Friday, October 01, 2010

Luahan Perasaan - Peristiwa Kemalrin

Luahan Perasaan - Peristiwa Kemalrin

Aku kemalrin rasa bengang sangat, aku dari pagi petang sampai malam...........

Antara perkara tersebut adalah semasa aku nak balik qeja, masa habih gunting rambut dan aku tengah serika baju melayu.

Alkisahnya ketika aku balik qeja masa nak masuk kat simpang kat kuartes tu aku pun bawak qeta laju la jugak, tapi tiba tiba aku brek mengejut rupanya ada rentua mana pi tahan semua qeta kat situ sebab cermin mata dia jatuh. Dia pun angkat cermin mata dia lepaih tu dia pun tiba tiba dia cari pulak kanta dia jatuh.

"Awat dia ni kalau ya pun tak payah nak tahan semua qeta lalu kat situ, cari lah kat tepi", aku cakap sorang sorang

Nak dekat banyak minit jugak aku tunggu aku sebenaqnya ada kat barih nombor 3 aku pun tekan hon, sekali 2 kali dan 3 kali dia masih buat tak tau saja. Aku pun bengang aku pun tekan hon panjang sampai nak dekat 10 saat barulah kereta depan pun hon kat dia lalu depa jalan jugak sebab buat tak tau saja kat rentua tu. Bukan apa jalan tu susah nak potong sebab trafik sebelah sana memang sesak sangat. Sampai kat tempat tu aku saja bukak tingkap dan dengaq dia maki semua orang yang lalu kat situ. Lantak hang lah janji aku boleh lalu.

Lepaih aku balik rumah aku pun ambik semua baju qeja aku tadi pi bubuh dalam mesin dan sambil nak nak tunggu ayaq mesin penuh aku pun pi buat qeja lain dulu. Bila dah penuh aku pusing mesin tu dalam 15 minit dan aku pun keluaq pi gunting rambut.

Aku pun bawak keluaq moto aku dan aku pun pi gunting rambut kat Matang Pauh. Bagi aku tak lah jauh sangat dalam 10 minit saja kalau naik moto. Aku pun sampai, dan pak cik tu teruih potong rambut aku.

Lepaih aku potong rambut aku pun balik tiba tiba hujan turun, nasib baik rintik rintik saja. Waktu aku sampai kat depan Politeknik, tiba tiba ada qeta tu dia dok kat tengah tengah (jalan ada 2 laluan sehala tapi si dia ni dok kat tengah tengah) dia nak langgaq qeta lain dan qeta tepi dia pun hon kat dia. Dia jadi panik dan dia pun tiba tiba berenti tengah jalan qeta lain pun berenti mengejut. Lori depan aku pun berenti mengejut. Aku nak elak langgar lori tu aku kona sikit tayar moto aku dan aku tekan brek sebab jalan licin taya moto jadi tak cekam jalan. Tiba tiba.....

Lutut aku terlanggaq tiang lektrik kat tepi jalan. Huh.......... memang sakit........ tapi nasib baik pelan kalau tak tentu tercabut dah tempurung lutut aku, dan paling aku kesian kat ada 3 orang pak cik tu pi langgaq belakang lori nasib baik depa tak luka apa cuma lampu depan depa 3 tiga tiga pecah. Masa aku tengah nak hidupkan enjin moto aku, aku terpandangkan rupanya ada sorang budak tu jatuh moto. Aku pun tongkat moto aku nak pi tolong dia tapi dah ramai sangat orang tolong dia aku pun terus naik motor jalan teruih.

Jalan kat bulatan Bukit Tengah masih lagi sesak dan aku pulak ternampak qeta yang punca masalah tu tiba tiba dia kena hon sebab bawak qeta macam orang tak betui dia pun sekali lagi brek mengejut dan masa tu tak dak sapa yang tercerdera sebab orag dah tau perangia dia. Dah habih bulatan tu aku pun rasa lega sangat sangat sebab dah habih dah benda yang yang tak elok.

Aku sampai kuaes, aku mandi teruih dan lepaih aku tengok berita aku pun mula serika baju melayu sebab esok ada jamuan raya kat pejabat aku. Aku memang tak qeti nak serika baju melayu aku sebab kain tu jenis yang lembut. Aku kalau setakat baju qeja memang boleh aku serika tapi bila baju melayu ni susah sikit. Bila aku tarik belah tepi dia jatuh pulak kanan. Aku pun teruih hampaq kain pelikat ataih lantai dan aku teruih seterika baju melayu ataih lantai. Lepaih habis tu aku pi buang ayaq dalam mesin basuh sebab dah habih pusing dah. Masa aku nak pi belakang tiba tiba aku terdengar satu bunyi lain sangat kat ruang tamu, aku pun pi tengok rupanya cicak tengah dok berkelai.

"Lantak hangpa lah satgi kalau hangpa dok berkelai lagi aku ambik penyapu aku katok sampai mampuih cicak oi" aku cakap sorang sorang.

Lepaih aku habih buang ayaq dalam mesin basuh aku pun pi sambung pi tengok berita. Lepaih tu aku pun pi boh ayaq kat mesin basuh pulak sambil tu tengok internet sat kat komputer aku. Ayaq mesin dah penuh, aku pun pusing tiba tiba aku terpandang satu benda yang membuatkan aku kurang waras sementara.

"Kurang ajaq betui cicak ni dahlah berak ataih baju melayu aku pulak seluar pun kena sekali....haaaaa"

Aku pi ambik penyapu dan cari semua cicak dan semua cicak tu lari pulak. Sekoq pun tak dapat. Aku pun pi ambil peneyemyoq yang ada racun cicak semboq kat semua tempat tumpuan cicak. Puaih hati aku. Aku pi basuh baju melayu aku tu dan aku sidai baju melayu aku tu.

"Aku malaih nak serika baju ni harini tak pa esok aku bangun awai awai aku serika", masih lagi cakap sorang sorang sebab nak menteramkan hati aku aku yang geram sangat ni.

Ada lagi baju yang ada dalam mesin aku tak sidai dan aku tinggai teruih baju tu aku cuma sidai baju melayu dan seluaq saja, lepaih tu aku pun teruih tinggai semua aku pun jadi malaih sangat. Aku tengok komputer aku dan dalam kedaan yang tak tenteram terus pi kat katil aku teruih tidoq. Aku rasa antara waktu yang aku tidoq paling awai sekali.

Harini aku bangkit tidoq awai lepaih subuh aku pi sidai baju yang ada dalam mesin dan aku teruih seterika baju melayu aku dan dengan harapan agar aku tak bengang dah. Tapi bukan senang nak lupa......... Aku manusia biasa........ Walaupun aku manusia biasa tapi aku boleh mengubah keadaan bukan biaq saja macam orang yang tak tau apa apa dengan alasan nak buat macam mana. Ada otak cuba pikiaq.

Wednesday, September 29, 2010

Kerja Luar Di Tapak



Kerja Luar Di Tapak

Tarikh : Hari Ini
Lokasi : Belum ditentukan
Waktu : Mungkin sampai petang dan sampai hitam

Tuesday, September 28, 2010

Azril Azlina Beraya Diatas Lebuhraya @ 4 Syawal 1431 H

Azril Azlina Beraya Diatas Lebuhraya @ 4 Syawal 1431 H

Tarikh : 4 Syawal 1431 Hijrah @ 13/09/2010
Lokasi: Lebuhraya Utara Selatan - Dari Juru menghala ke Selatan
Jurugambar: Puan Azlina Binti Ahmad
Kereta : Proton Gen 2 1.6 (M)
Dipandu Oleh : Muhammad Azril Bin Hamzah
Emosi Azril : Naik dan turun disebabkan kesesakan
Cara Pemanduan : Berhati hati
Kelajuan Purata : 50km/j
Lokasi Berhenti : Hentian Sebelah Simpang Pulai 15 minit dan Hentian Jejantas Sungai Perak 1 jam setengah

Alkisahnya...............
Hari ini 13/09/2010 aku dan isteri tercinta pulang ke Kuantan disebabkan esok isteriku akan memulakan tugasnya. Perjalanan yang kami tempuh sungguh memantkan disebabkan kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan. Nasib kami baik sedikit pabila kami keluar di Tol Jalan Duta menghala ke Lebuhraya Duke perjalanan mulai lancar. Keadaan yang lancar juga ketika kami memasuki Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur, perjalanan kami adalah selama 12 jam.

Disini Azril selitkan beberapa gambar tentang kesesakan tersebut


Nampak macam tak sesak tapi........
.

Jika dibesarkan gambar tersebut nampak terus kereta berderet deret
.

Lihatlah banyaknya kenderaan di Hentian Rehat Tapah dan kami pun terus mencari Hentian lain pula
.

Nampak lapang sedikit.........
.

Jika dibesarkan gambar tersebut memang tiada jalan yang lapang pun
.

Tiba tiba kereta di hadapan berhenti....
.......

Apapuan Aku dan Isteriku mengucapkan terima kasih kepada pihak atasan yang menyediakan Lebuhraya demi memudahkan perjalanan dan mendekatkan yang jauh dalam beberapa jam saja.

Monday, September 27, 2010

Hari Sabtu Azril dan Azlina @ Filem Magika

Hari Sabtu Azril dan Azlina @ Filem Magika

Pada Hari Sabtu yang lalu bersamaan dengan 25 September 2010 aku dan isteri tercinta menonton wayang, tajuk filem yang kami tonton adalah Magika yang merupakan karya Edry Abdul Halim (Kru). Wayang gambar tersebut adalah merupakan filem muzikal yang menarik untuk ditonton dan jalan penceritaan yang sungguh menghiburkan dan menarik.

Magika menceritakan tentang kisah dua beradik Ayu dan Malik yang berada dalam kesedihan selepas kematian ibu mereka, Ija (Fauziah Ahmad Daud). Malik berasa lebih tertekan kerana merasakan dialah punca kematian ibunya.Di satu senja, selepas bertengkar dengan kakaknya, Malik berjalan-jalan di hutan sehingga tersesat ke dalam alam ghaib bernama Magika. Ayu (Diana Danielle) yang terdengar jeritan Malik (Fimie Don) cuba menyelamatkan adiknya tetapi turut sama terperangkap di dunia itu.

Maka bermulalah satu pengembaraan yang menarik dimana Malik melihat Puteri Bunian (Maya Karin) yang sedang menyanyi lagu Gebang dan Pak Pandir yang sedang mengintai puteri bunian yang menyanyi diatas pokok tersebut. Pengembaraan agak cemas pabila Malik diculik oleh Nenek Kebayan (Ziana Zain) yang ingin membawanya ke rumah untuk membuat tonik jamunya.

Setelah nenek kebayan menculik Malik, kakaknya Ayu mula muncul dan bermulalanya dialog muzikal antara Ayu dan Pak Pandir serta kedatangan Mak Andih yang cemburu kononya menyangka suaminya bercinta dengan manusia. Ayu pun meneruskan perjalanan dan berjumpa Mahsuri (Vanida Imran) yang bercakap Siam, sebelum habis dialog antara Ayu dan Mahsuri dengan tiba tiba dada Ayu tertusuk tombak yang dilemparkan oleh Awang (Norman Hakim) dan terpancutlah darah yang berwarna putih yang menyangka Mahsuri adalah Awang.

Hang Tuah lima bersaudara (kumpulan Senario) pun datang memtenteramkan keadaan dan Hang Tuah (Saiful Apek) ingin membawa Ayu berjalan jalan tiba tiba mereka berlari akibat kedatangan anjing dan akhirnya Ayu diselamatkan oleh Badang (Mawi). Maka bermulalah episod nyayian yang menghiburkan dan mereka berdua pergi ke pasar dan berjumpa dengan Orang Minyak (Nabil Raja Lawak)yang menjual banyak ubat guna guna.

Di tempat lain Puteri Gunung Ledang (Ning Baizura) dan Bendahara (Sabri Yunus) sedang berdialog tentang awet muda tiba tiba munculnya Nenek Kebayan membawa ramuan awet muda dan akhirnya rahsia nenek kebayan membuat tonik awet muda diketahui apabila ia memerah airmata Malik. Ditempat lain juga lagi Bawang Merah (Syarifah Aleya) dan Bawang Putih (Syarifah Amani) menjual bawang mereka pada awang kenit yang merupakan pembantu nenek kebayan.

Akhirnya Badang pun membawa Ayu ke rumah nenek kebayan dan bermula pertarungan antara Badang dan Nenek Kebayan dan kemuncaknya Ayu berjaya menyelamatkan adiknya Malik dari Nenek Kebayan. Badang pun membawa Ayu dan Malik ke rumahnya diatas pokok dan sambil minum muntah hantu ia menceritakan tentang kedaan di Magika.

Semasa tidur Malik bermimpi berjumpa ibunya Ija serta berjumpa dengan Bawang Putih dan Bawang Merah semula dan ibu mereka (Adibah Nor) dan Malik kemudian ditangkap semula oleh Nenek Kebayan dan ia tersedar dalam mimpi dan berjumpa orang pokok (Norman, Edry dan Yusri) yang memberikan nasihat padanya dan mereka berjalan sehingga ke Batu Belah Betu Bertangkup.

Semasa mereka melintasi jambatan menyeberangi Tasik Chini nak ke Batu Belah Betu Bertangkup mereka pun berjumpa dengan Naga Jadian Tasik Chini (M.Nasir) yang menghalang mereka dan kedatangan Nenek Kebayan menghalang dan pertarungan tercetus sekali lagi antara Nenek Kebayan dan Badang. Setelah Ayu dan Malik menyeberangi Tasik Chini mereka pun sampai di Batu Belah Batu Bertangkup dan mereka pun masuk ke dalamnya dan keluarlah mereka dari dalam dunia Magika walaupun hati Ayu berat untuk meninggalkan Badang.

10 tahun kemudian setelah Ayu menziarahi pusara ibunya tiba tiba ia teringatkan Badang yang turut sama menyanyi lagu rindu pada Ayu dan mereka pun menyanyi sehinggalah tamat cerita tersebut....................................


Poster Filem Magika
.

Tiket Wayang Gambar tersebut
.

Pada pendapat aku ini merupakan salah satu dari filem melayu yang menarik pernah aku tonton, aku cukup kagum dengan animasi yang sungguh menarik dan jalan cerita yang sungguh menghiburkan. Pada pendapat aku filem ini setaraf filem luar dan pandapat aku tidak salah untuk membaerikan taraf 5 bintang pada filem tersebut. kalau ada peluang aku teringin nak menonton sekali lagi filem ini.

Friday, September 24, 2010

Beraya di Balik Pulau @ 2 Syawal 1431 Hijrah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta Sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.
..............................
.


Beraya di Balik Pulau @ 2 Syawal 1431 Hijrah


Catatan 02 Syawal 1431 Hijrah
Setelah beraya bersama Bonda dan Ayahanda serta adinda adinda aku di Taman Permata dan menempuh perjalanan yang amat mencemaskan di Jambatan Pulau Pinang, akhirnya kami pun sampai di Balik Pulau. Ketika sampai disana kami masing masing bercerita tentang kebakaran diatas jambatan tadi. Dan kami pun beraya diantara satu sama lain.


Cik Farah Zalina leka sambil memakan kuih raya dan tanpa menyedari gambarnya dirakamkan.
.

Bonda Tercinta Puan Hajah Siti Roselina tersenyum sambil duduk dibangku
.

Inilah dia anak saudara pupuku yang bernama Ziyad yang merupakan anak kepada sepupuku Azim Anwar
.

Dari kiri Encik Muhaimin, Cik Fatimah, Puan Hajah Roselina dan Cik Farah
.

Mak dan adik adik aku
.

Lihatlah mak aku yang jelita bergambar bersama adik aku
.

Beratur untuk mendapatkan duit raya dari Cik Fatimah
..

Bonda Tercinta Puan Hajah Siti Roselina bergambar dengan kekandanya Puan Siti Roseliah
.
Aku dan adikku Cik Farah
.

Isteri Tercinta mendukung sepupunya
.

Aku dan Puan Azlina ketika di rumah Mak Yam (Tok saudaraku)
.

Kelihatan seorang jejaka kacak bergambar bersama isterinya yang jelita
.