Pada 07/06/2008 yang lalu kami ke Duta Sand, Pantai Balok, tujuan kami kesana adalah kerana JHEPA UMP iaitu tempat kerja isteri aku menganjurkan Hari keluarga. Selepas Subuh kami bersiap dan memakai baju yang berwarna merah terang dan dalam pukul 8 kami pun sampai ke Pantai Balok.
.
Ramai warga JHEPA UMP hadir disana dan banyak aktiviti yang dijalankan. Memang meriah betul. Aku dan isteri aku tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan yang dianjurkan disana. Antara pertandingan yang dimenangi oleh Isteri aku adalah Kerusi Irama.

Hamper yang dimenangi oleh Puan Azlina
.
Kejutan yang tidak disangka sangka akhirnya insan yang memenangi tempat pertama cabutan bertuah yang membawa pulang sebuah televisyen adalah isteri aku.
.
Selepas kami semua bergambar kenangan maka kami semua pun makan makanan yang disediakan oleh penganjur dan selepas itu aku membawa televisyen yang baru masuk kedalam kereta.
.
Kemudian aku dan isteri aku pun pergi ke bandar Kuantan membeli barangan keperluan harian dan seterusnya kami ke kedai gambar untuk recover balik gambar kamera digital yang telah terpadam dan kejutan demi kejutan apabila gambar yang dipadam semasa ketika di ulau Perhentian dapat semula cuma dalam seribu gambar 400 saja yang dapat semula.

Dalam masa tak sampai seminggu aku terpaksa pulang ke Bukit Mertajam disebabkan isteri aku belum lagi dapat tukar ke Pulau Pinang kami akan tinggal masing masing keseorangan dimana isteri aku akan keseorangan di -rumah sewa Kuantan dan aku pula keseorangan di kuarters Bukit Mertajam.
Waaaaaaa...
No comments:
Post a Comment