Asalamualaikum semua
Respek diri anda, Respon pada persekitaran, Cari masa untuk Rehat.
Tentu ada orang tanya kenapa pilih 3R jadi tajuk utama, tak apa nanti aku hurai satu persatu.
Dalam masa sebulan setengah lagi aku dah nak kawin dan bermakna aku kan mengakhiri zaman teruna aku yang selama 28 tahun ini.
Mak aku dah mula start buat bunga telur dan barangan lain. Persedian demi persediaan telah dilakukan sampai ke Bukit Kayu Hitam aku dan mak ayah pergi untuk bei bunga telur.
Kami semua sibuk membuat persediaan perkahwinan ini adalah kerana kenduri yang pertama.
Baju aku dah siap kesemuanya baju akad nikah, baju kenduri kat Pahang dan Baju kenduri kat Taman Permata.
Kesemua dugaan bertunang telah aku atasi dengan cara yang terbaik.
Aku nak tanya antara mulut tempayan dan mulut orang, mulut siapa yang besar?
Aku jamin 100 peratus jawapannya adalah mulut tempayan. Tapi yang naehnya mulut tempayan boleh ditutup tetapi mulut orang memang tak boleh ditutup.
Itulah perbezaan ketara antara mulut orang dan mulut tempayan.
Contonya sewaktu masa awal pertunangan aku dahulu semua sibuk nak tengok gambar tunang aku, tiba tiba mereka mengata kat belakang.
Kenapa tak berani kata depan depan takut ka, awat hangpa ingat hangpa cantik sangat ke? Biarlah kat aku, aku nak kawin dengan sesiapa pun kenapa hangpa kisah, aku tak kacau duit hangpa sekupang pun. Kecantikan bukan segalanya, kalau nak harap muka je canti tapi perangai macam setan gondol nak buat apa..
Lepas tu meletup cerita barangan hantaran pula.
Kami punya suka lah beli barang aopa pun untuk hantaran kami kenapa semua orang nak sibuk mak dan ayah kami pun tak kata apa.Tolong lah jangan kacau kehidupan kami
Aku rasa depa selalu kata kat aku mungkin sebab depa selalu tengok aku selalu senyum kot. Hahaha.
Ok lah aku berhenti dari membebel yang bukan bukan.
Ok lah aku minta maaf kalau sapa sapa yang terasa dengan kata kata aku tadi.
Aku suka pendekatan 3R iaitu
Respek diri anda dari mengumpat yang bukan bukan, manalah tahu takut terkena pada keluarga sendiri malu anda nanti orang kata "Tu lah hang suka sangat mengumpat orang"
Respon pada persekitaran, bukan apa anda mengumpat kat orang tapi seribu orang tahu rahsia anda. Takut takut orang yang ada umpat tu boleh tampar muka anda.
Rehat iaitu cari masa untuk rehat dari memikirkan apa yang nak diumpat kepada orang lain. Bawalah keluarga anda berehat tengok sama keluarga anda, jauhilah benda benda yang anda umpat dari keluarga anda.
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
1 comment:
Sabar dik, jangan marah.
Jangan marah sangat nanti tak berseri majlis perkahwinan.
Hang dah cek doktor ke sebelum hang kawin, muka hang nampak macam sakit je?
Post a Comment