Monday, June 15, 2015

Berkelah di Pantai Sepat

Berkelah di Pantai Sepat

Tarikh : 03/05/2015
Lokasi : Pantai Sepat, Tanjung Sepat, Kuantan Pahang

Penyertaan: 
Tuan Ahmad  - Bapa Mentua
Puan Hajijah  - Mak Mentua
Muhammad Azril - Penulis blog yang kacak
Puan Azlina - Isteri
Puan Azilawati - Kak Ipar
Tuan Haji Mohd Zaidi - Biras
Puan Aizaan - Adik Ipar
Encik Nuril Azwa - Biras
Cik Wana - Anak saudara
Cik Muhammad Zaqwan - Anak Saudara
Cik Nur Irfaan - Anak saudara


 

Setelah Subuh, kami terus keluar dari rumah dan sampai pada jam 7 pagi. Keadaan pantai masih lagi gelap
.
Matahari mulai naik pada jam 7.15 pagi
.
mataahari dah mulai naik dan bahangnya mulai dirasai
.
Persediaan makan pagi
.
Makan setelah penat madi laut
.
Nur Irfaan dan uminya Puan Azilawati
.
Jom kita main pasiaq
.

Friday, June 12, 2015

Azril Azlina Jalan-jalan Bukit Pelindung

Azril Azlina Jalan-Jalan Bukit Pelindung

Agak lama kami tak daki bukit, sekali sekala daki teruih penat
.
Keindahan flora di hutan hujan yang terdapat disana
.
Puan Azlina berehat seketika
.
kita dah sampai kat ataih bukit ni. Jom kita turun pulak
.
Keindahan bandar Kuantan dari Bukit Pelindung

Thursday, June 11, 2015

Tiada Tajuk

Tiada Tajuk



















Kehidupan ini memang penuh dengan pelbagai kisahnya yang membuatkan perasaan diriku bersilih ganti antara suka dan duka. Adakalanya ia pahit dan adakalanya ia manis yang akan membuatkan diriku tidak henti-henti tersenyum. Apabila datangnya serentak antara kegembiraan dan kedukaan, aku lebih senang untuk memilih berada dalam keadaan yang sedang atau tengah tengah. Sekarang ini bila datangnya serentak, aku lebih memilih untuk berasa gembira kerana dengan kegembiraan sahaja dapat mengembalikan semangat diriku agar tenang dan berasa diriku cukup dengan tenaga positif

Cermin kadang kadang menjadi rakanku yang setia, aku akan bercakap dengan diriku sendiri dan disitulah aku memotivasikan diriku agar menjadi menjadi lebih kuat dan tabah serta dapat menghadapi dugaan dunia dengan tenang. Setiap kali bangun tidur aku akan melihat cermin dan dan aku akan senyum dan memberi semangat pada diriku dengan kata kata positif sehingga diriku berasa tenang.

Adakalanya aku suka mengambil gambar diri sendiri dalam keadaan senyum, apabila kedukaan menyelimuti diriku aku akan melihat kembali gambarku dalam keadaan tersenyum, diwaktu itulah kedukaan aku akan hilang dan aku kembali positif dan tenang semula.

….....................................................................
…......................................................
…...............
…
.

Tuesday, June 09, 2015

Ulang Tahun Kelahiran Bonda Tercinta Yang Ke 57

Ulang Tahun Kelahiran Bonda Tercinta Yang Ke 57

Awal tahun 2015 yang lalu, bonda tercinta menyembut harijadinya yang ke 57, setiap kali harijadi emak, kami akan membuat kejutan samada membeli kek atau memberi lainlain hadiah. Tapi kali ini kejutannya adalah kek tersebut dibeli oleh ayahanda tercinta untuk bonda tercinta. Setelah maghrib kek tersebut terus dipotong dan kami pun makan beramai ramai. 

Inilah kek harijadi bonda tercinta yang dihadiahkan oleh ayahanda tercinta
.
Makanan kegemaran emak
.
Dengan tertib dan penuh sopan kek tersebut dipotong
.
Bonda tercinta dan ayahanda tercinta bergambar bersama sama
.
Ayah, mak dan cucu mereka Ayesha Syaffiyyah
.
Kek terus dipotong dan dimasukkan didalam pinggan
.
Dari kiri, Puan Hajah Siti Roselina, Cik Nur Hannah, Tuan Haji Hamzah, Ayesha Syaffiyyah dan Puan Ezrin Shazwani
.
Hari ni hari Jumaat jom kita ramai ramai pi masjid