Monday, August 11, 2008

Terima Kasih Segalanya

Terima Kasih Segalanya
.
Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia
Aku bersyukur pada Tuhan Yang Esa
Kerana dia yang menemukan kita
Semoga kita mendapat rahmat darinya
Hidup bahagia
.
Oh kasih indahnya kurasakan
Sewaktu engkau ada bersama di sisiku
Indahnya cintamu
Biarpun apa yang terjadi rela ku tempuh
Asal kau tahu hargai pengorbananku ini
Terhadap dirimu
.
Sewaktu kau berduka aku ada di sisimu menemani
Sewaktu kau gembira jangan pula kau lupa diri ini
Andainya aku tiada
Abadikan cinta kita sepanjang hayatmu
.
Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia
Hidup bahagia...
..............................................................................

Kata kata best diatas bukanlah aku yang tulis tetapi lirik lagu kumpulan Lestari dan aku abadikan lagu ini untuk isteri tercinta Puan Azlina Binti Ahmad yang berada di Kuantan, Pahang sempena harijadi aku yang ke 28. Terima kasih ayang sebab hadiahkan abang jam tangan dan abang cukup hargainya kalau ayang nak tahu, abang dah pakai jam tangan tu. Nasib baik harini bas Konsortium tu sampai awal dan pukul 6.30 pagi tadi abang dah sampai kat Butterworth.
.

Gambar diatas dirakam ketika aku dan isteri aku sedang lepak di Pantai Telok Cempedak, Kuantan

No comments: