Thursday, April 19, 2012

Hari Cuti Azril Azlina

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
..............................................
Hari Cuti Azril Azlina

Catatan 26 November 2011

Pengembaraan Azril pada 26 November 2011bermula pada jam 5 petang iaitu setelah Azril mengetik kad perakam waktu di pejabat dan dengan kelajuan biasa Azril pun meninggalkan pejabat dan terus masuk ke Lebuhraya Utara Selatan melalui Plaza Tol Juru. Pemanduan Azril terhenti setelah 2  jam ketika Azril mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas Hentian Rehat dan Rawat Ulu Bernam, setengah jam kemudian selepas habis semua urusan Azril pun meneruskan perjalanan semula. Sejam kemudian, Azril pun sampai di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Terminal Subang Skypark .

Tujuan Azril ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Terminal Subang Skypark adalah untuk mengambil isteri Azril yang menaiki pesawat komuniti kebanggan negara iaitu pesawat Firefly dari Kuantan. Memang terkejut jika sesiapa mengetahui harga tiket promosi yang dibeli oleh isteri Azril adalah RM 35 bagi penerbangan sehala dari Kuantan ke Subang. Setelah sampai, Azril pun membelok masuk di tempat letak kereta yang terletak dihadapan pintu keluar dan Azril pergi menemui isteri tercinta yang sedang duduk berehat dibangku yang terdapat di Lapangan Terbang.

Azril   :   Asalamualaikum.... Lama sampai

Azlina :   Waalaikumusalam.....Baru saja....

Azril   :   Besaq jugak lapangan terbang ni, nampak moden dulu kan dia pernah jadi Lapangan Terbang Antarabangsa.

Azlina :   Jom kita ronda ronda kat kawasan ni

Azril   :   Jom, abang pun baru terpikiaq nak ronda jugak kat sini, tapi abang nak tengok tempat kapai terbang mendarat.

Azlina :   Tak boleh kot kita ronda kat sana, tapi kalau abang nak tau banyak betul pesawat Firefly masa ayang turun tadi.

Kami pun meronda di dalam kawasan lapangan terbang dan kami juga mengunjungi beberapa buah kedai yang terdapat disana. Rondaan kami akhirnya berakhir di kaunter tiket Firefly yang terdapat disana dan kami pun membelek belek barangan yang mempunya logo Firefly. Setelah agak lama kami pun membeli beberapa barangan yang mempunyai logo Firefly yang berwarna oren antaranya payung, rantai kunci, penggantung nama seperti yang Azril pakai ketika di tempat kerja dan model kapal terbang seperi yang Azril letak didalam kereta. Setelah bayaran dibuat di kaunter kami pun meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Terminal Subang Skypark dengan hati yang gembira.

Azril pun dengan perasaan yang riang gembira disebabkan isteri Azril berada disebelah terus memasndu dengan keadaan yang ceria dan kami pun menyusur masuk ke Lebuhraya Utara Selatan melalui Plaza Tol Subang. Pemanduan di Lebuhraya ketika itu masih lagi sesak dengan pelbagai kenderaan dan dialog pun bermula.

Azril   :   Aduih macam ni pukui berapa nak sampai ni, jalan sesak betoi

Azlina :   Tak apa bang, sabar nanti jalan ok nanti

Azril   :   Tu lah tak tau bila.... Lapaq lah pulak ni....

Azlina :   Apa kata kita pi makan dulu, kita berenti kat Hentian Jentas Sungai Buloh

Azril   :   Baguih jugak cadangan tu, apa kita makan KFC sebab abang dah lama tak makan KFC.

Kami pun menyusur masuk ke Hentian Jejantas Sungai Buloh dan makan KFC dengan sungguh berselera sekali, sejam kemudian kami pun meneruskan perjalanan sehingga sampai di kuarters Bukit Mertajam. Setelah sampai kami pun tidur dengan nyeyak sekali.

Catatan 27 November 2011

Awal awal pagi kami bangun dan bersarapan roti canai di Restoran Nasi Kandar Desa yang terletak di Desa Damai, menurut Puan Azlina di kedai makan tersebut mempunya roti canai yang paling sedap. Selepas makan kami pun ke pasaraya Sunway Carnival Mall yang terletak di Seberang Jaya untuk membeli sedikit barangan. Selepas habis kami membeli belah disana kami pun terus ke rumah rakan sekerja Azril iaitu Encik Mohd Zaini yang melansungkan perkahwinannya pada hari ini.

Setibanya kami disana, Azril mendapati ramai kawan kawan Azril yang hadir pada majlis perkahwinan tersebut. Tanpa berlengah lagi, Azril dan isteri tercinta pun terus mencedok nasi minyak dan kami pun makan nasi yang disajikan disana. Ketika kami makan, berkumandanglah paluan kompang yang menandakan pengantin telah pun sampai. Setelah makan Azril pun bersembang dengan rakan sekerja yang lain dan kami pun mengambil gambar pengantin. Setengah jam kemudian Encik Zaini membuat lawatan dari meja dan ke meja dan terus mengunjungi meja kami dan kami pun bersembang antara satu sama lain dan 10 minit kemudian Azril dan isteri tercinta pun pulang ke rumah.

Pada malamnya Azril dan isteri tercinta pergi ke rumah mak dan ayah di taman Permata dan kami pun makan malam disana. Selepas kami makan malam kami pun terus menepuk anak saudara kami Nur Farhana supaya tidur dengan lebih nyenyak. Kami kemudiannya bersembang antara satu sama lain dan kedaan dirumah menjadi meriah dengan kehadiran Puan Azlina dimana adik adik pun terus bersembang dengan kak ipar mereka. Setelah 3 jam kami disana kami pun terus balik ke kuarters.

Catatan 28 November 2011

Catatan awal pagi dimulai dengan emosi yang ceria disebabkan hari ini merupakan hari cuti Azril, setelah Azril dan isteri tercinta bersarapan di Bandar Perda, Azril dan isteri tercinta pulang ke rumah untuk bersiap balik ke Kuantan. Selepas kami bersiap kami pun terus ke rumah mak dan ayah dan kami bersembang dan makan tengahari dengan mak dan ayah serta adik adik. Selepas kami makan tengahari kami pun terus memulakan perjalanan balik ke Kuantan. Perjalanan kami disana agak lancar dengan cuaca yang agak panas apabila kami sampai di Plaza Tol Juru.

Setelah 3 jam setengah perjalanan kami pun sampai di satu persimpangan dan dialog yang gembira pun bermula

Azril   :   Abang tak pernah pi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Azlina :   Abang tahu tak kat sana cantik sangat lepas tu luas sangat

Azril   :   Apa kata kita pi sana.

Azlina :   Jom, ok juga kat sana, kita boleh makan sekali

Setelah kami keluar dari persimpangan KLIA di Lebuhraya Utara Selatan kami pun terus ke Plaza Tol dan selepas 15 minit kami pun sampai di tempat letak kereta Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA. Setelah Azril dan isteri tercinta turun dari kereta kami pun mengambil gambar nombor di tempat letak kereta tersbut, ini adalah bertujuan mengelakkan kami kami dari tersesat nanti.

Setelah kami masuk di bangunan KLIA, Azril menjadi kagum dengan kecantikan rekabentuk yang terdapat di KLIA dan kami pun meronda ronda di KLIA. Setelah agak lama kami disana, kami pun terus ke Anjung Tinjau yang dimana terdapat terdapat cermin tebal lutsinar yang membolehkan kita melihat perlepasan dan ketibaan pesawat. Kebanyakkan pesawat yang terdapat disana adalah pesawat kebanggaan negara iaitu pesawat Penerbangan Malaysia atau MAS.

Tiba tiba Azril terpandang sebuah pesawat Firefly, Azril berasa hairan disebabkan sebelum ini Azril menaiki pesawat Firefly ATR-72-500 yang kecil tiba tiba Azril melihat sebuah pesawat Firefly Boeing 737-800 yang besar, bertambah lagi hairan Azril apabila Azril mendapati pesawat tersebut mendarat di KLIA. Setelah diselidik barulah Azril tahu bahawa pesawat Firefly ATR-72-500 hanya digunakan bagi destinasi yang dekat iaitu seperti selalu yang Azril naiki ketika balik ke Kuantan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, yang dimana hab pesawat tersebut berada di Subang. Manakala pesawat Firefly Boeing 737-800 pula digunakan bagi perjalanan yang jauh dan hab pesawat tersebut adalah di KLIA.

Setelah agak lama kami berjalan jalan kami pun berhenti untuk makan di Restoran KFC yang terdapat disana. setelah kami makan kami pun meneruskan perjalanan kami untuk balik ke Kuantan, setelah 2 jam setengah perjalanan kami pun sampai di rumah.

Catatan 29 November 2011              
Hari ini 29 November 2011 merupakan hari yang ceria bagi Azril disebabkan Azril masih lagi bercuti dan seperti biasa selepas Subuh Azril akan tidur semula. Azril  bangun pada jam 9 pagi apabila dikejutkan oleh isteri tercinta untuk makan pagi. Azril pun turun ke bawah dan Azril pun terus ke meja makan untuk makan nasi goreng yang dihidangkan oleh isteri Azril. Setelah habis Azril makan, Azril dan isteri azril terus berbincang tentang perancangan untuk hari ini. Setelah perbincangan dijalankan, kami pun terus bersiap untuk membeli barangan basah di pasar yang terletak di Jaya Gading.

Setelah balik dari pasar di Jaya Gading kami pun terus ke Pasaraya Giant Kuantan untuk membeli barangan dapur untuk tempoh sebulan. Setelah kami sampai disana kami pun membelibelah dengan gembira dan setelah habis kami membeli belah kami pun makan tengahari disana disebabkan Azril teringin hendak makan nasi goreng dalam mangkuk seramik. Setelah makan kami pun pulang ke rumah.

Catatan 30 November 2011

Hari ini merupakan hari yang tidak gembira bagi Azril disebabkan Azril terpaksa balik ke Bukit Mertajam disebabkan Azril berkerja pada keesokkan harinya. Dengan emosi yang tidak stabil Azril pun memulakan pemanduaan balik ke Bukit Mertajam dan 6 jam kemudian Azril pun sampai.

Catatan 01 Disember 2011
Hari ini Azril berkerja semula dan apabila sampai di pejabat fail telah bertimbun diatas meja dan Azril pun memulakan kerja dengan agak pening...........

Inilah model pesawat Firefly ATR-72-500
.
Selamat Pengantin Baru Encik Mohd Zaini dan isteri, semoga bahagia di dunia dan Akhirat
.
Kami singgah dan bergambar  di sawah padi di Permatang Pauh
.
Lari hujan dah turun
.
Ketika di rumah mak dan ayah
.
Mak Long tepuk terus Nur Farhana tidoq teruih
.
Model pesawat Firefly ATR-72-500 diletakkan didalam kereta
.
Kena ambik gambaq tempat letak kereta ni takut sesat nanti sebab tempat letak kereta kat KLIA memang luas sangat
.
Isteri tercinta ketika di KLIA
,
Azril berlatarbelakangkan KLIA
.
Pemandangan indah ketika di anjung tijau KLIA, terdapat banyak pesawat MAS disana
..
Berlatarbelakangkan pesawat kebangaan rakyat Malaysia di Anjung Tinjau
.
Nampak comel pesawat Firefly disebelah pesawat Penerbangan Malaysia
.
Kami ketika di kedaai makan Pasaraya Giant, Puan Azlina hanya makan nasi putih dan sup manakala Azril makan nagi goreng dalam mangkuk seramik yang penuh dengan cendawan tu
.
Cuti lama sangat kan dah pening

Wednesday, April 04, 2012

Ahad Malam Yang Tidak Indah

Ahad Malam Yang Tidak Indah
Melihat isteri Azril dari cermin tingkap bas di Terminal Makmur Kuantan setiap Ahad malam menyebabkan hati Azril menjadi sayu, seolah olah hati ini berkecai, kesedihan yang teramat sangat seolah olah hati ini terasa dicucuk cucuk dengan besi yang tajam. Seolah olah Azril ingin mengajak isteri Azril pulang sahaja ke rumah, tetapi jika kami pulang kerumah pada keesokkan harinya Azril terpaksa balik juga ke Bukit Mertajam untuk berkerja. Setiap Ahad malam begini keadaan Azril setiap minggu dari tahun 2008 hingga sekarang. Setiap Ahad malam Azril berasa serba salah seolah olah tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Hendak menyerah pada takdir atau berusaha sedaya mungkin sehingga permasalahan yang ditanggung ini selesai. Antara usaha yang dilakukan oleh Azril dan isteri Azril adalah memohon pertukaran, namun masih lagi tidak berjaya disebabkan pelbagai faktor yang meyebabkan kami berasa seolah olah tiada harapan. Namun dengan kecekalan yang tinggi kami berusaha sedaya upaya agar kami dapat hidup bersama dan gembira seperti pasangan suami isteri yang lain.

Setiap Ahad malam selepas kami makan malam keadaan adalah menjadi sunyi kerana masing masing menahan perasaan sedih daripada keluar. Apa yang kami bincangkan adalah mengenai perkara yang menyebabkan kami menjadi suka dan gembira sahaja. Tepat pukul 8.10 malam enjin kereta akan dihidupkan ketika itu keadaan menjadi cukup sayu dan tiada ayat yang boleh diluahkan untuk menerangkan keadaan tersebut. Kami pun terus keluar dari rumah dan kami sedaya upaya menenangkan emosi kami. Seperti biasa kami pun berjenaka antara satu sama lain hingga kami boleh tersenyum sehingga kami sampai di Terminal Makmur.

Seperti biasa bas yang akan Azril naiki akan sampai awal iaitu 8.45 malam dan Azril akan menyerahkan tiket pada pemandu dan setelah tiket ditanda Azril akan meletakkan beg diatas bas. Setelah beg diletak diatas bas Azril akan turun semula ke bawah dan bersembang dengan isteri Azril sehingga jam 9 malam iaitu bas yang dijadulakan bertolak. Semasa diatas bas Azril memerhatikan isteri Azril dari atas bas dan kami sedaya upaya untuk senyum anatara satu sama lain...................................

Pada wajahnya nampak senyuman tetapi dalam hatinya menangis
Siapa yang tahu........

Tuesday, April 03, 2012

Kelahiran Farhana Zuhaira Binti Mohamed Zuhri

Kelahiran Farhana Zuhaira Binti Mohamed Zuhri
Catatan 17/11/2011

Setelah menunggu dengan penuh debaran, akhirnya melalui pembedahan adik Azril yang ke 4 iaitu Puan Farah Zalina binti Hamzah berjaya melahirkan seorang bayi perempuan yang comel yang diberi nama Nur Farhana Zuhaira Binti Mohamed Zuhri.



Nur Farhana Zuhaira setengah jam setelah dilahirkan....

Sunday, March 25, 2012

Hari Ahad Azril Azlina

Hari Ahad Azril Azlina
Catatan 13 November 2011

Bandar Kuantan merupakan bandar yang dimana Azril dan Puan Azlina akan kunjungi seminggu sekali dan kadangkalanya seminggu dua kali. Ini adalah kerana di hari hari Sabtu kami akan ke Bandar Kuantan untuk membeli barangan keperluan harian manakala di hari Ahad pula kami akan ke Terminal bas iaitu Terminal Makmur yang terletak di bandar Kuantan. 

Tetapi kali ini keadaan bertukar sedikit iaitu kami pergi membelibelah pada hari Ahad, ini adalah kerana Azril bercuti pada hari Isnin. Antara tempat yang kami kunjungi adalah Pasaraya Giant dan kompleks membeli belah East Coast Mall. Tujuan kami kesana adalah untuk membeli barangan keperluan harian dan merehatkan minda disamping mendalami isi hati kami suami isteri yang tinggal berjauhan ini. Di kompleks membeli belah East Coast Mall kami akan mencari kedai makan yang membolehkan kami merehatkan minda dan selepas makan kami akan bercerita antara satu lain..............................

Azril dan isteri tercinta di sebuah restooran di kompleks membeli belah East Coast Mall

Saturday, March 24, 2012

Kerja Ukur Di Tapak Bahagian Kelima

Kerja Ukur Di Tapak Bahagian Kelima
Lokasi : Rahsia
Tarikh : 11 November 2011

 Encik Halim sebagai penyelia ukur memberikan arahan
.
 Azril tengah membetulkan kaki alat
,
Boleh senyum dah lepaih dah betul kedudukan.