Tuesday, December 01, 2009

Awasi perangkap laman web anti hadis

Awasi perangkap laman web anti hadis

Kebebasan bersuara dan juga konsep dunia tanpa sempadan dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memberi ruang kepada percambahan ilmu.

Namun demikian, hadis atau sunah Rasulullah tidak dijamin akan terpelihara seperti al-Quran. Ia menyebabkan ada usaha pihak tertentu yang menolak hadis sebagai salah satu sumber hukum Islam.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto SHAIFUDIN MOHD. NOR menemu bual pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman untuk mengupas persoalan ini.

UTUSAN: Dalam keghairahan mendalami Islam, apakah panduan untuk mengelak daripada terjebak dalam kumpulan anti hadis?

DR. FAUZI: Belajar atau menuntut ilmu sangat digalakkan dalam Islam. Banyak ayat al-Quran dan juga hadis yang menggalakkan kita menuntut ilmu.

Cuma yang penting ialah kita perlu memastikan siapakah guru kita atau dengan siapa kita nak berguru. Adakah guru itu cukup syarat dengan kata lain mempunyai autoriti atau kepakaran dalam bidangnya terutama yang berkaitan dengan Islam, maka teruskan.

Masalahnya, ada di antara kita yang mudah terpegun, terpesona dan terpengaruh dengan idea golongan tertentu tanpa bersandarkan kepada akademik.

Ada di kalangan masyarakat Islam yang mudah terpesona dengan idea-idea seseorang walaupun tidak mengetahui latar belakangnya terlebih dahulu.

Ini bukan sahaja melibatkan soal anti hadis tetapi juga perkara-perkara yang karut-marut. Sebab itu dalam mempelajari agama, hendaklah kita mencari guru yang layak. Maknanya guru itu perlu memiliki kelayakan yang diiktiraf.

Terdapat laman web khusus yang membicarakan soal Islam yang beroperasi bertopengkan Islam tetapi sebenarnya mengembangkan ideologi anti hadis. Apakah cara membanteras hal ini?

DR. FAUZI: Menggunakan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam perkara ini adalah sangat dituntut. Ini juga adalah bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Anfaal: 60 yang menyuruh kita mempersiapkan diri menghadapi musuh.

Dalam era hari ini, mempersiapkan diri berhadapan musuh termasuk melengkapkan diri dengan keupayaan menggunakan ICT. Ini termasuklah kepada golongan pendakwah.

Melalui ICT, liputannya lebih meluas. Islam pun tidak pernah memusuhi teknologi tetapi yang kita banteras dan musuhi ialah teknologi yang digunakan bagi tujuan yang tidak baik atau menyesatkan umat. Perbuatan sebegini bukan sahaja membazirkan masa, tenaga tetapi juga buah fikiran.

Ringkasnya, perbuatan golongan anti hadis menyebarkan maklumat menerusi laman web ini tidak sepatutnya berlaku. Ingatlah, kita akan bertanggungjawab di depan Allah di akhirat kelak atas segala perbuatan kita di dunia ini.

Mereka ini sudahlah sesat tetapi menyesatkan orang lain pula.

Alangkah baiknya, jika kepakaran ICT itu digunakan untuk membangunkan umat melalui pengembangan ilmu yang hak dan hikmat.

Oleh itu, pihak berwajib perlu mengawal dan memantau kewujudan laman-laman web begini. Apa guna ada buku yang diharamkan penerbitannya tetapi boleh dimuat turun secara percuma melalui Internet.

Sebab itu, saya mengesyorkan perlu diwujudkan urus setia atau pasukan khas menangani hal ini. Jangan lagi kita bertangguh.

Islam telah menggariskan sumber hukum itu terbahagi kepada al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias. Apakah status golongan yang hanya berpegang kepada al-Quran sahaja?

DR. FAUZI: Menolak hadis bermakna mengingkari perintah Allah supaya kita taat kepada Rasulullah seperti juga taat kepada Allah. Hal ini banyak kali dijelaskan dalam al-Quran. Antaranya: Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. (al-Anfal: 20).

Saya acapkali menjelaskan bahawa perbuatan menolak hadis ialah isu lama yang diberi penjenamaan semula. Sekarang ia dibawa oleh golongan orientalis, dulu oleh fahaman muktazilah.

Hal ini berlaku antaranya akibat pertembungan pemikiran Barat. Mereka ini terikut-ikut kononnya pandangan Barat lebih saintifik sehingga terkeliru.

Menurut ulama terkenal, Dr. Mustaffa Al-Siba’i, anti hadis wujud kerana mereka ini gagal merujuk sumber Islam daripada sumber yang jernih.

Yang kedua, golongan ini ada kaitan dengan rasa terpegun dengan tradisi ilmiah kononnya golongan anti hadis ini lebih liberal, menggunakan logik akal dan sebagainya.

Faktor ketiga berkait dengan rasa bangga apabila mereka dikatakan orang yang berfikiran bebas atau free thinker.

Umat Islam telah diberi amaran agar tidak menyalahi rasul. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya: Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah rasul takut akan ditimpa fitnah cubaan atau ditimpa azab yang pedih. (an-Nur: 63)

Bagi golongan yang menolak hadis ini, bagaimana mereka mahu beramal?

DR. FAUZI: Inilah persoalan besar bagi golongan anti hadis. Sebabnya, dalam kehidupan seharian kalau kita bergantung kepada al-Quran sahaja banyak perkara yang kita tidak tahu. Semua benda asas dijelaskan menerusi hadis.

Tanpa hadis, kita tidak tahu bagaimana hendak menjalankan proses nikah kahwin misalnya. Begitu juga persoalan berkaitan solat.

Di dalam al-Quran sendiri terdapat lebih 40 ayat yang menganjurkan kita merujuk kepada Rasulullah. Maknanya merujuk kepada hadis.

Pandangan mengatakan hadis hanya valid semasa hayat baginda juga adalah tidak tepat. Ini dijelaskan oleh al-Quran: Dan tidaklah yang diucapkan itu menurut kemahuan nafsunya. Ucapan itu hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (al-Najm: 3-4)

Bagaimanakah golongan ulama dan ilmuwan Islam dapat membantu dalam berhadapan dengan ‘serangan’ menerusi ICT begini?

DR. FAUZI: Ulama kita pun harus mempunyai kemahiran asas menggunakan ICT. Ini bagi memudahkan mereka menjawab sebarang isu yang dibangkitkan. Jika tidak, ulama akan gagal berperanan sebagaimana sabda Rasulullah, ulama itu adalah pewaris nabi.

Motif golongan anti hadis ini amat jelas. Pertamanya, mereka menyerang Nabi Muhammad. Kedua, adakalanya mereka turut mempertikaikan al-Quran dan ketiga, perbuatan itu turut melibatkan para sahabat baginda.

Apabila ketiga-tiga hal ini dipertikaikan, maka apa lagi yang tinggal kepada umat Islam. Apa yang pasti, usaha mereka yang berjalan sejak dulu ini tidak pernah berhenti.

Dalam hal ini, kita perlu usaha yang kolektif terutama melibatkan pihak berwajib. Seperkara lagi, kalau perlu kita boleh mengadakan dialog tertutup dengan golongan yang ahli. Kalau dialog terbuka, ia tidak akan berhasil menyelesaikan isu ini.

Bekas Timbalan Rektor Universiti al-Azhar, Prof. Dr. Musa Sharin Lashin pernah berkata, golongan yang menolak hadis ini sama seperti menolak nabi dan menolak syariat Islam.

Pepatah Inggeris menyebut, don't judge a book by its cover. Tetapi dalam masyarakat kita, kalau berjubah, berserban pasti hebat ilmu agama. Benarkah penilaian sedemikian?

DR. FAUZI: Islam tidak ada uniform khas. Jangan kita tertipu dengan imej luaran. Sebaliknya kita kena tengok apa yang individu itu kata, bukannya siapa yang berkata. Selagi ia bertepatan dengan al-Quran dan hadis, bolehlah ia diterima. Jika sebaliknya, walaupun orang itu memakai jubah atau berserban besar pun, jangan kita terima kata-katanya bulat-bulat.

Memanglah ulama dahulu seperti Imam Malik apabila hendak bersyarah tentang ilmu hadis, beliau akan berpakaian cantik. Itu adalah antara adab. Cuma kita jangan terpesona dengan mazahir. Tidak semestinya berjubah itu orang yang mahir ilmu agama.

Dalam sejarah Islam, gerakan anti hadis bukanlah perkara baru. Namun, soalnya mengapa golongan ini terus mendapat tempat dalam sesetengah masyarakat.

DR. FAUZI: Sebab utamanya ada di antara ilmu Islam yang tidak menyeluruh. Kedua, mahu jalan singkat menuntut ilmu agama. Walhal tidak ada jalan pintas dalam menuntut ilmu.

Yang ketiga, terpesona dengan pendekatan oleh golongan yang anti hadis.

Islam tidak menolak logik tetapi ia perlu dibatasi oleh wahyu. Malangnya, golongan khalayak yang kurang maklumat tentang Islam akan melihat kepada apa yang sesuai dengan mereka. Ini secara tidak langsung menyebabkan mereka masuk perangkap.

sumber http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

..............................................................................................

Agar berharap agar kawan kawan yang membaca blog ini berhati hati dengan laman web anti hadis.

Wallahualam...............

Monday, November 30, 2009

Ayat Ayat Cinta

Lirik Lagu Ayat Ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Nyanyian oleh Rossa

..............................................................
.................................................
..................
....
.

Aku cukup minat dengan kata kata dalam nyanyian tersebut

Pertama kali aku dengar lagu tersebut aku teringatkan pada seseorang wanita yang amat aku cintai yang berada di Pantai Timur iatu Kuantan, Pahang dimana ia yang membuatkan jiwa aku bertukar dari seorang yang ego kepada seseorang yang prihatin dan mudah memahami

Selepas aku akad nikah aku rasakan satu perasaan yang tak pernah aku alami selama ini iatu cinta sejati. Cinta yang membuak membuak dan terasa seperti dasyatnya ombak memukul pantai

Mungkin inilah yang dikatakan keindahan cinta selepas kahwin dan sehingga sekarang cinta aku pada wanita itu masih tebal dan semakin bertambah dari hari ke hari.

Walaupun jarak aku dan dia adalah jauh tetapi di hati aku terdapat dia dan setiap masa aku teringatkan dia.

Wanita yang aku maksudkan tersebut adalah isteri aku yang dicintai Puan Azlina.

.....................................................

Oh sayang ......... percayalah abang cukup cintakan sayang...............

Walaupun abang tak tahu sampai bila kita akan hidup berjauhan tetapi apa yang pasti cinta abang pada sayang cukup kuat......... abang cintakan sayang dunia dan Akhirat

..............................................................
.................................................
..................
....
.


Aku tak kisah apa orang nak kata tentang post ini yang sungguh jiwang ini. Apa yang pasti aku berjaya coretkan apa yang teersimpan di hati aku

Wednesday, November 25, 2009

Ayahanda Dan Bonda Ke Tanah Suci Makkah

Ayahanda Dan Bonda Ke Tanah Suci Makkah

Catatan 08 November 2009
Hari Isnin yang lalu panggilan telefon dari pejabat Tabung Haji ibu pejabat memaklumkan bahawa ayahanda tercinta Tuan hamzah Bin Ismail dapat mengerjakan haji di Makkah. Berita ini disambut gembira tetapi yang menjadi masalah adalah ayahanda sahaja dapat pergi manakala bonda tercinta Puan iti Roselina Indrayati tidak dapat pergi kerana nama tiada dalam senarai dan kami semua menelefon pejabat tabung haji bagi bertanyakan tentang khabar tersebut dan pejabat Tabung Haji memaklumkan bahawa ayahanda sahaja yang layak.

Dan pada 8 November ayahanda, bonda dan adik adik pergi ke Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas untuk urusan penghantaran jemaah haji pada pukul 5 pagi kerana pendaftaran pada pukul 5 pagi. Pada waktu itu aku masih ada atas bas dan pada pukul 6.15 pagi aku pun sampai di terminal bas setelah solat Subuh di Penang Sentral aku pun terus ke bayan Lepas dengan menaiki motor dan pada pukul 7.15 aku pun sampai.

Hati aku begitu tersentuh melihat ayahanda dengan kepala yang bercukur dan berpakaian ihram. Ayahanda memaklumkan pada aku sebab ayah cukur kepala adalah kerana membayar nazar kerana dapat pergi ke Makkah. Kami pun terus memeriksa barangan ayahnada, manalah tahu tertinggal apa apa. Aku pun memandang pada bonda dan bonda senyum pada ku sambil bertanyakan kesihatan isteriku. Lalu adik aku pun mengambil gambar kami semua dengan mengunakan kamera telefon bimbitnya

Aku tahu bonda sedih kerana tak dapat ke Tanah Suci tapi Bonda tabah dengan masih lagi tersenyum. Ketabahan bonda telah mengajar kami untuk berdikari dan mengajar kami untuk menjadi insan yang berguna.

Pada pukul 7.45 aku pun terus kami terdengar pengumuman bahawa jemaah diminta masuk dan ahli keluarga tidak boleh masuk melintasi pagar. Para petugas Tabung Haji yang mesra tersebut telah memaklumkan pada kami semua agar berjumpa dengan jemaah dan jika jemaah telah masuk ke dalam pagar tersebut mereka tidak dibenarkan keluar dan ahli keluarga tidak dibenarkan pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kerana penghantaran jemaah diuruskan oleh bas tabung haji dan diiringi polis trafik.

Tiba tiba Pak Cik yahaya iatu adinda kepada ayahanda sampai dan beliau telah memberikan ayahanda duit Arab Saudi kerana ayahanda meminta dia menukarkan duit tersebut

Dalam keadaan sedih yang teramat sangat kami pun terus bersalam dan memeluk ayahanda dan setelah itu ayahanda pun masuk ddalam pagar tersebut maka setelah ayahanda masuk ke dalam dewan tersebut kami pun terus balik.

Pak Cik yahaya meminta agar kami pergi ke rumahnya, semua pergi ke rumah Pak Cik yahaya kecuali aku kerana aku hendak bersiap barang barang untuk berkursus di INSTUN pada esoknya.


Ayahanda dengan pakaian ihram dan dengan kepala yang bercukur
.

Ayahanda Tercinta dan Bonda Tercinta bergambar bersama. Dalam senyuman bonda menahan sedih yang teramat sangat kerana tidak dapat ke Tanah Suci
.

Dari kiri Tuan Hamzah, Cik Nur Hannah, aku dan Puan Siti Roselina
.

Aku bergambar bersama ayahanda.
.

Pada 09 November 2009 ketika di INSTUN Tanjung Malim, bonda menelefon aku dalam keadaan ceria memaklumkan pada aku bahawa bonda telah dihubungi oleh pihak Tabung haji yang memaklumkan bahawa bonda dapat pergi ke Tanah Suci dan bonda kena melaporkan diri di Komleks Tabung Haji Kelana Jaya sebelum pukul 3.30 pagi pada 11.09.2009. Syukur Alhamdulillah walaupun naik di Kelana Jaya dan tidak pergi sekali dengan ayahanda bonda dapat juga ke tanah suci. Bonda memberitahu aku bahawa supaya jangan balik dan meneruskan kursus. Ini adalah kerana sepupu aku Azim Anwar akan menghantar bonda ke Cheras dan Pak Saudara aku akan menghantar bonda ke Komplek Tabung Haji.

Pada 10.11.2009 selepas habis kelas di INSTUN pemandu instun pun menghantar aku di Stesen Keretapi Tanjung Malim dan aku pun terus menaiki KTM Komuter sehingga ke KL Sental. Setelah aku solat dan makan di Kl Sental aku pun rehat sekejap di bangku berdekatan aku menelefon isteriku dan pada pukul 10.00 malam aku pun terus ke menaiki Putra LRT yang dikenali sekarang sebagai Rapid KL ke stesen LRT Taman Bahagia.

Pada jam 12.00 tengah malam aku pun menaiki teksi ke Komplek Tabung Haji setelah rehat di satu sudut berdekatan dan pada pukul 1.00 pagi aku pun terus meronda di Bangunan Tabung Kelana Jaya dan aku pun terserempak dengan Tok Saudara aku dan mereka pun pergi juga untuk tahun ini lalu kami pun bersembang sehingga pukul 2.30 pagi.

Pada pukul 3.00 pagi bonda pun sampai bersama sepupu aku dan kami pergi daftar untuk mengambil stiker bag dan beg kecil. Pada pukul 3.15 pak saudara aku pun balik dan aku dan bonda menunggu di sana. Pada pukul 3.45 pagi petugas tabung haji menyuruh jemaah masuk dan aku pun bersalaman dengan bonda dan hati aku menjadi begitu sayu hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya aku ketika itu.

Sambil mengelap air mata yang tumpah bonda memasuki pagar di hadapan dewan dan sewaktu itu aku sempat mengambil gambar bonda dengan menggunakan kamera telefon bimbit aku, aku ambil 5 keping gambar tetapi semuanya tidak menjadi sebab kamera vga. Yang dapat hanyalah satu gambar. Di hadapan pintu dewan bonda sempat melambaikan tangan pada aku dan bonda terus masuk ke dalam dewan. Aku pun melambai balik pada bonda dalam keadaan senyum walaupun dalam hati perasaan sedih yang teramat sangat.


Dengan tenang bonda tercinta berjalan untuk memasuki dewan di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya.
.
Selepas itu aku pun balik dengan berjalan kaki ke stesen LRT Taman Bahagia yang jaraknaya adalah 3 km dan pada pukul 6.00 pagi LRT pun beropersi dan aku pun menaiki sampai ke KL Sentral. Selepas solat Subuh aku pun terus menaiki komuter ke Tanjong Malim dan pada pukul 9.00 pagi aku pun sampai dan aku pun menelefon pemandu INSTUN lalu dia mengambil aku dan terus akubalik ke asrama INSTUn danpada pada petangnya aku pun terus masuk ke kelas.

Setelah berkerja dan berusaha siang dan malam tanpa mengenal penat lelah dalam menyara keluarga dan akhirnya ayahanda dan bonda dapat ke Tanah Suci setelah ayahanda bersara.

BUAT AYAHANDA TERCINTA TUAN HAMZAH BIN ISMAIL DAN BONDA TERCINTA PUAN SITI ROSELINA INDRAYATI BINTI MOHAMED SULAIMAN SELAMAT MENUNAIKAN RUKUN ISLAM YANG KE LIMA, SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR DAN IBADAH HAJI DITERIMA ALLAH.

.............................................................................
..........................
.......

Dikesempatan ini saya Muhammad Azril, isteri Puan Azlina, adik adik Encik Azil Fikri, Encik Azam Hafiz, Cik Farah Zalina, Cik Fatimah Zahra, Encik Muhammad Muhaimin, Cik farhana Zuhaira dan Cik Nur Hannah mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji pada semua umat Islam di alam semesta ini dan semoga mendapat haji yang Mabrur.

Kami juga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Adil Adha pada semua umat Islam di Alam Semesta ini dan maafkan semua kesalahan kami jika tersilap kata dan perbuatan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMOGA IBADAH KORBAN KITA SEMUA DI TERIMA ALLAH

Tuesday, November 24, 2009

Gambar Muhammad Muhaimin Bin Hamzah

Gambar Muhammad Muhaimin Bin Hamzah

Post kali ini adalah atas permintaan adik aku yang meminta agar gambarnya disiarkan. Adik aku tersebut adalah adik aku yang ke 7 dan berumur 15 tahun sekarang ni. Nama penuhnya adalah Muhammad Muhaimin Bin Hamzah. Sekarang ni Encik Muhaimin sedang menunggu keputusan PMR. Encik Muhaimin merupakan seorang yang bijak dan pandai mengurus masa. Muhaimin sekarang bersekolah di Bukit Mertajam High School.


Gambar Encik Muhaimin sewaktu Majlis Konvokesyen USM dimana beliau mencuba jubah konvo Cik Farah Zalina
.
Gambar tersebut dirakamkan ketika berada di rumah Mak Yang semasa hari persiapan untuk kenduri Encik Azim Anwar.
.

Tuesday, November 17, 2009

Cuti cuti Malaysia Genting Highland Kali Kedua

Cuti cuti Malaysia Genting Highland Kali Kedua

Pada 17/08/2009 yang lalu aku dan isteri aku bercuti di Genting Highland. Inilah percutian yang percuma disebabkan isteri aku dapat hadiah cabutan bertuah di tempat kerjanya iatu penginapan percuma 2 hari 1 malam di Hotel Seri Malaysia.
.
Perjalanan bermula dari kuartes pada awal pagi. Kami pun terus berjumpa orang tua aku di Taman Permata dan kami pun terus memulakan perjalanan. Pada pukul 2.00 petang kami pun sampai.
.
Kami pun terus berehat dan pada pukul 6.00 petang kami pun terus menaikikereta kabel Genting Skyway dan nasib tidak menyebelahi kami apabila Taman tema Luar telah pun ditutup dan kami pun pergi ke Taman Tema Dalam sahaja. Apabila kami sampai di sana kabus begitu tebal akibat hujan lebat.
.

Kami kelihatan ceria dan gembira ketika menaiki kereta kabel Genting Skyway
.

Puan Azlina ketika di hadapan tiang pintu masuk Taman Tema Luar
.
Aku bergambar dihadapan pintu masuk Taman Tema Luar
.


Kami bergambar dihadapan alat pengukur ketinggian
.

Kami bergambar bersebelahan 'Flying Coaster'
.
Aku bergambar dihadapan Flying Coaster
.

Kami bergambar didalam kabus berlatarbelakangkan First World Hotel
.
Kami bergambar didalam kabus, sambil menggigil
.

Isteri Tercinta sempat memilih baju ketika di butik Diadora
.
Gambar dirakamkan ketika kami menaiki 'Reindeer Cruiser'
.
Aku tersenyum ketika gambar dirakamkan
.

Puan Azlina tersenyum dalam keadaan gayat ketika didalam 'Ferris Wheel'
.

Kami bergambar ketika didalam 'Rio Float'
.

Telefon..Telefon berbunyi...
.

Puan Azlina ketika dihadapan Air Pancut
.

Kami bergambar berlatarbelakangkan Hotel Genting Highland
.

Ketika hampir malam kami pun terus balik ke hotel, selepas kami sembahyang kami pun terus makan di kedai berdekatan dan kami pun terus balik ke hotel selepas itu. Pada keesokkan harinya kami pun bersiap untuk balik ke Kuantan.


Kami sempat bergambar sebelum keluar dari hotel
.
Aku memeluk wanita yang cukup aku cintai
.


Kami di hadapan pintu masuk Hotel Seri Malaysia.