Tuesday, July 06, 2010

Al Fatihah Allahyarhamah Tok Hajah Rahmah

Al Fatihah Allahyarhamah Tok Hajah Rahmah

Catatan 30 Jun 2010 waktu malam

Malam tu aku tak tau sebab apa aku masih lagi tak ngantok lagi. Jam nak dekat pukul 12 dah tapi aku rasa macam awai lagi. Aku cuba tidoq pusing sana pusing sini tiba tiba aku terima satu pesana ringkaih dari talipon bimbit aku yang mengatakan Tok Hajah Rahmah dah meninggal. Allahyarhamah merupakan mak kepada ayah aku.

Aku tergamam dan sedih...... Memang aku sedih sangat walaupun aku tak rapat dengan arwah tok aku. Aku teruih pi rumah orang tua aku pi ambik adik adik aku teruih kami pi Sungai Dua malam tu jugak. Masa tu mak dan dan ayah dah pi masa lepaih Isyak sebab ayah dah sedap hati. Semua adik adik aku ada disana kecuali Fikri sebab Koperal Fikri tak dan balik disebabkan dia ada operasi.

Sampai disana kami terus membacakan Yasin dan teruih kami tolong membuat apa yang patut sampai pagi. Selepas Zuhur dan setelah habih solat jenazah, akhirnya jenazah Allahyaarhamah Tok Rahmah pun disimpan di Tanah Perkuburan Islam Batu Maung. Disana juga terdapat pusara nenek moyang ayah dan adik beradik yang lain.

Allahyaarhamah Tok Rahmah yang juga merupakan mak kepada ayah meninggal pada usia 81 tahun akibat sakit tua. Nama penuh Allahyarhamah Tok Rahmah adalah Puan Hajah Rahmah Binti Hashim.

Al Fatihah. Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah disisi para syuhada yang syahid dijalan Allah dan orang yang yang soleh.

Tuesday, June 29, 2010

Makan Roti Canai

Makan Roti Canai


Nilah ketua aku nama dia Encik Razak dia memang suka makan roti canai ni. Kalau boleh tiap tiap hari kalau dia tak dak mesyuarat dia ajak pi makan makan roti canai. Kalau dia makan bukannya satu tapi dua. Kalau dia mai makan kat sini, jangan haraplah dia nak belanja. Kami semua kena bok keluaq duit sendiri tahanlah............. tapi yang menarik sebab masa makan pun dia dok beletiaq (bebel) tak habih habih.
.

Ini dia Encik Osman dia kawan sekerja aku tapi dia paling minat mengai ikan, kalau nak sembang dengan dia kita kena sembang bab kerja dan mengai saja dan dia akan cerita pengalaman dia mengai ikan di laut dan sungai. Tengok dia buat mulut macam ikan kena kaie saja. Tapi semua gambaq ni Sapaq yang tangkap. tahanlah...........

Friday, June 25, 2010

Sebab Apa Aku Tulih Blog Ni

Sebab Apa Aku Tulih Blog Ni

Aku mula tulih bog ni pada 21/05/2006 masa tu aku tengah ulangkaji sikit masa aku belajar PJJ dekat UiTM Kedah. Aku ingat aku nak ganti balik diari bergambaq aku yang aku buat dalam format MS Powerpoint.

Aku mula buat diari bergambaq MS Powerpoint aku masa aku mula mula beli komputer pada tahun 1999. Lepaih tu aku pun tulih bersertakan gambaq tapi apakan daya adik adik aku ni pandai sangat. Depa padam semua benda tu.

Lepaih tu teknologi "USB Flash" diperkenalkan di Malaysia maka berebut orang beli "thumb drive" termasuk aku, dapat gaji teruih beli. Aku simpan diari gambaq aku sampai aku mula kenai apa tu blog.

Antara catatan awai yang aku tulih pada tahun 2006 adalah yangni dan yangni. Tapi walaupun ada blog aku tetap buat catatan gambaq aku dalam "MS Word dan Open Office" sebab ruang makan tak banyak.

Lepaih tu masa tahun 2008 aku kena naya betui sebab masa tu komputer aku rosak cakera keraih pulak buat perangai. Jenuh kena format balik semua. Aku teruih ambik keputusan nekad dengan hati tak berapa kering ni. Aku letak semua gambaq dan aku pi mana dan aku rasa semua dalam blog ni. Aku harap pengendali blog ni tak mintak duit untuk benda ni.

Dalam blog ni aku gaya tulisan aku berbeza beza ikut keadaan. Yangni tak bermakna aku takdak pendirian sebab aku ada pendirian aku dan kalau sapa yang kenai aku kata aku memang ketegaq sangat. Tapi aku tak hati kering.

  • Aku tulih sebagai seorang hamba pada puncak kecintaan seorang manusia iatu Allah S.W.T
  • Aku tulih sebagai seorang umat pada yang tercinta Rasulullah s.a.w
  • Aku tulih sebagai seorang anak pada Mak dan Ayah yang dicintai dunia dan Akhirat
  • Aku tulih sebagai seorang suami pada seorang isteri yang cukup dicintai
  • Aku tulih sebagai seorang menantu pada 2 orang Mentua yang disayangi
  • Aku tulih sebagai seorang abang sulung pada yang disayangi 9 orang adik beradik
  • Aku tulih sebagai seorang bangsa Melayu yang menyayangi bangsanya setulus hati
  • Aku tulih sebagai seorang rakyat Tanah Melayu atau Malaysia yang menyayangi negaranya
  • Aku tulih sebagai seorang rakyat negeri Pulau Pinang yang disayangi
  • Aku tulih sebagai seorang kawan kepada kawan yang lain
  • Aku tulih sebagai seorang pengembara yang mengembara setiap minggu.
  • Aku tulih sebagai seorang yang mempunyai perasaan

Aku tak kisah sapa sapa nak kata apa apa pasai tulisan aku sebab aku tak suka singgung perasaan orang lain, tapi kalau hang yang mula dulu lantak hang nak nak terasa ka.

Aku tak dak laman sosial lain contoh macam facebook sebab tu aku tulih apa yang aku nak tulih ni dalam blog aku.

Bagi aku kalau sapa sapa tiba tiba jumpa blog aku lepaih tu jumpa blog aku kalau tak suka dengan tulisan aku teruih boleh keluaq atau tekan butang pangkah kat ataih sekali tu.

Lantaklah ................................. kalau aku nak letak gambaq aku ka, mak ayah aku ka, bini aku ka, adik adik aku ka dan sapa sapa dalam blog ni atau tempat mana mana yang aku pi atau mana mana rencana yang aku salin dan tempek dalam blog ni sebab aku tak kacau pun sapa sapa. Aku tak kisah pun orang nak kata apa pasai blog aku ni.

Ish Ish Ish aku mengumpat pulak dah hari Jumaat ni.................. tak pa lah aku nak berenti dah dari tulis buat waktu ni.

Tuesday, June 22, 2010

Terima Kasih Atas Segalanya

Terima Kasih Atas Segalanya

Pukul 8.20 semalam aku ke rumah mak ayah aku yang terletak di Taman Permata. Aku kesana setiap minggu setiap hari Isnin. Selepas habis makan malam aku pun bersembang dengan Mak , Ayah dan adik adik aku, kami pun turut berjenaka antara satu sama lain.

Pada pukul 10.40 malam sewaktu aku hendak pulang ke rumah tiba tiba kesihatan aku terjejas, nasib baik aku masih berada didalam rumah.

Aku bersyukur pada Allah SWT kerana masih memanjangkan umurku dan aku cukup berterima kasih banyak banyak pada Mak dan Ayah yang sanggup menjaga aku sehingga sanggup tidur diruang tamu kerana menjaga aku sehingga kesihatan aku pulih pada pukul 5.40 pagi tadi. Tidak dilupakan adik adik aku yang menolong menjaga aku antaranya Nur, Fatimah dan Muhaimin.

Tanpa mereka aku pun tidak tahu apa yang terjadi pada diriku.........................

Monday, June 21, 2010

Adik Adik Perempuan Aku

Adik Perempuan Aku

Kelihatan 3 orang adik perempuan aku Farah, Fatimah dan Nur melepaskan tekanan mereka

Ketika itu aku, isteri aku Puan Azlina, Adik Perempuan aku, Cik Farah Zalina, Cik Fatimah Zahra dan Cuk Nur Hannah berada didalam kereta sewaktu kesesakan jalanraya ketika hendak menyeberangi Jambatan Pualau Pinang untuk menghadiri kenduri sepupu aku Puan Safuraa.