Thursday, February 09, 2012

Azril Azlina makan malam di Restoran Puncak Mutiara

Azril Azlina makan malam di Restoran Puncak Mutiara

Catatan 25/10/2011

Catatan ini merupakan kesinambungan perjalanan kami setelah menukar rim kereta pada waktu siang dan perjalanan kami menuju ke sebuah restoran di Kubang Semang.Perjalanan kami bermula selepas maghrib dan kami pun terus ke sana, perjalanan dari kuarters mengambil masa selama sejam disebaban jalan yang sesak teruk pabila kami masuk ke Bandar Bukit Mertajam dan Pekan Penanti. Setelah menempuh perjalanan dengan riang dan gembira kami pun sampai ke Restoran Puncak Mutiara, Kampung Pelet.

Kami meletak kenderaan kami di tempat letak kereta yang disediakan dan apabila kami keluar dari kereta kami sudah dapat menghidu keharuman masakan daging panggang yang membuatkan kami terasa lapar dan kami pun masuk ke restoran tersebut. Didalam restoran tersebut terdapat pilihan tempat samada untuk duduk diatas bangku atau duduk bersila di pondok yang disediakan dan kami pun memilih untuk duduk bersila. Tidak lama kemudian perkerja restoran memberikan menu dan kebanyakkan menu istimewa di restoran tersebut adalah kambing panggang dan burung unta.

Seperti biasa setelah perbincangan telah dijalankan diantara Azril dan Puan Azlina maka kami terus memesan daging batang pinang dalam dan stik campur yang mengandungi daging lembu, kambing dan burung unta. Semasa menunggu makanan yang kami pesan sampai kami pun bersembang antara satu dan lain dan berjenaka sesama sendiri berlatarbelakangkan pemandangan malam dan dihiasi lampu menarik yang tedapat disana. Setelah 20 minit kemudian makanan yang kami pesan sampai dan kami pun makan dengan riang gembira sambil bersila.

 Puan Azlina tersenyum sambil makan daging batang pinang dalam (tenderloin)
.
 Yang ni lagi menarik gabungan daging lembu, kambing, ayam dan burung unta
.
Sedap sangat sampai tak boleh berenti tersenyum
.

Sunday, February 05, 2012

Lagu dan lirik Untukmu Rasulullah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
....................................


Lagu dan lirik Untukmu Rasulullah :- Kumpulan Hijaz



Untukmu Rasulullah

Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu ambia'

Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang

Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman

Ya Rasulullah ya HabibAllah ( 2X )

Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan

Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan

Ya Rasulullah ya habibAllah ( 2X )
................................
................
Dikesempatan ini Azril dan isteri Puan Azlina  mengucapkan selamat menyambut Mulidur Rasul s.a.w.... 

Wednesday, February 01, 2012

Hari Selasa Azril Azlina di Bukit Mertajam

Hari Selasa Azril Azlina di Bukit Mertajam
Catatan 25/10/2011

Catatan ini merupakan kesinambungan dari catatan yang lepas. Setelah kereta Abah Mertua Azril menyusur masuk ke Plaza Tol Juru, Azril dan isteri tercinta pun ke Berapit. Tujuan kami makan tengahari disana adalah untuk makan tengahari. Selain itu lokasi tersebut dipilih adalah disebabkan disana terdapat sebuah kedai menjual rim tayar sport dengan harga yang murah. Cuba bayangkan jika di kedai kedai biasa harga rim tayar sport mencecah ribuan ringgit, manakala di kedai tersebut hanyalah ratusan ringgit sahaja.

Setelah sampai disana kami pun terus melihat dan memilih rim tayar sport untuk dipasang di kereta, kami memilih yang murah dan yang cantik. Setelah kombinasi pilihan kami berjaya isteri tercinta pun terus membayar harga rim tayar sport tersebut dan mekanik bertugas pun memasang rim tayar sport tersebut. Semasa menunggu mekanik memasang rim kami pun pergi makan disebuah kedai makan yang terletak berhadapan dengan kedai rim tersebut. Setengah jam kemudian setelah habis makan kami pun terus ke kedai rim tersebut, sesampainya kami disana mekanik bertugas terus memandu uji kereta yang dipasang kemas rim tayar sport.

Setelah mekanik bertugas habis memandu uji kereta kami lalu ia pun menyerahkan kunci pada Azril, dengan rasa gembira Azril pun memandu kereta yang dilengkapi rim baru tersebut. Insan yang paling gembira adalah Puan Azlina, ini adalah disebabkan kereta kelabu tersebut merupakan miliknya manakala kereta oren tersebut menjadi menjadi milik Azril sekarang ini.

Setelah jam menunjukkan pukul 2 petang Azril pun menghantar isteri tercinta pulang ke kuarters dan Azril pula menyambung kerja di pejabat. Semasa dalam perjalanan pulang ke kuarters antara perbualan yang menerik adalah mengenai makanan. Antara lokasi tempaat makan malam kami adalah di Kubang Semang..........

 Proses pemasangan rim dijalankan
.
Dengan gembira isteri tercinta memerhatikan rim dipasang
.

Tuesday, January 17, 2012

Rombongan ke Pulau Pinang

Rombongan ke Pulau Pinang
Catatan 21/10/2011

Setelah Azril tamat kursus Instun Tanjong Malim Azril pun terus pulang ke rumah isteri Azril di Kuantan, perjalanan Azril ke sana amatlah mudah kerana semasa Azril berkursus disana, Azril menaiki kereta sendiri. Perjalanan bermula dengan lancar sekali ketika Azril menyusur masuk ke Plaza Tol Tanjong Malim seterusnya masuk ke Lebuhraya Utara Selatan. Keadaan pemanduan yang tenang itu kadang kadang terganggu akibat terdapat beberapa kereta yang terkejut dengan kehadiran Polis Trafik di menara pemerhati dan terus membrek kereta. Keadaan ini amatlah menggangu ketenangan pemandu pemandu lain. Setelah 15 minit kemudian kedaan menjadi reda dengan pemandu pemandu lain boleh memberi tumpuan sepenuhnya pada pemanduan.

Sejam kemudian Azril pun sampai di Plaza Tol Jalan Duta dan Azril pun terus menyusur kereta ke lorong menghala ke Lebuhraya Duke. Pemanduan diatas Lebuhraya Duke juga terkawal disebabkan pergerakan trafik begitu lancar sekali. 15 minit kemudian Azril pun sampai di Lebuhraya Kuala Lumpur Karak atau Lebuhraya Karak. Pemanduan juga lancar disana dan 10 minit kemudian selepas keluar dari Terowong Genting Sempah pemanduan menjadi sedikit perlahan disebabkan keadaan bukit bukaunya. Tiba tiba hujan turut dengan lebatnya dan Azril terus memperlahankan jentera kesayangan Azril. 5 minit kemudian azril terpaksa membrek kereta dengan keadaan mengejut, ini adalah disebabkan terdapat beberapa kenderaan tersadai di tepi jalan akibat terlanggar pembahagi jalan dan ini menyebabkan pemandu pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan masing masing agar tidak melanggar kereta tersebut.

Hati Azril menjadi sedikit berdebar disebabkan kedaan tersebut dan azril pun meneruskan perjalanan dengan agak perlahan disebabkan jalan masih lagi licin dan kadang kadang terasa kelicinan jalan pabila sampai di jalan yang berliku. Setelah sampai di Plaza Tol Bentong keaaan masih lagi perlahan disebabkan hujan dan tiba tiba sekali lagi Azril terpaksa memberhentikan kereta dengan mengejut ini adalah disebabkan terdapat beberapa kemalangan di pembahagi jalan. Setelah menempuh perjalanan yang agak lama Azril pun sampai di Kuantan.

Setelah sampai Azril terus berehat disebabkan letih dan Puan Azlina pula menyiapkan beg dan pakaian disebabkan kami akan balik ke Bukit Mertajam dengan kereta pada hari Ahad nanti. Setelah makan malam Azril dan Puan Azlina berkongsi cerita antara satu sama lain. Topik perbincangan kami agak menarik disebabkan Puan Azlina akan bercerita tentang tentang kedaan seminggu dirinya di tempat kerjanya dan Azril pula bercerita tentang pengalaman Azril di tempat kursus dan kawan kawan baru yang Azril jumpa disana.

Pada keesokkan harinya iaitu pada 22/10/2011 Azril dan isteri tercinta pun balik ke kampung Puan Azlina yang terletak di Felda Jenderak Utara dan setibanya kami disana kami pun mendengar berita yang yang menggembirakan iaitu Abah Mertua Azril iaitu Tuan Ahmad bin Darus akan turut balik sekali ke kuarters pada keesokkan harinya iaitu hari Ahad. Setelah kami bersalaman antara satu sama lain kami pun terus masuk kedalam rumah. Pada malamnnya setelah kami makan malam kami pun terus menonton televisyen dan kami pun terus bermain main dengan anak saudara kami Nur Irfaan.

Pada 23/10/2011, kami pun bersiap balik ke Bukit Mertajam dimana kami keluar terlebih dahulu dan Abah Mertua Azril akan menyusur kemudian. Keberangkatan pulang kami dengan riang gembira ini diceriakan dengan kehadiran Puan Aizaan dan anaknya Nur Irfaan. Perjalanan kami yang jauh menjadi dekat dengan gelak tawa kami apabila melihat telatah Nur Irfaan. 4 jam kemudian kami pun sampai di Hentian Sebelah Tapah dan kami pun berhenti makan disana, setelah sejam kami berehat kami pun meneruskan perjalanan.

Setibanya kami di Bukit Mertajam hujan turun dengan lebatnya dan tiba tiba keadaan menjadi sesak dan kami pun cuba berfikir dan pelbagai andaian muncul apabila kami melihat kebanyakkan kereta berpatah balik. Rupanya rupanya banjir kilat telah terjadi dihadapan simpang masuk ke kuarters. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kami untuk ke kuarters termasuk memandu di jalan kampung tetapi kebanyakkan jalan telah ditengelami oleh air. Tiba tiba kami mendapat idea lalu kami naik di Bukit D.O lalu kami pun terus sampai ke kuarters dan Azril pun terus terfikir sekiranya Azril tahu keadaan tersebut tentu Azril akan melalui jalan tersebut terlebih awal.

Sejam kemudian Abah Mertua Azril pun menelefon kami memaklumkan bahawa mereka telah sampai di Bukit Merah dan setengah jam kemudian kami pun menunggu di Plaza tol. Setelah Abah Mertua Azril sampai kami pun terus pulang ke kuarters. Pada sebelah malamnya kami pun makan di kedai makan Char Keow Teow Alka Ria. memang tidak dinafikan Char Keow Teow disitu memang sedap dtambah pula dengan pelbagai rasa membuatkan kami tidak akan lupa kelazatan makanan tersebut.

Pada keesokkan harinya pada 22/10/2011 Azril berkerja seperti biasa manakala isteri tercinta membawa keluarganya pergi bersarapan di kedai masakan panas Pak Long yang terletak di sebelah Stesen Minyak Shell. Pada waktu tengahari isteri tercinta memaklumkan pada Azril bahawa Abah Mertua Tuan Ahmad , Mak Mertua Puan Halijah, Kak Ipar Puan Azilawati dan Adik Ipar Puan Aizaan serta anaknya Nur Irfaan ingin makan nasi kandar di Seberang Jaya iaitu di Restoran Nasi Kandar Kassim Mustafa dan pada waktu rehat Azril terus ke sana. Sesampainya di sana kami pun makan dengan berselera sekali sehingga tambah 2 pinggan dan selepas makan Azril pun pulang ke tempat kerja meneruskan kerja seperti biasa. Pada petangnya Azril membawa Abah Mertua ke bengkel membaiki kenderaan bagi menukar kasut brek yang telah haus.

Pada malamnya Azril terus membawa keluarga isteri tercinta melawat Mak dan Ayah di Taman Permata dan disana Mak dan Ayah menghidangkan pelbagai lauk dan kami semua makan dengan berselera sekali. Setelah makan Abah Mertua Tuan Ahmad , Mak Mertua Puan Halijah, Kak Ipar Puan Azilawati dan Adik Ipar Puan Aizaan bersembang antara satu sama lain  dan bertukar fikiran dengan ayahanda dan bonda, manakala Nur Irfaan pula memmerhatikan Muhaimin sedang bermain permainan di telefon bimbit. Selepas makan malam Azril pun membawa keluarga isteri Azril pulang ke kuarters. Pada 23/10/2011 Abah Mertua, Emak Mertua, Kakak Ipar dan Adik Ipar dan anak saudara pun meninggalkan kuarters balik ke Pahang dan manakala Puan Azlina menyabung cutinya sehingga ke hari Ahad menemani Azril di Bukit Mertajam.

 Azril ketika di Asrama
Baju ni Puan Azlina yang hadiah :)
.
 Rama rama besaq ni akan higgap di lantai apabila waktu malam sahaja
.
 Peluh dah selepaih naik lima tingkat tangga ke kelas
.
 Keadaan kelas sewaktu majlis penutup
.
Azril ketika di rumah Abah Metua di Felda Henderak Utara
.
Cepatlah sikit Angah, saya tak sabar  sabar dah ni nak balik Pulau Pinang
 Irfaan ketika di kuarters sebelum balik ke Pahang
.
Sambil duduk Irfaan melambaikan tangannya