Sunday, December 19, 2010

Azril Azlina @ Hotel Mahkota Melaka

Azril Azlina @ Hotel Mahkota Melaka

Catatan 08/12/2010.
Ini adalah catatan yang merupakan kesinambungan dari pengalaman percutian Azril dan Isteri Tercinta di Melaka. Setelah kami melawat Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka dan Taman Rama Rama Melaka, kami pun terus bergegas pulang ke hotel sementara kami. Setelah kami mengemas beg lalu kami pun terus keluar dari hotel sementara tersebut menuju ke hotel yang disediakan oleh pihak penganjur iatu Hotel Mahkota Melaka.

Setelah Azril dan isteri tercinta mendaftar masuk di Hotel Mahkota Melaka, Puan Azlina terus bersiap untuk turun semula. Ini adalah kerana isteri Azril dan rakan sekerjanya mempunyai tugasan iatu meyiapkan pentas pameran kesihatan bagi perasmian kursus malam nanti. Setelah siap kerja kerja diruang pameran, Azril dan isteri tercinta terus turun untuk makan di restoran disana.

Setelah habis makan kami naik semula setelah sejam berlalu Azril pun naik ke bilik dan meninggalkan isteri Azril dan kawan kawanya yang membuat kerja kerja akhir dalam mengindahkan ruang pameran tersebut. Setelah naik dibilik, Azril pun menelefon adik Azril Encik Azil Fikri dan Encik Fikri memberitahu bahawa dia akan datang nanti ke bandar Melaka dan dia akan mengajak Azril keluar makan.

2 jam kemudian isteri Azril pun naik ke bilik setelah siap kerja di ruang pameran. Kami pun turun semula meninjau keadaan sekitar hotel lalu kami pun ke kolam renang berdekatan. Setelah kami berborak di bangku dihadapan kolam renang, Azril pun terus turun didalam kolam renang tersebut sambil diperhatikan oleh Puan Azlina. Setelah sejam berlalu Azril pun naik semula dan isteri tercinta pula bersiap untuk perasmian kursus pada jam 8 nanti.

Setelah jam 7.45 malam isteri tercinta pun turun ke bawah tempat perasmian dan Azril pula menonton tv. Setelah jam 9 malam Encik Fikri memaklumkan pada Azril bahawa dia telah datang dan meminta Azril mengambilnya di jalan bertentangan dengan hotel. Destinasi pertama kami adalah kedai makan berhampiran jambatan Pulau Melaka.

Setelah makan Fikri mengajak Azril ke kolam udang yang berdekatan lalu Encik Fikri pun memancing udang disana. Pada jam 10 malam Puan Azlina menelefon Azril dan mamaklumkan bahawa kursusnya telahpun tamat dan Azri lpergi mengembilnya dari hotel Mahkota dan membawanya terus kolam udang. Setelah 45 minit kami berada disana kami pun terus balik ke hotel dan meninggalkan Encik Fikri dan rakan rakanya yang masih lagi ralit memancing udang. Sebelum kami balik Encik Fikri sempat memberitahu Azril bahawa esok dia tidak dapat datang ke bandar Melaka menemani Azril disebabkan esok dia terlibat dengan operasi.

Azril dan Isteri Tercinta di restoran Hotel Mahkota Melaka
.

Renangan dari seorang suami
.

Azril mengapungkan badan
.

Berehat sebentar setelah penat bermain air
.

Jelitanya isteri Azril bergambar dengan pakaian rasmi yang akan digunakan semasa persembahan pameran kursus nanti.

Friday, December 17, 2010

Hari Rabu Azril Azlina @ Taman Rama Rama dan Reptilia Melaka

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
...................................
.
Hari Rabu Azril Azlina @ Taman Rama Rama dan Reptilia Melaka
.
Catatan 08/12/2010.
Ini adalah catatan yang merupakan kesinambungan dari pengalaman percutian Azril dan Isteri Tercinta di Melaka.  Setelah kami melawat Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka kami pun terus bergegas ke Ayer Keroh Melaka, tujuan kami ke sana adalah untuk melawat Taman Rama Rama dan Unggas Melaka.

Apa yang menarik setelah kami membeli tiket kami pun terus diberikan stiker yang perlu diletakkan ditangan. Setelah kami melekatkan stiker itu ditangan maka kami pun dibenarkan masuk didalam Taman Rama Rama tersebut.

Isteri Tercinta dihadapan pintu masuk Taman Rama Rama Melaka
.

Cantiknya burung nuri tu
.

Azril dihadapan sangkar burung nuri
.

Azril dan Puan azlina dihadapan pintu masuk kedua taman rama rama
.

Nak pegang boleh tak?
.

Banyaknya rama rama diatas pokok tu, akan tetapi tidak nampak didalam gambar
.
Tengok tu, besar tak rama rama tu?
.
Cuba teka apa akan jadi kalau Azril sentuh kala jengking tu?
.
Berehat sambil dikelilingi lanskap yang menghijau
.

Isteri tercinta tersenyum dihadapan flora flora yang menyejukkan mata
.

Kelihatan seorang jejaka yang bukan buaya sedang berdiri di hadapan kandang buaya
.

Senyuman dari isteri tercinta yang riang gembira bergambar disebelah batu
.

Dengan hati yang cukup gembira Puan Azlina memberi makan pada ikan
.

Banyaknya ikan tu
.

Dengan tegaknya Azril berdiri di pintu gua seolah olah nampak seperti pengawal gua tersebut
.

Nampak tak apa yang ada dalam sangkar tu?
.


Burung merak pelbagai warna
.

Kedua-duanya memang cantik
.

Kelihatan seorang jejaka kacak bergambar disebelah merak putih
.

Jaga jaga jangan rapat sangat dengan sarang tu nanti burung enggang tu patuk kepala
.

banyaknya buaya
.

Puan Azlina bergambar disebelah akuarium
.
Kelihatan kumbang yang telah diawet diletakkan didalam cermin, dihadapan cermin pula terdapat kumbang kacak yang sedang tersenyum.
.

Puan Azlina bergambar dihadapan cermin yang menempatkan pelbagai jenis rama rama
.
Setelah kami keluar dari Taman rama Rama kami pun terus bergegas balik disebabkan kami akan mendaftar di hotel yang diberikan oleh pihak penganjur kursus.

Thursday, December 16, 2010

Hari Rabu Azril Azlina @ Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka

Hari Rabu Azril Azlina @ Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka
.
Catatan 08/12/2010.
Ini adalah catatan yang merupakan kesinambungan dari pengalaman percutian Azril dan Isteri Tercinta di Melaka setelah semalam kami pulang dari menziarahi Encik Azil Fikri dan makan di Umbai. Pagi itu setelah bangun pagi kami pun terus bersiap untuk melawat ke salah satu tempat yang paling bersejarah di Melaka dan sebelum kami kesana kami ke kedai makan terlebih dahulu. Setelah kami makan lalu kami pun terus melawat Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka yang terletak bersebelahan kubu penjajah portugis.


Isteri tercinta dihadapan bangunan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka
.
Puan Azlina dihadapan replika Istana Kesultanan Melayu Melaka yang diletakkan didalam cermin
.

Inilah dia Replika Istana Pagar Ruyung
.

Tegak betul Azril berdiri dihadapan Replika Istana Kenangan
.

Ini adalah bekas air yang digunakan pada zaman dahulu
.

Perhiasan istana yang dinamakan Pahar
.


Lipatan kain yang menunujukkan bentuk barang yang dihadiahakan dari Sultan kepada penerima anugerah
.

Cantik kan ukiran kayu ni
.

Puan Azlina dihadapan pakaian tradisional negeri Pahang
.

Ini pula pakaian tradisional negeri Pulau Pinang
.

Replika Istana Seri Menanti
.

Kamar Beradu Diraja yang sungguh indah dan wanita dihadapan kamar itupun cukup indah
.

Cucuk sanggul dan mahkota hiasan kepala
.

Dihadapan mural pahlawan melayu yang Azril cukup kagumi Dato Laksamana Hang Tuah
.


 Setelah kami melawat Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka yang sungguh bersejarah itu kami pun bercadang untuk meneruskan kegembiraan kami ke satu tempat lagi. Akan tetapi tempat yang akan kami lawati adalah tempat yang santai dan cukup untuk melihat fauna yang lain dari yang lain.
.

Lirik dan Lagu Asyura Kumpulan Far East

Lirik dan Lagu Asyura Kumpulan Far East

Lembut tuturmu tegas membela agama
Gagah berani tiada tandingnya
Mulia akhlakmu didikan rumah kenabian
Penyinar segala kegelapan 

Ibundamu penghulu wanita di syurga
Jelmaan bidadari di dunia
Menyintainya adalah suatu ibadah
Puteri kesayangan Rasulullah

Al-Husaini
Kepahitanmu kurasai
Terkorban kau menentang kemungkaran
Rebah tersungkur masih di dalam senyuman
Tabah hati menempuh cabaran
Ya Allah sampaikan salamku kepadanya
Pemergian tiada pengganti

Pemuda syurga gelaranmu di dunia
Kau pepohon penyinta ketaqwaan
Zuhud sifatmu redha setiap ketetapan
Pedoman engkaulah tauladan

Hancur tubuhmu bercerai di Karbala 
Darah suci merah mengalir
Tenang nafasmu menyahut panggilan syuhada
Iringan wangian pengasih

Lagu: Suhaimie
Lirik: Suhaimie
Bmg Publishing (M) Sdn Bhd


Bagi Azril lagu ini menceritakan salah satu dari peristiwa besar di Hari Asyura dan Azril juga pernah menulis didalam blog ini tentang Hari Asyura disini.

Monday, December 13, 2010

Hari Selasa Azril Azlina @ Dataran Pahlawan dan Gerai Ikan Bakar Umbai Melaka

 Hari Selasa Azril Azlina @ Dataran Pahlawan dan Gerai Ikan Bakar Umbai Melaka

Pada Hari Selasa yang lalu bersamaan dengan 07/12/2010 Azril dan Isteri Tercinta Puan Azlina ke Melaka. Ini bukanlah percutian yang dirancang bagi merehatkan minda atau cuti berbulan madu tetapi ini adalah kerana isteri Azril berkursus disana. Setibanya di Melaka kami pun terus mendaftar hotel dan kami berdua pun merancang untuk keluar sekejap ini adalah kerana isteri Azril mencari bahan bahan tambahan bagi mempersiapkan kerja untuk persembahan di kursus nanti.

Destinasi pertama kami pabila sampai adalah di Dataran Pahlawan yang menempatkan Melaka Megamall. Setelah kami menjumpai barang yang dicari kami pun bercadang untuk makan di Kedai Ikan Bakar Umbai Melaka. Sebelum kami meninggalkan Dataran Pahlawan kami sempat juga bergambar disana. Sebelum pergi Umbai Azril pun menelefon adik Azril iatu Encik Azil Fikri yang berada di Kem Tentera di Melaka. Tujuan Azril menelefon adik Azril adalah kerana Azril dan Isteri tercinta hendak melawat dia disana.

Banyak kali juga Azril menelefon Encik Azril Fikri setelah panggilan yang ketiga barulah dijawap dan Azril menerima perkhabaran yang agak sedih juga iatu Encik Fikri tengah sakit sekarang dan pagi tadi dia tidak dapat pergi ke tempat kerjanya disebabkan dia tidak boleh bangun. Dengan suara yang agak lemah juga Encik Fikri juga memberitahu Azril bahawa dia sekarang berada dalam kedaan stabil dan memberitahu Azril bahawa jangan risaukan dia disebabkan dia baru sahaja menjalani rawatan. Sebelum meletakkan telefon Encik Fikri memberitahu Azril bahawa dia mahu Azril membelikan nasi goreng kampung sebab dia tidak berdaya untuk keluar membeli makanan. Sebenarnya nak menitik juga air mata Azril pabila mendengar apa yang dikatakan oleh Encik Fikri tadi sebab Azril tidak pernah mendengar suaranya selemah itu.

Lalu Azril dan isteri tercinta pun terus ke Kedai Ikan Bakar Umbai yang terletak di Umbai Melaka. Sebenarnya Azril dan Puan Azlina memang tidak tahu jalannya tetapi disebabkan kami telah melihat peta tadi melalui laman google maka kami dengan hati yang tidak berapa kering ini pun terus pergi kesana. Akhirnya kami pun sampai disana dan kami pun terus memesan makanan dan sejam kemudia makanan yang kami pesan pun sampai. Sejam ?? Memang selepas sejam baru makanan kami sampai. Sebenarnya Azril terus melupai peristiwa tersebut dan Azril tidak mahu membebel lebih lebih tentang perkara tersebut.

Setelah kami makan lalu kami pun terus menuju ke kem yang menempatkan adik dan pabila sampai disana kami pun terus bersembang antara satu sama lain. Banyak perkara yang dibincangkan tertamanya berkenaan dengan majlis perkahwinan Encik Fikri. Setelah sejam kami disana dan Azril dan isteri tercinta pun terus balik ke hotel tempat penginapan dan menninggalkan Fikri di Kemnya.


Puan Azlina ketika di Dataran Pahlawan
.

Azril ketika di atas padang di Dataran Pahlawan
.

Kami masih ditempat yang sama
.

Keadaan ketika kami di Gerai Ikan bakar Umbai
.

Azril dan Isteri Tercinta ketika di Umbai dan masih tersnyum walaupun sejam menunggu makanan
,.