Wednesday, February 27, 2013

Azril Azlina di Laluan Salji I-City Shah Alam

Azril Azlina di Laluan Salji I-City Shah Alam

Lokasi : I City Shah Alam, Selangor darul Ehsan
Tarikh : 11 Februari 2013

Baru masuk tak sampai seminit pun dah sejuk dah ni abang 
Tak apa lah, ayang nak duduk dulu kat sini
Jom kita jalan jalan, lepaih kita pusing kita keluaq tau
Kat dalam ni sejuk tapi kenapa ukiran dalam ni macam dah cair saja abang?
Rasa rasa depa buat ukiran tu kemarin kot ataupun kemarin dulu sebab tu  dia dah cayaq, suhu dalam ni 5 bawah tahap beku takkan boleh bagi cayaq ais kalau depa buat ukiran harini. Laing lah macam kuda lampu ni, takkan cayaq sebab dia buat dari lampu dan bukannya ais
Abang ambik gambar ayang dalam iglu ni
Sekarang ni ambik pulak gambaq abang dalam depan iglu ni, tak boleh nak masuk kat dalam sebab iglu ni kecik sangat
Muka ayang pun macam nak beku dah ni, jom kita keluar dari sini abang

Monday, February 25, 2013

Kemaskini Sistem Android 4.2.2

Kemaskini Sistem Android 4.2.2

Kegembiraan kali ini yang ingin Azril kongsikan adalah berkenaan dengan kemaskini perisian Android versi 4.2.2 yang terbaharu.

Pemberitahuan yang membuatkan Azril menjadi ceria.
.
Sistem mula semula telefon pintar
.
Keterangan bagi telefon Goole Galaxy Nexus
.
Keterangan bagi telefon Google Nexus 4
.
Gula gula kacang merah yang selalu senyum  dan masih tersenyum sehingga sekarang
.

Masih lagi tersenyum sehingga mereka tahu mereka akan digantikan nanti
.
Antara paparan yang terbaharu adalah ia akan menyiarkan waktu muat turun yang sebelum ini ia akan menyiarkan nombor dalam peratus sahaja

Wednesday, February 20, 2013

Percutian Azril Azlina

Percutian Azril Azlina 
Tarikh : 1-2 Februari 2013 
Lokasi : Kijal, Terengganu darul Iman 

Setelah pulih dari demam yang dideritai oleh Azril dan habisnya tempoh kuarantin, maka Azril dan isteri tercinta pun pergi bercuti bagi merehatkan minda dan menenangkan fikiran di sebuah negeri yang berdekatan dengan negeri Pahang iaitu negeri Terengganu darul Iman.

Mai duduk sini dulu, jom kita maing cator gergasi ni
 Abang jom kita ronda ronda sekitar ni
.
Boleh, kita ronda tapi tak tau pasai pa basikal ni rasa kecik sangat
.
Ayaq laut punyalah deraih sampai naik berkabus bila ombak dok hempaih kat pantai
.
Abang tahu tak, laut sekarang ni bergelora dan tanda amaran telah dinaikkan dan kita tidak dibenarkan mandi laut.
.
Kalau macam tu takpa, kita cuma maing ayaq laut saja sampai basah baju. Takpa kita bukan mandi laut pun, cuma maing ayaq laut saja
.
 Jom kita ambik gambaq sat baru kita makan nasik
.
 Cantik betoi congkak kayu ni, kalau maing congkak besaq macam ni tentu boleh menang
.
 Jom kita makan kenyang kenyang sebab satgi dah nak balik dah
.
Sebelum balik kita lepak kat sini dulu. Kalaulah setiap hari macam ni kan baguih.....
----

Friday, February 15, 2013

Azril Masuk Wad 2013

Azril Masuk Wad 2013


Tarikh : 23 - 26 Januari 2013
Lokasi : Kuantan
Sebab : Demam panas mengejut

Hari pertama Azril masuk wad, suhu badan Azril adalah 39.5 darjah Celcius dan Azril hanya dapat berbaring bagi melegakan kesakitan yang dialami oleh Azril. Azril bersyukur pada Allah S.W.T kerana menganugerahkan seorang isteri yang sanggup menjaga Azril diwaktu sihat dan sakit
.
Hari kedua di wad. Semasa gambar ini dirakamkan suhu badan Azril telah turun dan bacaan suhu yang direkodkan adalah sebanyak 38.5 darjah celcius. Pada waktu ini juga dos ubat setiap 4 jam sedang berjalan dan Azril akan diberikan ubat setiap 4 jam sekali bagi mempercepatkan proses penurunan suhu badan
Hari ketiga di wad. Pada waktu ini suhu badan Azril adalah 39.1. Waktu ini kebanyakkan ubat telah dihentikan secara sistematik bagi memberi peluang sistem imunisasi badan melawan virus demam tersebut. 
Setelah Azril keluar wad, isteri Azril terus belanja makan masakan rebus

Thursday, February 14, 2013

Hari Ahad Azril Azlina

Hari Ahad Azril Azlina

Catatan 20 Januari 2012
Kisah kali ini merupakan kesinambungan dari kisah hari Sabtu kami. Kebiasaannya hari Ahad merupakan hari yang cukup santai buat Azril dimana pada setiap hari Ahad Azril akan bangun agak lewat dan terus bersarapan pagi pada jam 10 pagi, tetapi pada hari ini agak berlainan sedikit. Setelah Subuh Azril tidak dapat melelapkan mata dan Azril merasakan seluruh tulang Azril berdenyut denyut. Lantas Azril pun turun merehatkan diri di tingkat bawah sambil membuka televisyen, dalam keadaan samar samar tersebut Azril pun mengambil jangkasuhu yang terletak didalam laci di rak televisyen dan memeriksa suhu badan Azril. Pada masa yang sama juga Azril memeriksa telefon bimbit Azril, manalah tahu ada pemberitahuan dihantar bagi kemaskini perisian yang dipasang didalam telefon bimbit Azril. 

Setelah sampai masanya jangka suhu yang Azril gunakan untuk memeriksa suhu badan Azril pun berbunyi, tetapi kali ini bunyi tersebut agak pelik dan Azril terus mengeluarkan jangka suhu tersebut dari mulut Azril. Pada bacaan di jangka suhu tersebut menunjukkan suhu badan Azril adalah 37.8 darjah Celcius. Tanpa berlengah lagi Azril terus masuk kedalam bilik mandi dan mandi dengan banyaknya. Semasa Azril mandi Azril dapat rasakan yang air turun dari kepala Azril adalah suam dan pada masa yang sama Azril terus membasahkan kepala Azril dengan banyak sekali sehingga Azril berasa sejuk.

15 minit kemudian Azril pun keluar dari bilik dari bilik mandi dan benda pertama yang Azril capai adalah jangka suhu dan kali ini bunyi biasa dikeluarkan oleh jangka suhu tersebut yang menandakan bahawa suhu badan Azril adalah normal, suhu badan Azril direkodkan ketika itu adalah 37.3. Jangka suhu yang Azril gunakan tersebut akan mengeluarkan bunyi biasa jika suhu badan berada dalam keadaan normal dan ia akan mengeluarkan bunyi yang agak luar biasa jika suhu badan berada didalam kedaan tidak normal iaitu jika suhu badan melebihi 37.5.

Pada jam 7.45 pagi isteri tercinta pun turun dari tingkat atas sambil membawa sebakul baju untuk dibasuh dan dialog pertama yang keluar adalah. 

Azlina :   Awalnya abang bangun?

Azril   :   Saja ja abang bukak saluran televisyen kegemaran abang ni sebab tu abang turun awai

Azlina :   Oh ya ka sebab itulah lepas Subuh tadi ayang tengok abang dah tak ada kat atas. Ayang nak masak dan basuh baju dulu lepas tu nanti kita pergi joging ok tak?

Azril   :   Ok, sementara tunggu sayang masak sarapan pagi, abang tidoq dulu.

Sejam kemudian, setelah kami makan pagi, kami pun keluar dari rumah menuju ke Taman Bandar iaitu sebuah kawasan rekreasi yang mempunyai tasik dan terdapat trek joging disekeliling tasik tersebut. Setelah sampai kami pun terus berjoging dengan gembira sekali. Tiba tiba Azril merasakan satu kelainan pada diri Azril, ini adalah kerana setelah agak lama berjoging Azril merasakan badan Azril tidak berpeluh sedangkan isteri Azril mukanya agak basah dipenuhi peluh. "Aku demam ka ni?", fikir Azril dalam hati.

Tiba tiba hujan turun dengan lebatnya dan kami terus berlari pula ke kereta. Setelah enjin kereta dihidupkan kami pun terus balik ke rumah dan kami terpaksa membatalkan hajat kami untuk ke Pasar Tani yang terletak dihadapan Stadium Darul Makmur di bandar Kuantan. Semasa dalam perjalanan pulang kami pun bersembang antara satu sama lain dan dialog yang gembira pun bermula.

Azlina :   Tengahari nanti ayang nak masak masakan istimewa untuk abang dan ayang tahu abang memang suka apa yang ayang masak nanti

Azril   :   Wah bagusnya, tak sabaq sabaq abang nak tau, sayang nak masak apa nanti

Azlina :   Mana boleh cakap, nanti tengahari baru abang tahu.

Azril   :   Ok, ni yang abang tak sabaq nak tunggu tengahari ni.

Setelah kami sampai dirumah, sekali lagi Azril merasakan badan Azril agak panas dan Azril terus masuk ke bilik air membancuh air bahan kimia pencuci lantai yang akan digunakan bagi mengemop lantai dan Azril terus mengemop lantai di ruang tamu dan didapur. Pada masa yang sama Puan Azlina terus mengambil baju di ampaian yang disidainya kemalrin dan membawa baju tersebut ke ruang tamu dan melipat baju tersebut. Setelah habis semua urusan kami, kami pun membaca surat khabar dan alatan mudah alih kami.

Pada jam 12.10 tengahari, isteri tercinta pun memulakan kerja masakannya didapur dan Azril pula diketika itu sibuk dengan alatan mudah alih. Sesekali Azril ke dapur melihat apa yang dimasak oleh isteri azril dan Azril dapati isteri Azril sedang memasak lauk kegemaran Azril iaitu ikan siakap dan sotong. Pada jam 1.15 tengahari kerja memasak yang dilakukan oleh Puan Azlina selesai dan isteri tercinta pun duduk sebentar di ruang tamu bagi menunggu ketibaan waktu Zohor. Pada jam 2 petang kami pun makan nasi berlaukkan ikan siakap tiga rasa, sotong masak pedas dan sayur bayam dengan sungguh berselera sekali.

Setelah makan, Azril pun menyandar di bangku yang terdapat di ruang tamu dan tiba tiba isteri Azril merasakan sesuatu yang tidak kena pada Azril dan terus dia memegang leher Azril.

Azlina :   Panasnya badan abang, abang demam ni, kejap ayang ambil jangka suhu (sambil mengambil jangka suhu dan memasukkan ke dalam mulut Azril)

Azril   :   Baru tad sat abang makan ubat, satgi baik lah tu, kan ubat kena makan lepaih makan nasik.

Azlina :   Badan abang panas ni, suhu badan 37.8 ni, abang jangan balik lah malam ni, biar ayang jaga abang kalau abang demam

Azril   :  Macam sebelum ni, lepaih kita kawin memang sayanglah dok jaga abang kalau abang sakit, tapi kita tengok kesan paracetamol tu. Memang abang pun kalau ikut hati, tak mau balik sebab tak sampai hati nak tinggai sayang kat sini sorang sorang. Satgi kita tengok kalau suhu badan abang turun nanti abang balik dan kalau suhu badan abang dok panaih jugak abang dok sini.

Sejam kemudian, suhu badan Azril pun berada dalam kedaan normal dan keadaan tersebut berlarutan sehingga malam. Setelah makan malam, kami pun menuju ke Terminal Makmur dan pada waktu itu juga Azril merasakan badan Azril mulai panas dan apabila Azril memijak tangga di tangga di terminal bas tersebut, Azril merasakan yang langkah Azril agak lemah............

 Inilah dia sotong masak pedas kegemaran Azril
.
Inilah dia masakan istimewa kegemaran Azril, siakap tiga rasa