Thursday, August 07, 2008

Ulangtahun Kelahiran Isteri Aku

Ulangtahun Kelahiran Isteri Aku

Catatan 28/06/2008

Hari ini Hari Jumaat selepas aku balik kerja maka aku pun masukkan baju dalam mesin dan lap rumah sikit, biasalahkan nak buat bagaimana aku kan tinggal sorang sorang je. Lepas aku goreng ikan lalu aku pun makan lepas tu. Aku pun terus basuh semua peralatan lalu aku pun terus sembahyang dan bersiap nak ke Terminal Butterworth. Aku sebenarnya tak sabar sabar nak balik Kuantan sebab dah 2 minggu aku tak jumpa isteri aku, aku rindu sangat kat isteri aku. Haahahaha........
.
Tiba tiba masa dalam perjalanan tayar aku pula pancit, selepas tu aku tolak motor sejauh 1km untuk ke kedai motor dan terus tukar tiup tayar lain. Aku sampai lewat sikit kat terminal bas nasib baik dan aku berterima kasih pada pemandu bas Durian Burung sebab dia tunggu aku. Sepatutnya bas yang aku naik nak ke Kuantan pukul 10.00 malam tetapi aku terlewat disebabkan pancit maka aku pun sampai pukul 10.05 malam.
.
Selepas itu aku pun naik bas dan aku pun terus tidur dan dalam pukul 6.45 aku pun sampai di Kuantan. Apaila sampai di Tol Gambang aku pun terus menelefon isteri aku dan isteri aku terus menunggu aku di Tunas Mart dan kami pun pulang ke rumah.
.
Selepas tu aku pun terus tidur dan stelah aku bangun kami pergi pasaraya Giant membeli barangan keperluan harian mencari kek untuk sambut ulangtahun kelahiran isteri aku dan pada malamnya kami pun sampai rumah


Bunga telah menjadi senget disebabkan letak dalam beg.
.

Kek harijadi yang baru kami beli tadi
.

Puan Azlina melemparkan senyuman yang cukup menawan sementara menunggu kek untuk dipotong
.

Isteri tersayang mula memotong kek harijadinya.
.

Dengan lembut dan berhati hati kek dipotong
.
Kami bersama sama memtong kek tersebut, aku tak sabar sabar nak makan kek tu sebab aku kan suka makan kek.
.
Ish ish nampak aku pula yang over macamlah birthday aku pula. Hahahaha, tak apa kan, hahahaha.
.

Ayang aku mula makan kek yang dipotong sebelum dia menyuapkan aku makan kek.
.
Selepas kami makan kami pun pergi dating di pantai Telok Cempedak.
.

Isteri aku tersenyum sambil duduk diatas pasir ketika gambarnya dirakamkan
/
Selepas itu kami pun terus pergi ronda ronda sekitar Bandaraya Kuantan dan kami menghabiskan masa sambil berjalan jalan disebabkan aku akan balik ke Pulau Pinang pada malam Ahad nanti.
Tapi kejutan yang paling tidak disangka adalah apabila isteri aku balik ke Pulau Pinang pada minggu berikutnya mak aku telah membelinya kek sempena harijadinya. Tak apa mak mertua sayang. Hahahaha dan kami tidak bawa kamera kalau tidak tentu dah dirakamkan didalam blog ini.
Sehingga blog ini ditulis pada 06/08/2009 kami masih lagi tinggal berjauhan isteri aku di Kuantan dan aku tinggal di Pualu Pinang, begitulah rutin harian kami setiap minggu. Minggu ini isteri aku ke Bukit Mertajam dan minggu berikutnya aku ke Kuantan.

No comments: