Wednesday, November 24, 2010

Luahan Perasaan - Peristiwa di Terminal Makmur Kemalrin

Luahan Perasaan - Peristiwa di Terminal Makmur Kemalrin
Azril sampai agak lewat di Terminal Makmur Kuantan semalam 23/11/2010 tetapi masih awal 10 minit dari jadual perjalanan bas. Selalunya Azril akan sampai 20 minit lebih awal. Seperti biasa setibanya Azril di Terminal Azril akan ke tandas yang terletak di tingkat atas terminal tersebut dan Azril terus turun ke tempat menunggu bas.

Baiklah apa yang hendak Azril ceritakan disini adalah berkenaan bas yang Azril naik semalam, maka penceritaan Azril bermula disini. Azril pun terus menghulurkan tiket pada pemeriksa bas tersebut dan alangkah terkejutnya Azril pabila Azril mendapati bas yang Azril naiki merupakan bas 2+2 dibahagian kerusinya dan bukannya di 2+1.

Azril agak buntu juga memikirkan bagaimana Azril akan naiki bas yang tiada bangku satu (single seat). Ini adalah disebabkan jika bangku satu Azril akan bebas bergerak dan tidur dengan tenang didalam bas. Sehingga ke hari ini Azril akan berasa tidak selesa pabila Azril naik bas yang sebelah terdapat orang lain.

Untuk kepastian Azril pun bertanya pada penjaga tiket yang juga merupakan petugas kaunter syarikat bas tersebut yang merupakan seorang lelaki yang berusia awal 20an.

Azril : Dik bas ni tak dak bangku satu ka (single seat) ka?

Petugas : Tak ada, bas tu dah rosak. Cepat naik nanti bas nak jalan.

Azril : Bukan nak jalan pun lagi 7 minit pukui 9 malam. Pukui 9 baru bas jalan kan. Saya beli tiket bangku satu nanti kalau saya naik bas bangku 2 pulak. Macamana saya nak tidoq esok saya qeja.

Petugas : Awak beli tiket bangku satu ke, dua ke sama saja harga dia macam orang lain. Orang lain tak bising pun.

Azril : Saya beli tiket ni sebab saya nak bangku satu sebab tu saya beli syarikat ni punya tiket, kalau saya tau kata tak dak bangku satu saya dah beli tiket kat syarikat lain dah. Lagi satu saya dah beli tiket ni sebulan yang lepaih bukan kemarin atau harini. Lain kali jangan buat macam ni kami semua pengguna terasa macam kena tipu saja dengan syarikat bas ni dah banyak kali dok tipu kami macam ni................. ( memang banyak sangat apa yang Azril kata tapi tak sanggup Azril nak tulis)

Petugas : ............................ huh (sambil memalingkan muka kearah lain sambil merungut seorang diri)

...........................................................
.............................
.

Setelah tepat pukul 9 malam isteri Azril Puan Azlina pun bersalaman dengan Azril dan Azril pun terus menaiki bas tersbut dengan hati yang agak membara dan nasib menyebelahi Azril pabila sampai di Temerloh pun tiada penumpang lain duduk sebelah Azril.

Sepatutnya Azril tulis berkenaan persandingan adik Azril Puan Farah Zalina tetapi disebabkan hati panas membara disebabkan jawapan petugas bas tersebut maka Azril tulis berkenaan bas tersebut harini. Sebenarnya Azril memang letih dengan kerenah syarikat bas yang tidak memahami perasaan penumpang yang mereka mahu adalah duit penumpang sahaja. Bukan apa syarikat bas tersebut mempunyai banyak bas yang baru di depo mereka tetapi sengaja mereka hendak menggunakan bas yang buruk.

Tuesday, November 16, 2010

Tarikh Cuti

Tarikh Penting Bulan November Ini

12/11/2010 - Persiapan Kenduri Cik Farah Zalina Binti Hamzah
13/11/2010 - Persiapan Paling Hebat dalam sejarah hidup sehinggakan semua tidur pukul 5.45 pagi
14/11/2010 - Dengan 2 kali lafaz Cik Farah telah menjadi Puan Farah dan majlis akad nikah dijalankan di masjid Cherok Tokun majlis petrkahwinan dilangsungkan di rumah ayah dan mak di Taman Permata. Terima Kasih pada sermua saudara terdekat yang hadir.
15/11/2010 - Proses pengemasan rumah -
16/11/2010 - Aku kerja hari ini
17/11/2010 - Hari Raya Aidil Adha
18/11/2010 - Encik Azil Fikri Bin Hamzah Bertunang dengan Cik Fiza
19/11/2010 - Persiapan dan berangkat ke Johor
20/11/2010 - Sampai di Johor
21/11/2010 - Kenduri di Johor
22/11/2010 - Aku akan balik ke Pahang dan Mak dan Ayah akan balik ke Taman Permata
23/11/2010 - Aku masih cuti rehat. Naik bas pada malamnya
24/11/2010 Aku berkerja semula.

Thursday, November 04, 2010

Luahan Perasaan - Orang Yang Celik Mata tetapi Buta Hati dan Perasaan

Luahan Perasaan - Orang Yang Celik Mata tetapi Buta Hati dan Perasaan
Hari ini didalam diari Azril akan menulis tentang peyalahgunaan tempat letak kereta yang sekarang ini nampaknya tiada langsung pemantauan. Sebagai manusia yang waras yang mempunyai kesedaran sivik, maruah dan integriti sahaja dapat menyelamatkan seseorang dari meyalahgunakan kemudahan tersebut.

Sekarang ini dimana mana lebuhraya kita akan melihat akan ada tanda papan tanda untuk golongan oku meletak kenderaan tetapi yang tidak manisnya orang yang normal pun akan meletak kenderaan disitu. Selalunya papan tanda tersebut akan diletakkan di tempat letak kereta berhadapan dengan tandas atau jalan yang curam sedikit bagi memudahkan orang kurang upaya yang menaiki kerusi roda melalui jalan tersebut.

Baiklah sebelum Azril menceritakan dengan lebih panjang, lebih baik Azril mulakan catatan diari ini. Gambar dibawah ini Azril ambil ketika Azril dan isteri Azril berada di Hentian Rehat Gambang di Lebuhraya Pantai Timur. Tujuan kami berhenti di hentian rehat tersebut adalah untuk ke tandas dan bersolat disana. Sebenarnya kami dalam perjalanan pulang dari rumah Pak Mentua Azril yang terletak di Felda Jenderak Utara menuju ke rumah kami yang terletak di Gambang.

Setelah habis kami menunaikan urusan masing masing, kami pun terus menghidupkan enjin kereta tiba tiba kami terpandang sebuah kereta dengan laju terus masuk ke petak yang dikhaskan untuk orang kurang upaya atau oku. Azril dan isteri Azril bersangka baik terhadap kereta tersebut pada sangkaan kami tentu oku hendak berhenti disitu. Tetapi yang malangya pabila turun dari kereta tersebut Azril melihat seorang manusia yang normal berdiri dengan bangganya memperbetulkan pakaiannya dan terus berjalan ke tandas yang terletak berhadapan dengan tempat letak kereta tersebut.

Disebabkan Azril tengah memegang kamera pada waktu tersebut Azril pun terus mengambil gambar kereta dan orang yang menyalahgunakan kemudahan tersebut dan hari ini Azril letakkan didalam blog ini. Azril tak kisah apa yang akan terjadi disebabkan penyiaran gambar tersebut. Pada pendapat Azril orang tersebut harus diperbetulkan kesilapannya. Nasib baik pada waktu tersebut Azril tengah memandu kalau Azril berada diluar tentu Azril akan menegur orang tersebut sepertimana yang Azril lakukan ketika di pasaraya Tesco Seberang Jaya 2 tahun lepas ketika ada orang normal menyalahgunakan kemudahan oku. 

Tiba tiba sebuah kereta masuk ke petak OKU
.
Boleh jalan pun rupa rupanya manusia tersebut memang normal
.
Ada otak pakai jangan jadi bodo sangat dan jangan menyusahkan orang lain dengan kebodohan diri sendiri. Setiap manusia ada maruah dan harga diri. Jagalah maruah dan harga diri anda dan jangan jadi bodo tak bertempat.

Wednesday, November 03, 2010

Luahan Perasaan – Wayang Gambar Yang Tidak Menarik

Luahan Perasaan – Wayang Gambar Yang Tidak Menarik
Setiap minggu Azril akan ke Kuantan dan setiap minggu juga Azril dan isteri tercinta akan keluar ke Bandar Kuantan. Tujuan kami ke sana selain dari membeli tiket bas untuk perjalanan seterusnya kami akan membeli barang keperluan harian. Setelah selesai urusan kami, kami akan bersiar siar di mana mana tempat yang menarik. Sekali sekala kami akan menonton wayang di panggung wayang baru yang terletak di “East Coast Mall”.

Baiklah dari Azril terus merepek ni Azril nak ceritakan tentang pengalaman Azril dan Isteri Tercinta ketika kami pergi menonton wayang gambar di Kuantan. Cerita Azril bermula disini ...............

Kadang kadang bila kita melihat poster tentang wayang gambar yang baharu tentu kita akan bayangkan didalam kepala tentang betapa hebatnya filem tersebut walaupun kita belum lagi menontonnya.

Itulah terjadi pada kami diwaktu menonton filem “Eat Pray Love”. Azril menyangkakan filem tersebut memang menarik tetapi yang sebaliknya terjadi pada kami.

Ketika menonton iklan filem (trailer) tersebut di internet memang nampak menarik disebabkan pelakon utamanya Julia Robert memang hendak mencari cinta sejati tetapi pabila menonton filem tersebut di panggung wayang sebaliknya yang terjadi. Nampaknya bukan cinta sejati dicari oleh pelakon tersebut tetapi setan sejati.

Apabila Azril bercerita tentang filem ini pada orang lain mereka akan kata “Alaaa hang tu tak dak perasaan” dan mereka akan kata lagi “Ala Orang putih tak dak agama, depa boleh buat apa saja”

Tapi bagi Azril memang filem sosial tersebut tidak patut ditayangkan di Malaysia pun kerana banyak plotnya berkisar tentang kehidupan terlarang dan tilikan ahli nujum.

Sebelum Azril terus mencarut dan memaki hamun Azril akan sambung pula dengan filem kedua yang Azril rasakan tidak menarik dan sesiapa saja yang menontonya akan merasa rugi disebabkan watak utamanya mati di tengah jalan. Itulah yang terjadi pada wayang gambar The Other Guys yang kami tonton pada 23/10/2010 yang lalu.

Iklan filem tersebut memang menarik disebabkan aksi lasak yang dipamerkan oleh Dwayne Johnson atau The Rock yang merupakan seorang anggota polis. Mimpi ngeri lampau kini menjelma setelah 10 minit menonton filem tersebut dikala The Rock atau Detektif Danson mati ketika terjun dari bangunan. Tugas memerangi jenayah kini dipimpin oleh 2 orang detektif yang berpewatakan kurang menarik dan menyebabkan cerita tersebut menjadi hambar. Terus rosak suasana gembira untuk menonton wayang gambar tersebut disebabkan tujuan utama kami kesana adalah untuk menonton aksi The Rock. Bagi mengubati hati yang sakit kami sekali sekala tergelak juga pabila melihat aksi lawak yang mereka pamerkan.

Inilah tiket wayang tersebut
.
Bergambar dengan poster wayang gambar tersebut yang disangka menarik
.
Jangan menilai sesuatu wayang gambar melalui poster atau tajuknya.
.
Tak apa pun hari ini Azri nak bergembira disebabkan Azril kerja luar lagi. Seronoknya dapat bermandi peluh.

Tuesday, November 02, 2010

Lagu Dan Lirik Lagu Kalau Berpacaran

Lagu Dan Lirik Lagu Kalau Berpacaran



Lirik Lagu Kalau Berpacaran Altimet, Ana Raffali Dan Sohaimi Meor Hassan

(Sohaimi Mior Hassan)
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

(Ana Raffali)
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

(Altimet)
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

Altimet, Ana Raffali Dan Sohaimi Meor Hassan

*******************
********
*
Sebenarqya tadi Azril dah tidoq dah tiba tiba dengaq guruh kuat sangat lepaih tu Azril tak boleh tidoq pusing kiri kanan pun tak boleh tidoq. Akhir sekali Azril bukak komputer mengadap sat terdengaq lagu ni. Azril rasa lagu ni memang menarik sangat. Mula mula cari lirik dan cari video tapi tak dak dalam youtube cuma dalam 4shared saja. Tapi yang menarik dalam lagu ni Altimet jadi suara setan. Hahahahaha