Monday, July 30, 2012

Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1432H

Majlis Perarakan dan Perhimpunan Ummah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1432H 

Catatan 05/02/2012
Pada 05 Februari 2012 yang lalu, Azril dan rakan sekerja yang lain menyertai Majlis Perarakan dan Perhimpunan Ummah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1432H. Kekuatan kontijen adalah sebanyak 50 orang dan kami memulakan perarakan pada jam 8 pagi di Padang Kota Lama dan perarakan berakhir di Dewan Sri Pinang.

 Antara rakan sekerja yang turut serta dalam perarakan
.
Azril ketika di hadapan Dewan Sri Pinang
.

Sunday, July 29, 2012

Azril Masuk Wad

Azril Masuk Wad

Catatan : 24 - 26 Januari 2012
Lokasi : Kuantan
Sebab : Demam panas mengejut

Apa yang penting sekarang ini Azril telah pun keluar dari wad dan pengalaman tidur dalam wad merupakan pengalaman yang tidak dapat Azril lupakan walaupun Azril ditemani oleh isteri tercinta yang menjaga Azril ketika di wad tempohari. Terima Kasih sayang.....

Terima kasih buat Abah Mertua Tuan Ahmad bin Darus dan Mak Mertua Puan Halijah Binti Ahmad serta kak ipar Puan Azilawati kerana sudi melawat Azril di wad.

 Ayaq tak tau nak masuk banyak mana
.
Perut dan kepala dok sakit
.
 Tangan pun kena label
.
 Dah boleh senyum lepaih 2 hari dok wad
.
Satgi boleh keluaq dah
.

Saturday, July 28, 2012

Tak Kisah Naik Apa Pun Janji Boleh Sampai Ke Kuantan

Tak Kisah Naik Apa Pun Janji Boleh Sampai Ke Kuantan 

Sejak mendirikan rumahtangga dengan Puan Azlina sejak 2008 lagi, setiap minggu Azril akan mengunakan pengangkutan awam untuk ke Kuantan dari Bukit Mertajam. Kebiasaannya Azril akan menggunakan pengangkutan awam seperti bas ekpress untuk balik sana. Cuma sekali sekala sahaja barulah Azril akan menaiki penangkutan darat yang lain untuk kesana seperti kereta. Antara punca kekerapan Azril menaiki bas adalah kos untuk kesana. Jika Azril menaiki kereta, kos ke sana adalah sebanyak RM 350 pergi dan balik manakala jika Azril menaiki bas ekpress kos adalah RM 100 saja pergi dan balik. 

Tapi kali ini dengan promosi hebat dari syarikat pengangkutan udara dan ini juga membolehkan Azril menaiki pengangkutan udara untuk ke Kuantan. Antara pesawat syarikat penerbangan yang selalu Azril naiki adalah Penerbangan Malaysia dan Penerbangan Firefly, ini adalah disebabkan syarikat tersebut menawarkan tambang yang berbaloi untuk ke Kuantan. Cuba bayangkan harga tiket sehala dari Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Pahang hanya RM 50 jika Azril menaiki pesawat Firefly.

 Azril ketika menaiki pesawat Firefly
.
Yang ni bukan dalam kapai terbang tapi dalam keretapi nak pi Lapangan Terbang


Tak kisah apa pun janji boleh sampai awai kat sana dengan kadar yang murah

Friday, July 27, 2012

Diari Mingguan Azril Azlina - Awal Januari 2012

Diari Mingguan Azril Azlina - Awal Januari 2012

Catatan 07 Januari 2012
Seperti biasa dan setiap minggu dari sejak dari 2008 lagi, Azril akan pulang ke Kuantan pada hari Jumaat malam dan sampai di Kuantan pada awal pagi. Seperti biasa dan hampir setiap minggu, perbincangan dan permulaan bicara akan bermula di meja makan.

Azril   :   Ada apa apa perancangan ke harini?

Azlina :   Tak ada rasanya, abang pulak.

Azril   :   Abang rasa nak pi bandar Kuantan sat sebab nak pi beli tiket bas.

Azlina :   Oh ya, lupa ayang nak cakap, apa kata kalau lepas kita pi tiket bas kita pergi Kuantan Megamall

Azril   :   Boleh jugak, tapi kita nak beli apa kat sana?

Azlina :   Ayang nak ajak abang main boling

Azril   :   Ok juga, sebab kita tak pernah main boling sekali pun.

Azlina :   Hari Ahad pulak, abang nak pergi mana?

Azril   :   Jom kita pi Kuala Lumpur

Azlina :   Ok juga, apa urusan kita kat sana nanti

Azril   :   Abang ada barang nak beli.

 Puan Azlina memilih bola boling yang paling ringan
.
 Bola yang mana nak ambik ni, tak tau yang mana
.
 Kita dok sat
.
Jom kita jalan jalan lagi
.

Thursday, July 26, 2012

Azril Azlina berjalan jalan di negeri Melaka

Azril Azlina Berjalan-Jalan Di Negeri Melaka
.
Catatan 31 Disember 2011
Catatan ini merupakan kesinambungan dari percutian kami di Tanah Tinggi Genting dan lawatan kami ke Muzium Negara serta makan malam kami yang indah di Taman Tasik Titiwangsa dan tempat yang menarik disekitarnya.

Setelah Azril dan isteri tercinta balik dari makan malam di Taman Tasik Titiwangsa kami pun balik di tempat penginapan kami yang terletak di Jalan Tun Razak. Nasib menyebelahi kami apabila kami sampai di sana jam baru sahaja menunjukkan pukul 11.00 malam. Setelah kami baru sahaja hendak melelapkan mata kami dikejutkan dengan satu dentuman kuat dan terasa lantai seperti bergegar. Rupa-rupanya mercun dan bunga api dimainkan sempena menyambut 1 Januari, kami meluru ke tingkap bilik penginapan kami dan kami pun dapat melihat beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur dilimpahi dengan cahaya bunga api berwarna warni.

Catatan 01 Januari 2012
Awal awal pagi Azril dan Puan Azlina bangun dan terus bersiap dan pada jam 10 pagi kami terus daftar keluar dan bergerak meninggalkan tempat penginapan kami. Lokasi seterusnya adalah di Taman Mulia yang terletak di Bandar Tun Razak. Tujuan Azril dan isteri tercinta ke sana adalah untuk menziarahi sepupu dan Pak Saudara Azril yang tinggal disana. Sejam kemudian kami bergerak meninggalkan Bandar Tun Razak menuju ke negeri Melaka untuk menyelesaikan beberapa urusan kami disana.

Setelah habis urusan kami di Melaka, Azril terus menelefon adik Azril iaitu Koperal Azil Fikri yang tinggal di Taman Seri Aman Melaka, tujuan Azril menelefon adik Azril adalah untuk memaklumkan padanya yang kami ingin kesana. Setengah jam kemudian kami pun sampai dan kami disambut oleh Encik Fikri dan isterinya Puan Faezah. Setelah sampai kami pun beramah mesra dan bersembang antara satu sama lain dan kami pun makan durian yang terdapat disana.

Setelah makan durian, kami bersembang antara satu sama lain dan Encik Fikri memaklumkan pada Azril yang Puan Faezah akan memasak makanan istimewa iaitu Tom Udang Galah di waktu tengahari nanti. Setelah sampai waktu tengahari kami pun makan makananan yang disajikan dengan begitu berselera sekali. Setelah makan kami pun berehat, Azril dan Fikri terus bersembang anatara satu sama lain dan adik Azril pun membawa Azril pergi meronda disekitar kawasan tempat tinggalnya.

Pada sebelah malamnya Azril dan Puan Azlina bergerak meninggalkan Taman Seri Aman Melaka untuk balik ke rumah kami yang terletak di Kuantan. Setelah menempuh perjalanana selama 5 jam, kami pun sampai di Kuantan.

Durian yang sedap
.