Thursday, September 21, 2006

Waktu Rehat di Pejabat Aku

Kalau semua nak tahu inilah senario yang biasa terdapat di pejabat aku bila waktu rehat Gambar aku ketika masih dalam pejabat. Waktu itu aku tak pergi makan lagi. Aku ni kadang kadang tak makan waktu tengahari. Bukan diet, tapi aku letih nak makan sebab letih buat kerja. hahahahaha
Gambar ni pulak gambar aku dan kawan kawan aku sebelum pi makan. Kadang kadang kami makan secara berkumpulan maksud aku secara ramai ramai. Tapi aku lagi suka makan sorang sorang je. Gambar ni pulak ketika kami masing masing melepak sebelum masing masing mengambil haluan masing masing selama satu jam. Kami akan berjumpa balik dalam pukul 2 petang. Kalau tak lewat ada yang senior makan sampai sejam setengah. Makan gaji buta betul. Hahahaha. Jangan Marah Ok

Friday, August 25, 2006

Kereta Pertama Aku

Kereta Pertama Aku

Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T yang memberikan kehidupan dan dengan kehidupan ini akhirnya aku dapat memiliki sebuah kereta Proton Gen 2 1.3cc. Kereta yang amat aku idamkan walaupun 1.3cc, aku tak kisah asalkan ia Proton Gen 2.

Semasa pelancaran proton gen 2 pada tahun 2004 aku hampir setiap malam termimpikan kereta tersebut, akhirnya syukur pada Allah, aku dapat juga memiliki sebuah proton gen 2 pada 24-Jun-2006.

Nasib baik ada Bank Rakyat melalui Biro Angkasa gaji aku dipotong sebanyak RM 508.00 sebulan. Hahahaha

Aku nanti nak bawak mak, ayah dan adik adik pergi berjalan jalan naik kereta aku nanti. Satu Malaysia pun boleh pusing.

Selain itu aku berterima kasih pada mak dan ayah yang mendoakan aku siang dan malam.

Sewaktu pos ini ditulis baru sehari aku dapat kereta, malam tadi aku dah bawak mak dan ayah pi ronda ronda.

Saturday, August 19, 2006

Ulang Tahun Kelahiran Aku Yang Ke 26

Ulang Tahun Kelahiran Aku Yang Ke 26

Kejutan demi kejutan.........

Tadi jurujual eon (edaran otomobil nasional) telefon kata hasrat aku untuk memiliki kereta mungkin akan tercapai dalam masa yang terdekat disebabkan pihak eon dah hantar semua permohonan kat bank. Mungkin dalam beberapa hari aku akan dapat memiliki sebuah mesin impian 4 tayar.

Kejutan lain minggu lepas semasa aku balik kerja tiba tiba mak kata kat aku

"Azril malam ni jangan pergi mana mana sebab mak dan ayah ada kejutan untuk Azril"

Aku pun senyum dan mula berfikir apakah kejutan yang dimaksudkan oleh mak.

Aku pun tengah sms dan tiba tiba terdengar bunyi deruman motor ayah bermakna mak dan ayah dah balik.

Nur Hannah macam biasa akan menerkam mak dan ayah untuk mendapatkan barang barang yang dibeli.

"Oooo, mak beli kek untuk harijadi abang", kata Nur Hannah sambil membawakan kotak yang berisi kek.




"Terima Kasih mak dan ayah sebab sambut harijadi Azril", kata aku

Mak dan ayah senyum je

Tiba tiba kamera pula habis bateri hahahaa, tak tahu nak macam mana. Ayah aku pun dapat idea lalu ayah pun ambil gambar aku guna telefon bimbit ayah.

Lepas aku potong kek tersebut kami pun makan beramai ramai bersama 7 orang adik aku.

Walaupun kamera vga dan imej tak terang, aku tak kisah janji best dapat juga rakam gambar

Terima Kasih Mak dan Ayah sebab beli kek untuk harijadi Azril. Azril sayang mak dan ayah.

Friday, July 07, 2006

KERETA IDAMAN AKU

Cantik tak kereta ni. Warna dia keindahan dia dan rekabentuk yang menawan yang mampu mengalirkan air liur aku...............................................

Ini lah dia kereta idaman aku.
Walau apa orang kata aku memang minat dengan kereta ni.
Rekabentuk menarik dan tak tahu nak dicakap tentang kecantikan kereta ni

Model
S4PH
Valve Mechanism
DOHC 16V
Displacement
1366
Bore & Stroke
76.0 X 88.0
Fuel System
MPI
No. of Cylinders
4
Max. Power
82 kW @ 6000 rpm
Max. Torque
148 Nm @4000 rpm

Wednesday, June 21, 2006

Lirik Lagu Alasan Mu - Exist

Lirik Lagu Alasan Mu - Exist
Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar
Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu
Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlna pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan
Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriki
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan
Andai kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu
Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa
Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...
Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Putus lagi, hahahaha
Tak apa, patah tumbuh, hilang berganti