Wednesday, July 02, 2008

Cuti Cuti Malaysia - Genting Highland

Cuti Cuti Malaysia di Genting Highland atau Cuti Berbulan Madu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

Asalamulaikum semua,pada hari Rabu 28/05/2008 yang lalu kami telah pindah ke kuarters. Antara yang menolong ketika proses angkat barang adalah mak, ayah, adik adik, Ruhi hayat, Abg Mat Nor dan ramai lagi. Terima Kasih

Pada hari Khamis 29/05/2008 telah berlansung majlis kenduri doa selamat di kuarters. Antara yang hadir adalah mak, ayah, adik adik, Cik Khalid-jiran kuarters, Azrulhizam Suriady dan anaknya serta isterinya-jiran kuarters, Mak Yang-mak saudara aku dan anaknya, Pak Cik Yahaya dan anaknya dan ahli khairiah Masjid Sungai Rambai termasuk Imam sekali. Terima Kasih

Pada Hari Jumaat 30/05/2008 aku dan isteri aku pergi bercuti ke Tanah Tinggi Genting, perjalanan kami dimulakan pada pukul 3.00 petang dengan menaiki mesin yamng paling aku cintai iatu kereta Proton Gen 2 aku dan pada pukul 5.00 petang kami pun sampai di sana. Kami pun terus daftar masuk Hotel Seri Malaysia di Taman Gotong Jaya. Nasib baik dapat diskaun. Selepas itu kami pun terus simpan beg dalam bilik dan pada malamnya kami pun terus pergi makan di kedai tom yam di Taman Gotong Jaya tetapi nak buat macam mana makananya mahal sangat. Hahahahaha.


Kami bergambar didalam hotel sebelum keluar makan malam
.
Selepas kami pergi makan hujan pula turun dengan lebatnya maka kami mengambil keputusan untuk naik lebih awal dan boleh tengok tv.

Pada keesokkan harinya awal awal pagi lagi kami dah bangun dan menuju ke stesen kereta kabel dan kami pun naik terus kereta kabel sehingga ke atas puncak Tanah Tinggi Genting. Masa kami sampai dalam pukul 9.00 pagi dan cuaca dia atas sana agak panas tetapi dingin. Kami pun terus mendaftar untuk masuk di kedua dua Taman Tema.
.

Puan Azlina bergambar dihadapan bangunan yang berwarna oren yang diselaputi bata merah.
.

Isteri aku bergambar di dalam Taman Tema dalaman, waktu kami sampai memang ramai orang disana. Biasalahkan waktu cuti sekolah.
.
Penulis bergambar dihadapan tempat letak kereta di luar First World Plaza. (Maaf sebab buat ayat skema. Hahahaha)
.

Isteri aku pun bergambar di atas jambatan gantung ketika di Dinosaurland
.
Kami bergambar didalam sebuah taman yang menanam pokok liar.
.
Kami didalam taman tumbuhan liar tropika.
.
Kami bergambar ketika sedang naik kereta antik ketika yang dipandu oleh aku.
.
Kemudian setelah lama kami berada di Taman Tema Luar tiba tiba cuaca menjadi panas dan matahari mulai memancar dan kami pun bercadang untuk bermain banyak lagi permainan di sini. Kami akan menukar diri kami menjadi budak budak. "Azril dan Azlina transform". Nampaknya kami berjaya. Hahahahaha
.
Aku bergambar di hadapan Hotel First World
.

Dengan gaya yang jelita dengan senyuman isteri aku bergambar dihadapan event board.
.
gaya macho seorang suami bergambar dihadapan event board
.


Waarghhh...............ganasnya raksasa tersebut. Kami pun sempat bergambar dihadapan patung raksasa yang ganas tersebut di Dinosaurland. Raksasa tu sebenarnya kena sumpah sebab tu dia tak boleh bergerak. Hahahahaha
.
Kami sempat bergambar dihadapan buaian pusing Astro Fighter. Tak apa nanti lepas ni kami nak naik pula buaian pusing tersebut. Hahahaha.

Tiba tiba cuaca menjadi teramat sejuk macam ada dalam peti ais dan keadaan menjadi gelap, kabus mulai turun dimerata rata tempat dan hujan mula turun dengan lebat sekali. Kami pun mengambil keputusan untuk masuk ke Taman Tema dalaman.


Puan Azlina melemparkan senyuman jelita sewaktu duduk di hadapan Rio Float.
.
Kami pun menaiki Rio Float iatu kenderaan tergantung paling tinggi kedudukan di Taman Tema Dalaman. Kami menaiki mengelilingi First World Plaza.
.
Jam menunjukkan pukul 1.30 petang. Selepas itu kami pun terus makan di Restoran KFC. Selepas itu kami pun terus turun menaiki kereta kabel dan kami pun terus pulang ke hotel. Pada malamnya kami pun terus makan restoran nasi kandar berdekatan.
.
Pada keesokkannya kami pun bersiap beg untuk pulang. Kami sungguh gembira kerana disini tersemat ingatan yang menggembirakan dan kami sungguh gembira ketika disini. Ketika disini merasakan diri kami sepertyi balik ke zaman budak budak dan tidak terfikir lansung tetntang kekusutan yang ada. Kami merancang untuk bercuti lagi disini jika ada masa nanti. Oh Yeah.
.


Dengan gaya yang sungguh kacak, macho, segak dan jelita kami bergambar dihadapan Hotel Seri Malaysia sebelum balik.
.
Selamat Tinggal Genting Highland. Kami pun meneruskan perjalan sehingga ke Hentian Rehat Genting Sempah dan kami pun berhenti makan sebentar dan perjalanan diteruskan sehingga ke Chenor Pahang iatu rumah Puan Azilawati iaitu Kak Ipar aku dan selepas berborak panjang lebar dengan Encik Ahamad Sapawi iatu biras aku dan aku dan isteri aku pun meneruskan perjalanan ke Jenderak Utara, Pahang iaitu rumah Abah Mertua Aku atau rumah Abah Isteri aku.

1 comment:

Anonymous said...

Bestnya hang dapat pi Genting, tentu best kan?

Kalau hang nak tau aku selalu baca tulisan hang walaupun hangtak kenal siapa aku ni.