Tuesday, September 15, 2009

Antara 9 Siti yang patut dicontohi

Antara 9 Siti yang patut dicontohi

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak anak Rasulullah s.a.w, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah s.a.w pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah

- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yang dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah s.a.w. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'.

sumber jdk group (semoga Allah membalas jasa kalian semua)

2 comments:

ummu Masyitah said...

salam aidilfitri juga utk saudara 7 isteri.
syahdunya tentang entry 9 siti ni..bagus utk kaum hawa

azril said...

Terima Kasih kerana berkunjung ke blog saya ni.