Tuesday, November 24, 2009

Gambar Muhammad Muhaimin Bin Hamzah

Gambar Muhammad Muhaimin Bin Hamzah

Post kali ini adalah atas permintaan adik aku yang meminta agar gambarnya disiarkan. Adik aku tersebut adalah adik aku yang ke 7 dan berumur 15 tahun sekarang ni. Nama penuhnya adalah Muhammad Muhaimin Bin Hamzah. Sekarang ni Encik Muhaimin sedang menunggu keputusan PMR. Encik Muhaimin merupakan seorang yang bijak dan pandai mengurus masa. Muhaimin sekarang bersekolah di Bukit Mertajam High School.


Gambar Encik Muhaimin sewaktu Majlis Konvokesyen USM dimana beliau mencuba jubah konvo Cik Farah Zalina
.
Gambar tersebut dirakamkan ketika berada di rumah Mak Yang semasa hari persiapan untuk kenduri Encik Azim Anwar.
.

Tuesday, November 17, 2009

Cuti cuti Malaysia Genting Highland Kali Kedua

Cuti cuti Malaysia Genting Highland Kali Kedua

Pada 17/08/2009 yang lalu aku dan isteri aku bercuti di Genting Highland. Inilah percutian yang percuma disebabkan isteri aku dapat hadiah cabutan bertuah di tempat kerjanya iatu penginapan percuma 2 hari 1 malam di Hotel Seri Malaysia.
.
Perjalanan bermula dari kuartes pada awal pagi. Kami pun terus berjumpa orang tua aku di Taman Permata dan kami pun terus memulakan perjalanan. Pada pukul 2.00 petang kami pun sampai.
.
Kami pun terus berehat dan pada pukul 6.00 petang kami pun terus menaikikereta kabel Genting Skyway dan nasib tidak menyebelahi kami apabila Taman tema Luar telah pun ditutup dan kami pun pergi ke Taman Tema Dalam sahaja. Apabila kami sampai di sana kabus begitu tebal akibat hujan lebat.
.

Kami kelihatan ceria dan gembira ketika menaiki kereta kabel Genting Skyway
.

Puan Azlina ketika di hadapan tiang pintu masuk Taman Tema Luar
.
Aku bergambar dihadapan pintu masuk Taman Tema Luar
.


Kami bergambar dihadapan alat pengukur ketinggian
.

Kami bergambar bersebelahan 'Flying Coaster'
.
Aku bergambar dihadapan Flying Coaster
.

Kami bergambar didalam kabus berlatarbelakangkan First World Hotel
.
Kami bergambar didalam kabus, sambil menggigil
.

Isteri Tercinta sempat memilih baju ketika di butik Diadora
.
Gambar dirakamkan ketika kami menaiki 'Reindeer Cruiser'
.
Aku tersenyum ketika gambar dirakamkan
.

Puan Azlina tersenyum dalam keadaan gayat ketika didalam 'Ferris Wheel'
.

Kami bergambar ketika didalam 'Rio Float'
.

Telefon..Telefon berbunyi...
.

Puan Azlina ketika dihadapan Air Pancut
.

Kami bergambar berlatarbelakangkan Hotel Genting Highland
.

Ketika hampir malam kami pun terus balik ke hotel, selepas kami sembahyang kami pun terus makan di kedai berdekatan dan kami pun terus balik ke hotel selepas itu. Pada keesokkan harinya kami pun bersiap untuk balik ke Kuantan.


Kami sempat bergambar sebelum keluar dari hotel
.
Aku memeluk wanita yang cukup aku cintai
.


Kami di hadapan pintu masuk Hotel Seri Malaysia.

Friday, October 30, 2009

Majlis Pertunangan Farah Zalina Binti Hamzah

Majlis Pertunangan Farah Zalina Binti Hamzah
.
Pada 25/08/2009 yang lalu satu majlis diadakan di rumah orang tua aku di Taman Permata iatu Majlis Pertunangan adik aku Cik Farah Zalina Binti Hamzah. Untuk Majlis kali ini isteri aku pun turut serta dan pada pukul 8.00 pagi kami keluar dari kuartes dan seterusnya kami ke Taman Permata
.
Setibanya di Taman Permata kami pun terus tolong buat apa yang patut. Hahahaha. Antara yang ada waktu itu adalah sepupu dan mak saudara serta jiran terdekat.
.
Pada jam 10.00 pagi rombongan dari Johor pun sampai.
.

Kami menyambut ketibaan rombongan dan perbincangan dimulakan
.

Cik Farah dan Puan Eri didalam bilik ketika proses menyolek dijalankan
.

Tok Mah duduk ketika gambarnya dirakamkan
.

Hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki
.

Perbincangan masih dijalankan
.



Akhirnya Hajah menyarungkan cincin pertunangan di jari Farah
.

Cincin disarungkan dan disaksikan oleh semua.
.

Adik aku pun bergambar dengan rombongan keluarga sebelah lelaki
.

Proses menyuap gula. Tak apa darah dah manis. Hahahaha
.

Semangkuk gula yang hendak disuapkan pada Farah
.


Pasangan cinta sejati yang membara tengah bergambar
.

Dari kiri Cik Farah, Mak Cik Roseminah, Bonda Tercinta Puan Roselina, Mak Yang dengan cucunya dan Tok Mah
.

Ayahanda Tercinta Tuan Hamzah berbincang sesuatu dengan adindanya Pak Cik Yahaya
.

Akhirnya kek bertunang pun dipotong
.

Selepas majlis tersebut maka tetamu yang datang pun balik, 2 jam kemudian aku dan isteri aku pun balik ke kuarters. Pada malamnya kami pun pergi semula ke Taman Permata untuk makan malam dan pulang semula ke kuarters selepas itu.

Thursday, October 29, 2009

Majlis Merisik Farah Zalina

Pada 24/03/2009 yang lalu, bersamaan dengan hari Rabu satu majlis diadakan di rumah orang tua aku di Taman Permata iatu Majlis Menyambut Rombongan Merisik yang datang dari Selatan tanahair iatu Johor. Mereka datang adalah untuk merisik adik aku yang ke4 Cik Farah Zalina Binti Hamzah.

Sewaktu itu aku baru saja pulang dari tempat kerja terus aku ke Taman Permata dan disana Mak Yang (Mak saudara) aku dan ramai lagi jiran jiran datang menolong untuk masak dan lain lain lagi. Isteri aku tak datang sebab pada hari tersebut dia oncall.

Pada jam 6.00 petang, majlis pun bermula. Rombongan dari terdiri dari Mohd Zuhri dan ahli keluarganya dan mereka datang dengan 2 buah kereta.


Antara rombongan keluarga Zuhri yang datang
.

Adik ketika didalam bilik
.

Cik Farah Zalina dan Cik Fatimah Zahra
.

Rombongan dar Johor dan kana sekali adalah Tuan Haji Sharif iatu bapa kepada Encik Zuhri
.



Perbincangan ditambah bunga bunga pantun
.


Akhirnya Farah dipanggil ke ruang tamu kerana ibu bapa pihak lelaki ingin mengenali Farah dengan lebih dekat
.

Akhirnya cincin merisik disarungkan kejari Cik farah
.

Dari kiri Puan Eri, Encik Azim dan Cik Izah
.


Akhirnya rombongan pun dijamu dengan pulut kuning istimewa Pulau Pinang
.

Farah mendukung anak saudara pupunya
.

Farah dan Zuhri
.


Dari kiri Ayahanda tercinta Tuan Hamzah, Bonda tercinta Puan Roselina, Mak Yang Puan Roseliah(kakak mak), Cik Farah dan Puan Eri
.

Dari kiri Pak Cik Yahaya (adik ayah) dan Mak Roseminah.
.

Fatimah yang ceria sepanjang masa cuma sekali sekala emosinya terbabas
.



Cik Farah Zalina dan Cik Fatimah Zahra