Cinta Abadi
.
Kehadiran cintamu
Menyinari hidupku
Kehangat cintamu
Mengubati sepiku
.
Kelembutan hatimu
Mengubati lukaku
Kedamaian hatimu
Menyinari hidupku
.
Belaian manjamu
Penawar resahku
Keluhuran hatimu
Hanya kau kekasihku
.
Keagungan cintamu
Bersama impianku
Untuk hidup bersama
Sehingga keakhirnya
.
Makin membara
Api cintaku
Kaulah yang satu
Kaulah cintaku
.
Tak mungkin lagi
Berubah hati
Cinta yang suci
Cinta abadi
............................................................
.
Terima kasih kepapad kumpulan Blackrose atas lirik dan kata kata yang sungguh indah dan cukup menyentuh jiwa. Aku abadikan lagu tersebut untuk isteri tercinta Puan Azlina yang berada jauh di negeri Pantai Timur iaitu di negeri Pahang sempena 9 bulan perkahwinan kami. Semoga sayang berada dalam keadaan ceria dan gembira selalu, walau dimana sayang berada abang tetap cintakan sayang.
.
......................................................................................................
Inilah masakan kegemaran aku yang dimasak oleh isteri aku setiap kali aku balik ke Kuantan (Daging masak lada hitam, sayur campur dan ikan pelaling kicap pedas)
.
Kami bergambar ketika di rumah sewa isteri aku ketika di Kuantan sebelum kami keluar ronda ronda ketika malam minggu.
No comments:
Post a Comment