Friday, July 22, 2011

Aku Yang Pening Atau Depa Yang Pening..


Aku Yang Pening Atau Depa Yang Pening..

Aku bukan nak tunjuk baguih tapi kadang kadang aku pening jugak dengan perangai masyarakat sekitar ni. Bukan apa benda yang termaktub dalam hukum tak mau pulak ikut, tapi benda yang tak dalam hukum boleh pulak buat hukum. Pelik betul depa ni tapi depa ni ada pulak orang yang nak dengaq depa kata apa.

Kadang kadang tu sembang depa ni memang deraih sangat sampai depa rasa satu dunia akan dengaq cakap depa. Kadang kadang depa ni sengaja nak cari salah orang lain saja macam depa tu sempurna dangat. Cara depa cakap tu macam depa tu dah sempurna sangat atau lebih tepat depa ni nak kalau kita panggil depa ni yabg terpilih.

Kadang kadang permasalahan masyarakat atau ummah tak pulak depa sentuh yang depa sentuh adalah masalah global dan negara. Bukan tak boleh kita sembang bab global dan negara tapi kita sedaq sikit kita ni sapa masyarakat keliling kita pun tak dapat nak ubah. Cuba hang pi kat hujung kampung waktu maghrib tentu ada remaja yang tengah lepak ka, main bola sepak ka, main dam aji ka, main apa apa saja, cuba hang ajak depa pi masjid ka ajak depa pi semayang ka. Yang ni tak, tengok saja lepaih tu kata nasib baik anak aku tak kawan dengan budak budak tu. Kalau hang nak tau kalau anak hang kawan dengan budak yang nakal sikit takkan depa nak cerita kat hang. Hang kena siasat sendiri lah.

Apa yang aku cakap lagi adalah kita tak payah nak sibuk kat tempat jauh jauh tengok dalam 20 atau 30 km persegi dari rumah kita apa yang ada kalau hangpa tu betul betul baguih sangat pi la tegoq benda tu. Aku rasa dalam jarak macam tu kat mana mana tempat pun ada.............................. Cari dan tegoq la apa yang patut. Hangpa lena ka atau dah nyenyak tidoq sampai ayaq lioq basi keluaq pun tak tau

Ubah yang tu dulu baru cadang nak ubah yang lain...............

Sekadar pendapat aku saja............ Aku pun teringin jugak tapi pemimpin agama tak kira apa parti pun lena nak buat macam mana kan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, July 18, 2011

Azril Azlina @ Kejohanan Sepaktakraw Zon Timur

Azril Azlina @ Kejohanan Sepaktakraw Zon Timur

Pada hari sabtu yang lalu 16/07/2011 azril dan isteri tercinta ke pusat sukan U.m.p. Tujuan kami ke sana adalah menyaksikan kejohanan sepak takraw.

Oh ya ka.................
Sebenarnya kami ke sana adalah kerana puan azlina bertugas sebagai paramedik dan azril pula adalah peneman setelah tengahari. Puan azlina memberitahu azril bahawa nasib baik kali ini tiada kecederaan serius yang dialani oleh para peserta.

Oh ya lagi.... Nama kejohanan tersebut adalah Kejohanan Sepaktakraw Kfc Utusan 2011 zon timur. Kejohanan yang telah masuk tahun kedua penganjurannya dan menjanjikan hadiah yang lumayan bagi setiap zon..
Published with Blogger-droid v1.7.3

Friday, July 15, 2011

Azril Azlina @ Majlis Resepsi Puan Sulaiha Dato HAJi Hayani

Azril Azlina @ Majlis resepsi Puan Sulaiha Dato Hayani

Tarikh : 2 bulan lepas
Lokasi : Hotel Marriot Putrajaya

Azril ketika minum sebelum majlis dijalankan
.
Azril dan isteri tercinta ketika di meja makan sewaktu majlis berlansung
.
Oengantin diarak ke pelamin
.
Pengantin berjalan dengan perlahan lahan menuju ke atas pentas
.
Pengantin telahpun sampai diatas pentas pelamin
.
Encik Nuril Azwa tengah menyusukan cahaya matanya Nir Irfaan
.
Puan Azlina dan anak saudara pupunya
.
Azril dan Puan Azlina bergambar sesudah kami makan dan ketika berakhirnya majlis
.
Puan Aizaan dan suaminya Encil Nuril Azwa
.
Jelitanya isteri sapa ni............ Isteri Azril lah ......... hahahaha 
.
Senyum umpama suria yang membawa cahaya
.
laki sapa ni kacak betui........ hahahahahaha jangan marah :)

Wednesday, July 13, 2011

Lagu dan Lirik Sejiwa Spring

Lagu dan Lirik Sejiwa Spring

Pada irama ku berpesan
Lagu ini ditujukan
Padanya yang Tersayang

Kasihku kau pernah dipersia
Lalu kubawa cintaku
Sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa

Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu

Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan
Tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu

Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya

Inginku selalu di sampingmu
Tiap waktu siang melambai malam
Bagaikan senja denyutan cinta kita
Penyambung hadirnya

Akan ku bina istana bahagia
Menjadi lambang kasih berpanjangan
Hentikan airmata pedih kenangan
Yang mencakar perasaan
Mekarlah bunga cinta
Seharum wangi kemboja
Mekarlah bunga cinta
Di taman kita sejiwa

Tuesday, July 12, 2011

Azril Azlina @ Restoran Omar Al Khayyam Batu Ferringhi Pulau Pinang

Azril Azlina @ Restoran Omar Al Khayyam Batu Ferringhi Pulau Pinang

Catatan 14/04/2011

Catatan ini merupakan kesinambungan dari percutian Azril dan Isteri tercinta di Batu Feringghi. Selepas tamatnya kursus isteri Azril maka kami pun terus berjalan jalan di kawasan sekitar. Antara tempat menarik yang kami telah singgah adalah di Restoran Omar Al Khayyam yang terletak di tingkat bawah tempat penginapan kami. Sebenarnya kami teringin hendak merasa makanan Arab dan disebabkan itulah kami pun singgah di restoran tersebut. Setelah makan kami pun terus meronda ronda sekitar batu Ferringhi.

Keadaan di luar restoran tersebut
.
Puan Azlina tersenyum sambil menghirup sup cendawan
.
Azril masih tersenyum sementara menunggu makanan yang Azril pesan sampai
.
Inilah roti Arab yang kami pesan telah pun sampai, apa yang kami terkejut adalah roti tersebut memang besar. Hahaha.