Thursday, November 29, 2012

Kemaskini Sistem Android 4.2.1

Kemaskini Sistem Android 4.2.1 

Catatan Hari Ini 29/11/2012

Pagi tadi semasa Azril membelek belek telefon bimbit Azril dan Azril menerima berita tentang sistem pengendalian Android 4.2 akan dikemaskini sekali lagi. Kemaskini tersebut adalah bagi bagi pembetulan gelombang "bluetooth" yang terganggu dan ia akan dihantar ke semua telefon bimbit Google. Seperti biasa Azril terus ke menu kemaskini sistem dan akhirnya .............................

 Satu pemberitahuan yang menyebabkan Azril menjadi ceria
.
Proses mula semula telefon bimbit
.
Sistem berjaya dikemaskini
.
Gula gula kacang merah yang selalu senyum 
.
Masih lagi terapung sambil senyum

Wednesday, November 28, 2012

Azril Azlina di Karnival Sains dan Teknologi (ez-SciMaT) di UMP

Azril Azlina di Karnival Sains dan Teknologi (ez-SciMaT) di UMP

Pada 04 November 2012 yang lalu, Azril dan isteri tercinta ke kampus utama Universiti Malaysia Pahang yang terletak di Gambang dan tujuan kami kesana adalah mengunjungi Karnival Sains dan Teknologi (ez-SciMaT). 

Antara yang menarik perhatian kami ketika Azril dan Puan Azlina berkunjung kesana adalah pameran dari Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Planetarium Negara. Antara yang dipamerkan oleh pihak ANGKASA dan Planetarium Negara adalah hasil cerapan dari angkasa yang dipamerkan dalam bentuk gambar, antara yang turut dipamerkan adalah gambar planet yang mengelilingi sitem suria dan gambar galaksi jauh. Selain itu pengunjung yang berada disana diterangkan tentang cara cerapan bulan yang digunakan bagi tujuan mengetahui kemunculan anak bulan. 

Antara yang turut dianjurkan disana adalah Pesta Komputer yang dimana alatan komputer dijual dengan harga yang agak murah. Turut dianjurkan disana adalah Pesta Buku yang kebanyakkan buku dijual dengan harga yang murah. Ketika Azril dan Puan Azlina sedang asyik berjalan jalan di gerai pameran yang terdapat disana, tiba tiba langkah kami terhenti di gerai pameran Pusat Penerangan Penyu. Petugas gerai pameran Pusat Penerangan Penyu menerangkan kepada kami tentang program pendaratan penyu, pemuliharaan, penetasan dan pelbagai langkah yang diambil oleh Pusat Penerangan Penyu bagi menjaga spesis penyu agar tidak pupus. 

Nasib baik depa tak bagi pegang penyu ni, kalau tidak tentu Azril dah pegang 
.
Comelnya anak Penyu Agar berenang renang

Thursday, November 22, 2012

Hari Sabtu Azril Azlina Yang Riang Gembira

Hari Sabtu Azril Azlina Yang Riang Gembira

Tarikh : 20 Oktober 2012
Lokasi : East Coast Mall Kuantan Pahang
Kamera : Kamera Telefon Bimbit
Tujuan : Membeli-belah, makan dan meronda di setiap kedai..... Hahaha

 Aduih bila ambik gambaq kamera depan teruih jadi merah muka aku
.
 Abang lepas ni kita nak pergi mana pulak?
.
Dah habih makan jom kita pi ronda ronda sampai penat.
.

Wednesday, November 21, 2012

Sabotaj Keatas Bas Ekspres



Sabotaj Keatas Bas Ekspres

Catatan 19 Oktober 2012
Gambar diatas dirakamkan oleh Azril pada jam 11.02 malam di Ipoh ketika bas MaraLiner yang Azril naiki dari Butterworth berhenti untuk mengambil penumpang di Ipoh. Menurut pemandu bas tersebut mereka telah membuat 2 laporan kepada polis berkenaan hal tersebut dan menunggu siasatan pihak berkuasa terhadap individu yang melakukan perbuatan tersebut.

Menurut pemandu bas tersebut kejadian tersebut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Hentian Rehat dan Rawat Tapah arah utara. Mereka terkejut melihat batu besar yang dibaling ke arah bas dan terus kena pada cermin bas yang menyebabkan cermin tersebut retak. Menurut pemandu bas lagi batu tersebut dibaling dari atas bukit yang momentumnya tinggi dan menyebabakan cermin bas tersebut retak.

Pemandu bas tersebut menambah lagi, kerosakan tersebut tidak dapat dipulihkan disebabkan bas akan berpatah balik semula ke Kuantan pada malam tersebut juga. Ini adalah kerana bas MaraLiner tersebut akan memulakan operasinya dari Kuantan menuju ke Butterworth pada jam 9 pagi dan setelah sampai di Butterworth pada jam 6 petang ia akan berpatah balik semula ke Kuantan pada jam 9 malam dan begitulah rutin bas tersebut.

Menurut pemandu bas itu lagi, banyak juga bas ekspres yang mengalami nasib yang sama seperti yang bas MaraLiner alami, kebanyakkan cermin bas ekpres yang lain pecah. Yang bernasib baik adalah bas MaraLiner ini adalah kerana filem yang menyaluti cermin dihadapan bas tersebut tebal dan ini menyebabkan cermin hadapan bas tersebut terselamat dari pecah.

Tuesday, November 20, 2012

Azril Azlina - Kisah Burger Bakar Rawang

Azril Azlina - Kisah Burger Bakar Rawang di Kuantan

Pada bulan lepas, Azril dan isteri tercinta berkesempatan makan malam di  sebuah restoran Burger Bakar Rawang yang terletak di Kuantan, tujuan kami kesana adalah untuk merasai sendiri kesedapan burger yang selalu diceritakan oleh kawan kawan di alam siber. Lokasi restoran tersebut adalah bersebelahan Pusat Konvekesyen Sultan Ahmad Shah (SASCC) yang dimana Restoran Burger Bakar Rawang tersebut letaknya di deretan rumah kedai yang terdapat disana. 

Sesampainya kami di restoran tersebut kami pun terus diberikan menu oleh perkerja restoran tersebut dan kami pun memesan Burger Bakar "KLCC" dan burger bakar "chiken pop". Setengah jam kemudia burger yang kami pesan pun sampai dan kami makan dengan penuh berselera tanpa menghiraukan kedaan restoran yang agak sesak dengan ramainya pelanggan yang berada disana. Azril dan Puan Azlina memang berpuas hati dengan kesedapan burger tersebut yang dimana rasa dagingnya amat sedap ditambah dengan cara pembakaran burger tersebut. 

Antara rahsia kesedapan burger tersebut yang Azril dapat lihat semasa menunggu burger yang kami pesan  sampai adalah daging burger buatan sendirinya yang tebal ditambah pula cara pembakaran yang agak unik iaitu di bakar diatas api dengan menggunakan arang yang dimana cara tersebut dapat mengekalkan rasa daging yang dibakar tersebut. 

Setelah 45 minit kami berada disana, kami pun balik ke rumah dengan gembira disebabkan hajat kami untuk makan burger bakar telahpun tercapai. Azril dan isteri tercinta memang berpuashati dan kami akan kesana lagi nanti......................................

 Inilah di burger bakar "KLCC"
.
 Jejaka kacak yang sedikit hitam ni tak sabaq sabaq dah nak makan burger bakaq ni
.
Burger bakar "Chicken Pop" yang dipesan oleh Puan Azlina