Friday, November 30, 2012

Majlis bulan November 2012 di Taman Permata

Majlis bulan November 2012 di Taman Permata

Catatan 14 November 2012
Pada pertengahan bulan November yang lalu satu majlis diadakan di teratak ayahanda dan bonda yang terletak di Taman Permata dan Bukit Mertajam. Majlis yang meriah dengan kehadiran ahli keluarga kami tersebut dimulakan oleh ayahanda tercinta yang membacakan doa Awal Tahun selepas maghrib. Selepas itu adinda adinda Azril yang berada disana pun terus menghidangkan makanan dan Azril dan Puan Azlina sampai pada jam 7.45 malam.

Tujuan majlis tersebut diadakan adalah :-
  • Meraikan Awal Muharram 1434 Hijrah
  • Meraihan Harijadi Ayahanda Tercinta - Tuan Haji Hamzah bin Ismail yang ke 61 tahun
  • Meraikan Ulang Tahun Perkahwinan Ayahanda Tercinta dan Bonda Tercinta yang ke 33 pada bulan September lalu
  • Meraikan Ulang Tahun Perkahwinan Adinda Tersayang - Puan Farah Zalina binti Hamzah yang ke 2
  • Meraikan Harijadi Anak saudara - Nur Farhana Zuhaira Binti Mohd Zuhri yang pertama
Selapas kesemua ahli keluarga kami sampai, kami pun memulakan makan malam dengan riang dan gembira pada jam 9 malam. 


 Kepak Ayam Goreng Rangup
.
 Udang Rebuih Yang Sedap
.
 Kek Coklat Sedap
 .
 Kek Krim Sedap - kek ni Cik Fatimah Zahra yang buat 
.
 Ayam Goreng KFC
.
Makanan dah penuh dihidangkan
.
 Farhana diatas riba abahnya
.
Senyum nampak 4 batang gigi
.
 Tuan Haji Hamzah dan cucundanya memotong kek.
.
Tengok Farhana dah ramaih kek tu
.

Thursday, November 29, 2012

Kemaskini Sistem Android 4.2.1

Kemaskini Sistem Android 4.2.1 

Catatan Hari Ini 29/11/2012

Pagi tadi semasa Azril membelek belek telefon bimbit Azril dan Azril menerima berita tentang sistem pengendalian Android 4.2 akan dikemaskini sekali lagi. Kemaskini tersebut adalah bagi bagi pembetulan gelombang "bluetooth" yang terganggu dan ia akan dihantar ke semua telefon bimbit Google. Seperti biasa Azril terus ke menu kemaskini sistem dan akhirnya .............................

 Satu pemberitahuan yang menyebabkan Azril menjadi ceria
.
Proses mula semula telefon bimbit
.
Sistem berjaya dikemaskini
.
Gula gula kacang merah yang selalu senyum 
.
Masih lagi terapung sambil senyum

Wednesday, November 28, 2012

Azril Azlina di Karnival Sains dan Teknologi (ez-SciMaT) di UMP

Azril Azlina di Karnival Sains dan Teknologi (ez-SciMaT) di UMP

Pada 04 November 2012 yang lalu, Azril dan isteri tercinta ke kampus utama Universiti Malaysia Pahang yang terletak di Gambang dan tujuan kami kesana adalah mengunjungi Karnival Sains dan Teknologi (ez-SciMaT). 

Antara yang menarik perhatian kami ketika Azril dan Puan Azlina berkunjung kesana adalah pameran dari Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Planetarium Negara. Antara yang dipamerkan oleh pihak ANGKASA dan Planetarium Negara adalah hasil cerapan dari angkasa yang dipamerkan dalam bentuk gambar, antara yang turut dipamerkan adalah gambar planet yang mengelilingi sitem suria dan gambar galaksi jauh. Selain itu pengunjung yang berada disana diterangkan tentang cara cerapan bulan yang digunakan bagi tujuan mengetahui kemunculan anak bulan. 

Antara yang turut dianjurkan disana adalah Pesta Komputer yang dimana alatan komputer dijual dengan harga yang agak murah. Turut dianjurkan disana adalah Pesta Buku yang kebanyakkan buku dijual dengan harga yang murah. Ketika Azril dan Puan Azlina sedang asyik berjalan jalan di gerai pameran yang terdapat disana, tiba tiba langkah kami terhenti di gerai pameran Pusat Penerangan Penyu. Petugas gerai pameran Pusat Penerangan Penyu menerangkan kepada kami tentang program pendaratan penyu, pemuliharaan, penetasan dan pelbagai langkah yang diambil oleh Pusat Penerangan Penyu bagi menjaga spesis penyu agar tidak pupus. 

Nasib baik depa tak bagi pegang penyu ni, kalau tidak tentu Azril dah pegang 
.
Comelnya anak Penyu Agar berenang renang

Thursday, November 22, 2012

Hari Sabtu Azril Azlina Yang Riang Gembira

Hari Sabtu Azril Azlina Yang Riang Gembira

Tarikh : 20 Oktober 2012
Lokasi : East Coast Mall Kuantan Pahang
Kamera : Kamera Telefon Bimbit
Tujuan : Membeli-belah, makan dan meronda di setiap kedai..... Hahaha

 Aduih bila ambik gambaq kamera depan teruih jadi merah muka aku
.
 Abang lepas ni kita nak pergi mana pulak?
.
Dah habih makan jom kita pi ronda ronda sampai penat.
.

Wednesday, November 21, 2012

Sabotaj Keatas Bas Ekspres



Sabotaj Keatas Bas Ekspres

Catatan 19 Oktober 2012
Gambar diatas dirakamkan oleh Azril pada jam 11.02 malam di Ipoh ketika bas MaraLiner yang Azril naiki dari Butterworth berhenti untuk mengambil penumpang di Ipoh. Menurut pemandu bas tersebut mereka telah membuat 2 laporan kepada polis berkenaan hal tersebut dan menunggu siasatan pihak berkuasa terhadap individu yang melakukan perbuatan tersebut.

Menurut pemandu bas tersebut kejadian tersebut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Hentian Rehat dan Rawat Tapah arah utara. Mereka terkejut melihat batu besar yang dibaling ke arah bas dan terus kena pada cermin bas yang menyebabkan cermin tersebut retak. Menurut pemandu bas lagi batu tersebut dibaling dari atas bukit yang momentumnya tinggi dan menyebabakan cermin bas tersebut retak.

Pemandu bas tersebut menambah lagi, kerosakan tersebut tidak dapat dipulihkan disebabkan bas akan berpatah balik semula ke Kuantan pada malam tersebut juga. Ini adalah kerana bas MaraLiner tersebut akan memulakan operasinya dari Kuantan menuju ke Butterworth pada jam 9 pagi dan setelah sampai di Butterworth pada jam 6 petang ia akan berpatah balik semula ke Kuantan pada jam 9 malam dan begitulah rutin bas tersebut.

Menurut pemandu bas itu lagi, banyak juga bas ekspres yang mengalami nasib yang sama seperti yang bas MaraLiner alami, kebanyakkan cermin bas ekpres yang lain pecah. Yang bernasib baik adalah bas MaraLiner ini adalah kerana filem yang menyaluti cermin dihadapan bas tersebut tebal dan ini menyebabkan cermin hadapan bas tersebut terselamat dari pecah.