah lama memanggilmu
Lebih 1400 tahun yang lalu
Di bumi yang tandus dari suara kudus
Melalui lidah Sayyidil Mursalin

Suara itu masih terdengar lagi
Di waktu kini
Melalui lidah generasi perjuangan kini
Apakah kamu tidak sedar

Untuk menyiram bumi yang tandus
Untuk mengekang nafsu yang rakus
Untuk melembut hati yang keras
Untuk membersih penzalim dan pemeras
Untuk pembasmi pemandi darah
Untuk menahan arak yang tumpah
Untuk memberhentikan perjudian memusnah

Agar Tuhan dibesarkan dan disembah
Agar bumi Tuhan putih bersih
Dari noda dan darah

Ayuh!
Sambutlah seruan ini
Jangan tunggu-tunggu lagi
Jangan biarkan masa berlalu percuma

Pengaharaman kumpulan Arqam pada tahun 1994-5 merupakan satu titik hitam dalam industri makanan halal di Malaysia tapi nasib baik industri tersebut dapat naik semula disebabkan masyarakat kita lebih bertanggungjawap dalam mencari makanan yang halal.

Al Fatihah. Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham disisi para syuhada yang syahid dijalan Allah dan orang yang yang soleh.

1 comment:

Fatimahazzahra said...

salam. maaf nak tumpang komen .terharu baca entry ni. Dengan jasa yang sedikit pun kita dah cukup rasa berterima kasih. apatah lagi kalau kita kenal siapa beliau sebenarnya. anehnya beliau pergi dengan pendirian tidak kisah kepada kejian orang. yang penting baginya pujian dan rahmat Allah dan rasul di akhirat. bukan calang2 orang dapat laksanakan apa yang beliau dah buat. bizniz beliau atas nama Islam, bukan atas nama melayu atau bumiputra...matlamatnya memperkenalkan Allah kepada manusia sehingga Allah disembah, dicintai dan ditakuti...terima kasih