Thursday, August 16, 2012

Lokasi Berbuka Puasa

Lokasi Berbuka Puasa
Kalau ada kawan kawan atau sesiapa sahaja yang bertanya pada Azril dimanakah lokasi berbuka puasa yang menarik, tentu pening juga untuk Azril memikirkannya disebabkan bagi Azril disemua tempat memang terbaik. Terbaik dari segi maksud nilai, makanan yang disajikan memang sedap dan lokasi tersebut memang selesa. 

 Berbuka puasa di hotel pun sedap juga.
.
 Berbuka puasa di restoran pun sedap juga
.
Tapi yang paling sedap adalah berbuka puasa di atas padang

Monday, July 30, 2012

Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1432H

Majlis Perarakan dan Perhimpunan Ummah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1432H 

Catatan 05/02/2012
Pada 05 Februari 2012 yang lalu, Azril dan rakan sekerja yang lain menyertai Majlis Perarakan dan Perhimpunan Ummah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1432H. Kekuatan kontijen adalah sebanyak 50 orang dan kami memulakan perarakan pada jam 8 pagi di Padang Kota Lama dan perarakan berakhir di Dewan Sri Pinang.

 Antara rakan sekerja yang turut serta dalam perarakan
.
Azril ketika di hadapan Dewan Sri Pinang
.

Sunday, July 29, 2012

Azril Masuk Wad

Azril Masuk Wad

Catatan : 24 - 26 Januari 2012
Lokasi : Kuantan
Sebab : Demam panas mengejut

Apa yang penting sekarang ini Azril telah pun keluar dari wad dan pengalaman tidur dalam wad merupakan pengalaman yang tidak dapat Azril lupakan walaupun Azril ditemani oleh isteri tercinta yang menjaga Azril ketika di wad tempohari. Terima Kasih sayang.....

Terima kasih buat Abah Mertua Tuan Ahmad bin Darus dan Mak Mertua Puan Halijah Binti Ahmad serta kak ipar Puan Azilawati kerana sudi melawat Azril di wad.

 Ayaq tak tau nak masuk banyak mana
.
Perut dan kepala dok sakit
.
 Tangan pun kena label
.
 Dah boleh senyum lepaih 2 hari dok wad
.
Satgi boleh keluaq dah
.

Saturday, July 28, 2012

Tak Kisah Naik Apa Pun Janji Boleh Sampai Ke Kuantan

Tak Kisah Naik Apa Pun Janji Boleh Sampai Ke Kuantan 

Sejak mendirikan rumahtangga dengan Puan Azlina sejak 2008 lagi, setiap minggu Azril akan mengunakan pengangkutan awam untuk ke Kuantan dari Bukit Mertajam. Kebiasaannya Azril akan menggunakan pengangkutan awam seperti bas ekpress untuk balik sana. Cuma sekali sekala sahaja barulah Azril akan menaiki penangkutan darat yang lain untuk kesana seperti kereta. Antara punca kekerapan Azril menaiki bas adalah kos untuk kesana. Jika Azril menaiki kereta, kos ke sana adalah sebanyak RM 350 pergi dan balik manakala jika Azril menaiki bas ekpress kos adalah RM 100 saja pergi dan balik. 

Tapi kali ini dengan promosi hebat dari syarikat pengangkutan udara dan ini juga membolehkan Azril menaiki pengangkutan udara untuk ke Kuantan. Antara pesawat syarikat penerbangan yang selalu Azril naiki adalah Penerbangan Malaysia dan Penerbangan Firefly, ini adalah disebabkan syarikat tersebut menawarkan tambang yang berbaloi untuk ke Kuantan. Cuba bayangkan harga tiket sehala dari Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Pahang hanya RM 50 jika Azril menaiki pesawat Firefly.

 Azril ketika menaiki pesawat Firefly
.
Yang ni bukan dalam kapai terbang tapi dalam keretapi nak pi Lapangan Terbang


Tak kisah apa pun janji boleh sampai awai kat sana dengan kadar yang murah

Friday, July 27, 2012

Diari Mingguan Azril Azlina - Awal Januari 2012

Diari Mingguan Azril Azlina - Awal Januari 2012

Catatan 07 Januari 2012
Seperti biasa dan setiap minggu dari sejak dari 2008 lagi, Azril akan pulang ke Kuantan pada hari Jumaat malam dan sampai di Kuantan pada awal pagi. Seperti biasa dan hampir setiap minggu, perbincangan dan permulaan bicara akan bermula di meja makan.

Azril   :   Ada apa apa perancangan ke harini?

Azlina :   Tak ada rasanya, abang pulak.

Azril   :   Abang rasa nak pi bandar Kuantan sat sebab nak pi beli tiket bas.

Azlina :   Oh ya, lupa ayang nak cakap, apa kata kalau lepas kita pi tiket bas kita pergi Kuantan Megamall

Azril   :   Boleh jugak, tapi kita nak beli apa kat sana?

Azlina :   Ayang nak ajak abang main boling

Azril   :   Ok juga, sebab kita tak pernah main boling sekali pun.

Azlina :   Hari Ahad pulak, abang nak pergi mana?

Azril   :   Jom kita pi Kuala Lumpur

Azlina :   Ok juga, apa urusan kita kat sana nanti

Azril   :   Abang ada barang nak beli.

 Puan Azlina memilih bola boling yang paling ringan
.
 Bola yang mana nak ambik ni, tak tau yang mana
.
 Kita dok sat
.
Jom kita jalan jalan lagi
.