Thursday, November 22, 2012

Hari Sabtu Azril Azlina Yang Riang Gembira

Hari Sabtu Azril Azlina Yang Riang Gembira

Tarikh : 20 Oktober 2012
Lokasi : East Coast Mall Kuantan Pahang
Kamera : Kamera Telefon Bimbit
Tujuan : Membeli-belah, makan dan meronda di setiap kedai..... Hahaha

 Aduih bila ambik gambaq kamera depan teruih jadi merah muka aku
.
 Abang lepas ni kita nak pergi mana pulak?
.
Dah habih makan jom kita pi ronda ronda sampai penat.
.

Wednesday, November 21, 2012

Sabotaj Keatas Bas Ekspres



Sabotaj Keatas Bas Ekspres

Catatan 19 Oktober 2012
Gambar diatas dirakamkan oleh Azril pada jam 11.02 malam di Ipoh ketika bas MaraLiner yang Azril naiki dari Butterworth berhenti untuk mengambil penumpang di Ipoh. Menurut pemandu bas tersebut mereka telah membuat 2 laporan kepada polis berkenaan hal tersebut dan menunggu siasatan pihak berkuasa terhadap individu yang melakukan perbuatan tersebut.

Menurut pemandu bas tersebut kejadian tersebut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Hentian Rehat dan Rawat Tapah arah utara. Mereka terkejut melihat batu besar yang dibaling ke arah bas dan terus kena pada cermin bas yang menyebabkan cermin tersebut retak. Menurut pemandu bas lagi batu tersebut dibaling dari atas bukit yang momentumnya tinggi dan menyebabakan cermin bas tersebut retak.

Pemandu bas tersebut menambah lagi, kerosakan tersebut tidak dapat dipulihkan disebabkan bas akan berpatah balik semula ke Kuantan pada malam tersebut juga. Ini adalah kerana bas MaraLiner tersebut akan memulakan operasinya dari Kuantan menuju ke Butterworth pada jam 9 pagi dan setelah sampai di Butterworth pada jam 6 petang ia akan berpatah balik semula ke Kuantan pada jam 9 malam dan begitulah rutin bas tersebut.

Menurut pemandu bas itu lagi, banyak juga bas ekspres yang mengalami nasib yang sama seperti yang bas MaraLiner alami, kebanyakkan cermin bas ekpres yang lain pecah. Yang bernasib baik adalah bas MaraLiner ini adalah kerana filem yang menyaluti cermin dihadapan bas tersebut tebal dan ini menyebabkan cermin hadapan bas tersebut terselamat dari pecah.

Tuesday, November 20, 2012

Azril Azlina - Kisah Burger Bakar Rawang

Azril Azlina - Kisah Burger Bakar Rawang di Kuantan

Pada bulan lepas, Azril dan isteri tercinta berkesempatan makan malam di  sebuah restoran Burger Bakar Rawang yang terletak di Kuantan, tujuan kami kesana adalah untuk merasai sendiri kesedapan burger yang selalu diceritakan oleh kawan kawan di alam siber. Lokasi restoran tersebut adalah bersebelahan Pusat Konvekesyen Sultan Ahmad Shah (SASCC) yang dimana Restoran Burger Bakar Rawang tersebut letaknya di deretan rumah kedai yang terdapat disana. 

Sesampainya kami di restoran tersebut kami pun terus diberikan menu oleh perkerja restoran tersebut dan kami pun memesan Burger Bakar "KLCC" dan burger bakar "chiken pop". Setengah jam kemudia burger yang kami pesan pun sampai dan kami makan dengan penuh berselera tanpa menghiraukan kedaan restoran yang agak sesak dengan ramainya pelanggan yang berada disana. Azril dan Puan Azlina memang berpuas hati dengan kesedapan burger tersebut yang dimana rasa dagingnya amat sedap ditambah dengan cara pembakaran burger tersebut. 

Antara rahsia kesedapan burger tersebut yang Azril dapat lihat semasa menunggu burger yang kami pesan  sampai adalah daging burger buatan sendirinya yang tebal ditambah pula cara pembakaran yang agak unik iaitu di bakar diatas api dengan menggunakan arang yang dimana cara tersebut dapat mengekalkan rasa daging yang dibakar tersebut. 

Setelah 45 minit kami berada disana, kami pun balik ke rumah dengan gembira disebabkan hajat kami untuk makan burger bakar telahpun tercapai. Azril dan isteri tercinta memang berpuashati dan kami akan kesana lagi nanti......................................

 Inilah di burger bakar "KLCC"
.
 Jejaka kacak yang sedikit hitam ni tak sabaq sabaq dah nak makan burger bakaq ni
.
Burger bakar "Chicken Pop" yang dipesan oleh Puan Azlina

Thursday, November 15, 2012

Selamat Tahun Baru 1434 Hijrah



Selamat Tahun Baru 1434 Hijrah

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekkah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Kibarkan Syiar Islam
Untuk sepanjang zaman...

........................................
.............
..
.
Umur Azril semakin meningkat tapi adakah amalan Azril dah semakin meningkat atau semakin menurun. Di minit minit terakhir hujung tahun Azril termenung dan berfikir dan...............Adakah amalan Azril cukup? Adakah telah Azril kotakan segala azam Azril. Adakah Azril telah berusaha sedaya upaya Azril untuk mendapat apa yang Azril impikan atau sekadar kata dan basi begitu saja. Apakah jasa Azril pada bangsa Azril  Apakah jasa Azril pada negara tercinta? Apakah jasa ku pada agama Islam yang Azril cintai ini? Apakah Azril menyintai Rasulullah s.a.w dan mengamalkan segala sunnahnya? Apakah sepenuhnya Azril menyintai Pencipta Allah SWT? Ya Allah.... ampunilah hambaMu yang lemah ini...........................
.....................................
....................
...
.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH SEMOGA SEMOGA KITA DAPAT BERHIJRAH DARI APA YANG KITA LAKUKAN SEBELUM INI & HAYATILAH HIJRAH RASULULLAH S.A.W DEMI MENEGAKKAN AGAMA YANG KITA CINTAI INI.

Wednesday, November 14, 2012

Akhirnya Peningkatan Sistem Pengendalian Android 4.2 Berjaya

Akhirnya Peningkatan Sistem Pengendalian Android 4.2 Berjaya

Catatan 14 November 2012
Pada 25 Oktober 2012 yang lalu, Azil mendengar berita yang cukup menggembirakan bagi peminat telefon pintar dimana Google akan melancarkan Sistem Pengendalian (Operating System) yang terbaru pada 29 Oktober 2012. Pelancaran sistem pengendalian Android 4.2 turut sama dilancarkan bersama telefon pintar  dan tablet Nexus yang terbaru iaitu telefon pintar Nexus 4, tablet Nexus 7 32gb dan tablet Nexus 10 32gb. Tetapi apabila Azril melayari internet pada 28 Oktober 2012, Azril mendengar berita yang Google telah menangguhkan kesemua pelancaran tersebut disebabkan taufan Sandy.

Semenjak dari hari tersebut, setiap hari Azril melayari laman sesawang yang berkaitan dengan telefon pintar untuk mengetahui bilakah pelancaran akan datang. Selain itu Azril juga telah mengakses laman sesawang untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi mengenai telefon pintar dan tablet dalam keluarga Nexus yang terbaru yang membuatkan Azril hanya dapat menelan air liur sahaja.

Antara yang mendapat liputan paling luas adalah telefon pintar Nexus 4 yang menggantikan telefon pintar Google Galaxy Nexus yang merupakan salah satu telefon pintar yang dapat menyaingi telefon i (iPhone) keluaran Apple. Dari segi spesifikasi alatan telefon pintar Google Nexus 4 memang terbaik dan tidak payah Azril berceloteh panjang tentangnya kerana ia merupakan telefon pintar terbaik yang pernah dikeluarkan oleh Google selain telefon pintar Galaxy Nexus. Apa yang membuatkan Azril terpaku adalah keindahan rekabentuk dan grafik yang cukup menawan ditambah pula dengan sistem pengendalian Android 4.2 yang terbaru.

Selain itu kelahiran tablet baru dalam keluarga Google Nexus turut sama memeriahkan dunia alatan canggih yang terkini. Sebelum ini Google hanya mengeluarkan tablet Nexus 7 sahaja yang berkeupayaan simpanan 8 dan 16 gb sahaja tetapi kali ini ditambah pula dengan kehadiran 32gb ruang simpanannya. Antara tablet terbesar dalam keluarga Nexus adalah Nexus 10 dimana ruang simpanannnya adalah 16 gb dan 32 gb dan alangkah indahnya jika Azril dapat memiliki kesemuanya. Pada pendapat Azril itu semua tidak penting yang penting adalah bagaimana caranya untuk mengemaskini sistem pengendalian ke tahap Android 4.2 nanti.

Pada 10 November yang lepas Azril menerima satu perkhabaran yang membuatkan Azril gembira adalah kerana Google akan melancarkan telefon pintar Nexus 4, tablet Nexus 7 dan Nexus 10 serta sistem pengendalian Android 4.2 pada 13 November 2012 nanti. Antara perkhabaran yang membuatkan Azril bertambah gembira adalah Google akan menghantar pemberitahuan tentang pengemaskini sistem bagi pemilik telefon pintar Galaxy Nexus, Google Nexus S dan tablet Nexus 7 selepas pelancarannya nanti.

Akhirnya pada 13 November 2012 telefon pintar Nexus 4, tablet Nexus 7 dan Nexus 10 serta sistem pengendalian Android 4.2 dilancarkan secara rasmi dan seperti sebelum ini, Azril menunggu dengan penuh sabar pemberitahuan untuk pengemaskini sistem tetapi masih tiada apa apa apa harapan. Dalam keadaan sabar dan masih mengharap, tiba tiba satu pemberitahuan telah dihantar pada hari ini 14 November 2012 dan Azril menjadi amat gembira.........................................

  Pemberitahuan yang dihantar yang membuatkan Azril menjadi ceria
.
 Setelah sistem pengendalian siap ditingkatkan
.
 Kemunculan kacang merah yang comel
Terus menjulang ke angkasa bersama puluhan kacang pelbagai warna yang comel