Thursday, May 15, 2008

Aku Kena Apendik

Aku Kena Apendik

Asalamualaikum, Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Besar Rasulullah s.a.w.

Aku amat bersyukur sehingga hari ini aku masih dapat bernafas didalam dunia yang fana ini.

Minggu lepas aku kena apendik waktu lepas aku membersihkan kuartes. Aku mula sakit perut yang teramat sangat pada pukul 2.00 petang. Sampai malam sakit perut masih tak hilang. Aku pun tak tahu nak buat apa sakit yang teramat sangat sampai nak berdiri pun tak boleh. Aku pernah kemalangan motor walau luka macam mana pun sampai terkoyak isi pun tak sesakit apendik.

Aku makan dalam setengah jam muntah sampai tak boleh nak keluar apa yang aku makan tadi. Mak Ayah aku suruh aku pi je kat hospital tapi aku kata nanti sakit aku hilang, sampai malam tak hilang. Tunang aku telefon malam tu suruh aku pi hospital, aku pun kata tak apa nanti sakit perut hilang. Akhirnya selepas gagal menahan sakit yang teramat sangat pada pukul 2.00 pagi aku pi hospital.

Dipendekkan cerita aku kena tahan wad, dari Hospital Bukit Mertajam aku dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya. Pukul 4.00 pagi aku masuk wad Hospital Seberang Jaya sakit yang teramat sangat sampai aku tak tidur malam tu.

Waktu pagi tu Radzi, Abang Jo, Kak Su (isteri abang Jo) datang melawat aku, mak adan ayah pun sampai. Akhirnya aku pun dibedah.

.....................................................................................................................................................

Ramai kawan kawan melawat aku antaranya Radzi, Jo dan Isteri, Abang Jo dan Isteri, Safar dan isteri dan Zaidi serta Azhan. Mak pun datang bawa adik adik datang. Esoknya ramai kawan kawan dengan satu van datang antaranya Pn Rohimi, Pn Zaiton, Pn Aishah, dan ramai lagi termasuk Abg Zali dan Abang Jo NS.

Selepas itu aku dibenarkan pulang ke rumah. Tunang aku telefon sambil menangis kerana tak dapat datang kerana ia terpaksa bertugas di klinik kerana minggu itu dia jururawat bertugas di Klinik. Tak apa kalau nak datang tentu jauh kerana perjalan memakan masa satu hari jika menaiki bas dari Pahang ke Bukit Mertajam.

Akhirnya hari ni aku pun hantar kad kahwin ke pejabat dalam keadaan sakit akibat pembedahan. Cuma kawan kawan pejabat sahaja yang aku sempat hantar kad. Yang lain aku tak sempat nak hantar kad. Aku minta maaf banyak banyak kepada kawan kawan lain.
Dalam masa 3 hari lagi aku nak ke Pahang untuk melansungkan majlis akad nikah dan majlis perkahwinan aku.

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

No comments: