Wednesday, July 13, 2011

Lagu dan Lirik Sejiwa Spring

Lagu dan Lirik Sejiwa Spring

Pada irama ku berpesan
Lagu ini ditujukan
Padanya yang Tersayang

Kasihku kau pernah dipersia
Lalu kubawa cintaku
Sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa

Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu

Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan
Tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu

Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya

Inginku selalu di sampingmu
Tiap waktu siang melambai malam
Bagaikan senja denyutan cinta kita
Penyambung hadirnya

Akan ku bina istana bahagia
Menjadi lambang kasih berpanjangan
Hentikan airmata pedih kenangan
Yang mencakar perasaan
Mekarlah bunga cinta
Seharum wangi kemboja
Mekarlah bunga cinta
Di taman kita sejiwa

Tuesday, July 12, 2011

Azril Azlina @ Restoran Omar Al Khayyam Batu Ferringhi Pulau Pinang

Azril Azlina @ Restoran Omar Al Khayyam Batu Ferringhi Pulau Pinang

Catatan 14/04/2011

Catatan ini merupakan kesinambungan dari percutian Azril dan Isteri tercinta di Batu Feringghi. Selepas tamatnya kursus isteri Azril maka kami pun terus berjalan jalan di kawasan sekitar. Antara tempat menarik yang kami telah singgah adalah di Restoran Omar Al Khayyam yang terletak di tingkat bawah tempat penginapan kami. Sebenarnya kami teringin hendak merasa makanan Arab dan disebabkan itulah kami pun singgah di restoran tersebut. Setelah makan kami pun terus meronda ronda sekitar batu Ferringhi.

Keadaan di luar restoran tersebut
.
Puan Azlina tersenyum sambil menghirup sup cendawan
.
Azril masih tersenyum sementara menunggu makanan yang Azril pesan sampai
.
Inilah roti Arab yang kami pesan telah pun sampai, apa yang kami terkejut adalah roti tersebut memang besar. Hahaha.

Sunday, July 10, 2011

Lima Bintang untuk Hentian Puduraya

Lima Bintang Untuk Hentian Puduraya

Inilah tv yang memaparkan waktu perjalanan di Hentian Puduraya. Gambar ini dirakamkan ketika Azril sampai pada 29/04/2011 yang lalu. Apa pun terima kasih pada YAB PM yang kita sayangi
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, July 01, 2011

Azril Azlina @ Batu Ferringhi Pulau Pinang

Azril Azlina @ Batu Ferringhi Pulau Pinang

Catatan 13/04/2011 hingga 17/04/2011

Pada 13/04/2011 yang lalu isteri tercinta Puan Azlina berkursus di Batu Ferringhi Pulau Pinang. Kursus yang dihadirinya adalah berkaitan dengan Penyedaran Jantung dan Paru paru atau bahasa Inggerisnya dipanggil Cardiopulmonary resuscitation CPR. Kehadiran Puan Azlina disini dengan menaiki pesawat kebanggan negara kita iaitu pesawat Penerbangan Malaysia atau MAS disebabkan semua kos penginapan dan pengangkutan ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikannya. Puan Azlina juga datang ke sini dengan 2 orang kawan kawanya yang juga merupakan peserta kursus tersebut yang merupakan rakan sekerjanya. 

Seperti biasa selepas balik dari kerja di Bukit Mertajam Azril pun terus pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk mengambil isteri Azril dan kami pun terus balik ke hotel yang telah siap ditempah. Pada malamnya kami pun terus ke nerjalan jalan sekitar bandar George Town dan beberapa tempat yang menarik yang ada disini. Setelah penat berjalan jalan kami pun pulang ke hotel dan tidur.
Pada keesokkan harinya iaitu pada 14/04/2011 seperti biasa iaitu di hari berkerja Azril pun memulakan perjalanan dari Batu Feringhi ke Bukit Mertajam pada jam 6.20 pagi dan pada pukul 7.40 pagi Azril pun sampai di Bukit Mertajam manakala isteri Azril pula pada jam 8.30 pagi dia pun meninggal bilik hotel menuju ke tempat kursusnya. Setelah balik kerja pada jam 5 petangAzril pun terus ke Batu Feringhi dan pada pukul 6 petang Azril pun sampai. Sesampainya Azril disana isteri tercinta pun bercerita tentang kursus yang dihadirinya  dan pengalaman yang ditempuhinya. Pada malamnya seperti biaasa kami pun meronda sekitar Pulau Pinang dan beberapa tempat menarik disini. 

Pada keesokkan harinya 15/04/2011 seperti biasa Azril ke tempat kerja manakala isteri tercinta akan berkursus dan pabila balik kerja kami pun terus keluar meronda ronda sekitar. Pada 16/04/2011 iatu di hari Sabtu Azril pun tinggal di bilik hotel manakala isteri azril pergi berkursus. Selepas balik dari kursus kami pun terus meronda di sekitar Empangan Telok Bahang dan pantai Batu Feringhi. Pada malamnya Azil dan isteri tercinta terus ke Taman Permata iaitu di rumah mak dan ayah Azril yang juga mak dan ayah mertua Puan azlina untuk makan malam disana. Selepas kami makan kami berborak dan kami pun pulang semula ke Batu Feringhi.

Pada 17/04/2011 yang merupakan hari terakhir isteri tercinta berkursus disini, selepas habis kursus Puan Azlina dan Azril pun bersiap untuk daftar keluar dari hotel dan kami pun menuju ke Lapangan terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Setelah sampai Puan Azlina dan kawan kawanya terus menebus tiket pewasat dan kami pun berehat sebentar. Akhirnya detik detik yang Azril tidak ingini terjadi juga sewaktu panggilan untuk penumpang pesawat Penerbangan Malaysia MH 1149 iaitu pesawat yang akan dinaiki oleh isteri Azril dan kawan kawanya dimana panggilan tersebut menyuruh semua pemegang tiket agar masuk ke tempat khas dan untuk berlepas. Azril memang berat hati sangat hendak melepaskan isteri Azril pulang tetapi apakan daya Puan Azlina terpaksa pulang disebabkan dia berkerja pada keesokkan harinya, apa yang azril terdaya adalah untuk menahan diri dari sedih. Kalau diikutkan hati memang Azril sedih sangat tetapi apakan daya dan jika Azril sedih tentu Puan Azlina akan bertambah kesedihannya. Puan Azlina bersalamana dengan Azril dan dia pun membawa begnya masuk ke tempat khas tersebut setelah 10 minit kemudian Azril pun balik. 

Setelah keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Azril pun terpandang akan pesawat Penerbangan Malaysia dan Azril pun menunggu sehingga pesawat tersebut berlepas barulah Azril bergerak meninggalkan Lapangan Terbang.

Keadaan sayap pesawat Penerbangan Malaysia yang dirakamkan oleh Puan Azlina
.
Puan Azlina melakukan demontrasi CPR dan gambar tersebut dirakamkan oleh kawan kawannya yang merupakan perserta kursus
.
Keadaan pantai Batu Ferringhi Pulau Pinang
.
Azril dihadapan pintu masuk D Feringghi Inn
.
Kita duduk dulu
.
Puan Azlina berlatarbelakangkan lobi tempat penginapan kami
.
Keindahan Empangan Telok Bahang Pulau Pinang
.
Panas sampai tak boleh nak bukak mata
.
Batu batu yang terdapat di Empangan Telok Bahang
.
Masih lagi tersenyum walaupun kami tepat memndang kearah matahari
Kekasih sejati dunia dan Akhirat
.

Kami ketika di pantai Batu Feringhi
.
Puan Azlina ketika di lobi hotel tempat berkursusnya
.
Isteri tercinta di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
.
Walau datang ujian dan pelbagai dugaan yang melanda kita namun cinta kita tetap kukuh dan terus berbunga. Semoga cinta kita kekal dunia dan Akhirat
.
Tiket kapal terbang Isteri Tercinta
.

Puan Azlina ketika sampai di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan
.

Wednesday, June 29, 2011

Aku Dah Tahu Dah

Aku Dah Tahu Dah
.
Sejak dari tahun 1938 ia mengajar dan bercerita serta mempuk semangat perjuangan yang tiada batasan sehingga kini. Kali ini ia mengajar aku tentang satu pengetahuan yang aku agak kabur iatu mengenai kamera. Sungguh banyak jasamu wahai Utusan Malaysia. Pengiktirafan 5 bintang dariku untukmu kerana jasamu yang banyak dan pengetahuan yang telah dicoretkan dari dahulu hingga kini.

Baiklah penceritaanku bermula disini.......
2 bulan yang lepas Azril ada terbaca didalam Utusan Malaysia iatu di ruangan mega mengenai cara berkamera yang betul dengan menggunakan kamera kompak dan bagaimanakah hendak menghasilkan imej yang baik dan menarik. 5 minit kemudian, Azril pun terus mencuba teknik yang diajarkan dan keputusannya amatlah memeranjatkan dan Azril terpegun sementara. Hasil yang diajarkan oleh Utusan Malaysia adalah seperti dibawah

Rencana yang diterbitkan di Utusan Malaysia
.
Menggunakan mod dedaun untuk menampakkan lebih hijau
.
Penyesuaian imej agar nampak lebih menarik 
.
Menggunakan teknik mod siang agar dapat merakam imej matahari
.
Penggunaan mod siang dapat memudarkan cahaya matahari dan menampakkan imej lebih terang dari segi warnanya
.
Penggunaan mod makro dapat membuatkan imej yang kecil lebih terang dan tajam
.
.............................
.................
......
.